Kaum Tionghua sokong Bulan, jangan hilangkan kepercayaan mereka kepada PAS
Tak takut Hudud lagi
PAS tak bimbang nak sokong DAP, DAP tak takut nak undi PAS
Tok Guru Nik Aziz jadi idola mereka
Bak kata beliau, sedikit kesilapan samaada sengaja ataupun tidak, pasti
akan diambil kesempatan oleh Najib. Oleh itu, sesiapa juga yang ada idea
selain dari apa yang diputuskan oleh 4 muktamar sebelum ini iaitu untuk
mengukuhkan Pakatan Rakyat, baiklah dilupakan sahaja. Simpan ajelah
idea dan cita-cita itu di pundak masing-masing. Jangan buang masa.
Terima kasih Sdr Subky Latif...
******************************************
Subky Latif, 26 Feb 2013
JIKA ketika rencana ini tersiar Parlimen belum dibubarkan, maka Pakatan Rakyat mesti berjaga-jaga jangan melakukan sebarang kesilapan.
Najib menunggu saja sebarang kesilapan dan dia selalu mengintai apa jua kelemahan barang sedikit dan sekecil sekarang.
Pakatan mesti melihat semula sejarah lama Pilihan Raya Umum yang PAS alami dalam tahun 1986 ketika masyarakat Cina mula didedahkan tentang perjuangan PAS. Umumnya masyrakat Cina begitu terangsang pandangan PAS tentang layanan yang perlu diberi kepada semua dan pendekatan Islam tentang penyelesaian masyarakat majmuk.
Hingga DAP dikatakan cuak dengan perhatian masyarakat Cina yang mungkin melarikan pengundinya. Hatta mendiang Dr. Tan Chee Khoon, pembangkang yang tersohor ketika itu upaya mencelah hujah PAS lalu berkata, ‘Takut ia manis mulut saja.’
PAS tidak ada upaya untuk menukar hati manusia seperti Rasulullah SAW tidak diberi kuasa memberi hidayat kepada seseorang kerana ia hak Allah saja. Pokoknya PAS mula perhatian masyarakat bukan Melayu.
Perkembangan yang positif itu amat mengecutkan perut Perdana Menteri Mahathir ketika itu. Pegawai SB Sungai Siput membayangkan perhatian Cina tentang PAS, menasihatkan saya jangan bertanding di Parlimen Parit Buntar walaupun ia tempat sedap buat PAS, kerana pengundi Melayu tidak banyak berubah.
Nasihatnya, jika saya dapat meyakinkan DAP, minta ia memberi laluan untuk saya bertanding di Ipoh, Cina Ipoh memberi undi pada saya dan tidak akan memberi undinya pada MCA. Pemimpin PAS tidak tertarik dengan cadangan itu.
Wartawan-wartawan asing termasuk pengamat politik majalah Hong Kong bertanya saya, apa keajaiban yang PAS buat hingga ia menarik perhatian Cina? Saya sendiri tidak tahu.
Dalam suasana itu PM Mahahir menghantar orang untuk bertemu pimpinan PAS, Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fazdil Noor. Dan pertemuan itu dirahsiakan kepada semua. Saya tidak tertarik kepada idea itu. Pertemuan itu jadi diadakan.
Sehari kemudian UMNO membocorkan pertemuan itu kepada media. Seluruh masyarakat bukan Melayu hilang minat untuk mendengarpenerangan PAS. Kurang dari dua minggu Parlimen dibubarkan, PAS tidak sempat untuk membaiki kecederaan yang berlaku. PAS hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa.
Lebih 20 tahun kemudian baru masyarakat berbilang kaum tertarik semula kepada pendekatan PAS melalui Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat yang PAS ada di dalamnya tidak pernah mengalami suasana yang selesa dan kondusif seperti sekarang.
Maka Pakatan dalam masa tempoh kecederaan ini wajar berwaspada, banyakkan sabar, jangan gunakan ruang demokrasi untuk berbeza pandangan antara Karpal Singh dan Mursyidul Am dan lain-lain pimpinan PAS, jangan ada suksik-suksik tentang calon Perdana Menteri.
Kena ingat Dr. Mahathir masih segar. Otaknya sedang sepakat dengan otak Najib dan otak Rosmah mencari kelemahan dan kesilapan Pakatan. Mereka akan ambil kesempatan atas kesilapan itu. Moga-moga Allah tidak mengizinkan mereka lagi.
No comments:
Post a Comment