Bendera PAS ibarat panadol atau ubat penyembuh penyakit
Tabik untuk panji-panji PKR
Bendera DAP tak banyak tapi menang banyak
Menjelang demam pilihanraya, sama juga macam suasana ingin menyambut hari raya, kita pakai baju baru, langsir rumah ditukar baru, persiapan makanan dan minuman serba serbi lengkap.
Suasana saban kali nak raya, lebih-lebih lagi pilihanraya ke 13 kali ini yang menentukan hidup mati perjuangan kita menentang UmnoBn, sudah 12 kali UmnoBn menang dan memerintah dengan berbagai tipu muslihat, kezaliman, rasuah, kenaikan harga barang, maksiat, tolak islam, membazir dan angkuh kini sudah sampai saat dan ketika diganti, ditukar, di ubah kepada Pakatan Rakyat.
Tak syok kalau nak undi tak ada bendera, walaupun ia hanya mempengaruhi mungkin tak sampai 15% dari swing undi kerana orang yang datang mengundi kali ini dah bersedia nak pangkah apa tetapi ia sangat digemari oleh petugas dan sukarelawan kita yang memeriahkan markas, bilik gerakan saban malam...
Parti DAP tak banyak gantung bendera dan banting di Perlimen Kluang, sebagai contoh saja, tetapi pada PRU lepas Dap sapu Dun Mengkibol, satu pukulan maut kepada McaBn, malah Parlimen Kluang hanya kalah lebih kurang 700 undi saja sekiranya tak masuk undi 2 kem besar di kalangan tentera pasti Bn tumbang. ini satu bukti bendera yang banyak tak menentukan kemenangan parti itu.
Cara pasang bendera tang betul adalah:
- beli bendera, syorkan yang gulung, murah dan kalau nak besar tak payah potong/gunting.
- gotong royong cari buluh, atau kayu hutan yang lurus, tiang kayu yang dijual dikedai hardware susah dapat menjelang pilihanraya, kalau ada mesti mahal, atau dah kena booking dengan parti lawan.
- sarungkan bendera di tiang, kalau rajin minta muslimat/ wanita PKR tolong jahit kelongsong, kalau nak cepat stepler gun sahaja pun boleh
- dah siap, letak bendera yang nak dipasang elok-elok di depan, buat solat hajat mohon di mudahkan urusan memasang, mohon tiada kecederaan petugas, mohon sentiasa berkibar, tak kuncup dan tak terbelit.
- cari lokasi strategik, lagi tinggi lagi baik, jauh sudah nampak jelas.
- pasang menegak seperti bendera Malaysia, tegak, lurus ke atas, tunjuk langit, elak pasang mengiring/senget
- kalau ada kenderaan seperti lori, trak pickap lagi baik, bawa tangga, paling baik tangga telekom atau Tnb, ini termasuk perang saraf dan menaikkan imej kepada petugas kita, kena tunjuk kekuatan bukan selekeh macam pekerja UmnoBn.
- Kerja yang berat akan mudah jika dilakukan secara berjamaah, berkumpulan, set kan petugas khas ikut Perlimen yang akan pasang di seluruh tempat terpilih.
- akhir, buat sedikit jamuan kepada petugas yang telah siap menyempurnakan tugasan..
RSB
No comments:
Post a Comment