Wan Azizah ketika berucap merasmikan kongres khas PKR di Shah Alam hari ini berkata, individu yang didapati melanggar ketetapan itu akan hilang kelayakan sebagai calon.
“Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon,” katanya.
Beliau mengakui bahawa pemilihan langsung pada kali pertama pada 2010, yang memberi hak kepada semua anggota untuk mengundi, dihantui banyak “kelemahan”.
“Dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.
Kongres khas pada hari ini diadakan untuk menyelesaikan isu berhubung beberapa pindaan dalam perlembagaan parti dan juga beberapa perubahan lain.
Kredit kepada MK
No comments:
Post a Comment