Trafik

Monday, October 5, 2015

Menyantuni ahli selepas PRU dan Pemilihan Parti

Alhamdulillah, kami datang menyantuni aktivis kami di Ranting Felda Kahang Timur dengan keahlian dari kalangan anak muda yang terpaksa keluar tanah rancangan untuk mencari rezeki.

Setelah PRU13 berlalu menyaksikan Keadilan belum menang lagi di Felda walaupun undi peneroka di sini antara yang tertinggi di Felda negeri Johor iaitu 20%. tahniah. Semasa ada pemilihan parti, ramai pimpinan pusat yang bertanding apabila dijemput, mereka pasti akan hadir samada untuk memperkenalkan diri ataupun berkempen.

Kita maklum, selepas itu, hanya Dun atau Parlimen yang berpotensi menang sahaja yang akan mendapat perhatian lebih dan memperoleh sumbangan untuk membiayai program dari YB-YB kita.

Kami di Cabang memang ada banyak program yang mahu dilaksanakan tetapi faktor kewangan kadang-kala merencatkan rencana kami apatah lagi ramai aktivis parti ada yang hilang pekerjaan, tukar kerjaya lain, projek dan tender kontrak ditarik balik dan ada yang terduduk kerana jatuh muflis.

Apapun halnya, Alhamdulillah, semangat kami tetap dengan slogan #lawantetaplawan


Bagi Ranting Felda Kahang Barat pula ramai ahli Keadilan dan rakan Pakatan Rakyat yang hilang fokus dan terbawa-bawa dengan krisis Pas-Amanah.

Ramai orang Pas di sini seolah-olah putus hubungan dengan Keadilan, tidak seperti sebelum ini, lebih parah lagi bagi ahli Pas yang memilih Amanah sebagai wadah baru, dulu kami mesra boleh minum teh tarik bersama sekarang tarik muka.

Ada pula pihak yang mengapi-apikan dalam aplikasi wasap bimbang pasti berlaku pertandingan 3 penjuru Pru akan datang, lalu minta GHB atau Amanah jangan cuba ditubuhkan dan ahli serta aktiviti mereka mesti diboikot.

Kami rasa tidak ada taklimat khusus tentang perkembangan terkini bagi masalah rakan parti kita ini. Tindakan cepat dan pantas Kak Wan sebagai Presiden mengiktiraf Amanah rasanya sudah cukup untuk menyelesaikan isu ini.

Janganlah kita kembali kepada kes klasik Mujahidin Afghanistan yang mampu melawan musuh dan menghalau penjajah Soviet Rusia tetapi apabila Allah SWT beri kemenangan, mereka bergaduh dan berbunuh sesama sendiri.

Hizbi Islami pimpinan Gulbudin Hekmatyar lawan Burhanudin Rabbani dari Jamiat Islami menentang pula Puak Panglima Ahmad Shah Masood yang juga bercakaran dengan  Kabilah Abdul Rashid Dostum dan lain-lain kabilah yang tega menghalakan muncung rifal AK47 Kalasnikov mereka kepada rakan sesama muslim mujahidin akibat merasa jemaah mereka atau fikrah mereka sahaja yang betul. Wallahuaalam. HB

No comments:

Post a Comment