Trafik

Saturday, October 3, 2015

MATC Sembrong ibarat hari raya

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Sembrong telah berjaya dilaksanakan pada 20 September 2015 yang lalu diibaratkan sebagai hari raya setahun sekali di mana ahli Keadilan mengemas pejabat, menghias latar belakang, menyusun atur kerusi meja, meyediakan bahan multimedia, pakaian bergosok dan kemas, memakai pewangi, memesan makanan dan minuman semata-mata untuk memastikan MATC berjalan lancar dan sempurna.

Jika semua ahli faham betapa pentingnya Mesyuarat Agung nescaya mereka mesti hadir dan tidak ponteng untuk berjumpa rakan seperjuangan bagi menilai prestasi AJK yang dilantik samada baik atau sebaliknya serta mengusulkan idea dan cadangan untuk manfaat parti dan rakyat.

Mesyuarat dirasmikan oleh Cikgu Roni Murugan Naib Pengerusi MPN Johor. Tahniah kepada semua yang hadir. terima kasih.





No comments:

Post a Comment