Trafik

Friday, November 14, 2014

RM1000 untuk tutup mulut nelayan Johor?



JOHOR BAHRU: Tindakan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin mengumumkan peruntukan RM1.8 juta kepada 1,800 nelayan kini menjadi persoalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok (DAP), Lim Eng Guan dalam satu kenyataan berkata sekiranya peruntukan tersebut bertujuan menutup mulut golongan nelayan yang terjejas akibat pembangunan projek mega, ia merupakan satu keputusan yang tidak munasabah.

Selain meminta justifikasi kerajaan negeri mengenai pemberian itu, beliau juga bertanya jika ianya merupakan insentif khas atau pemberian ikhsan kepada golongan nelayan selatan Johor yang terjejas teruk itu. “Apapun istilah digunakan, langkah ini jelas sekali tidak memadai.

kami mahu kail

Malah menunjukkan kerajaan negeri mengambil mudah dengan langkah simplistik yang hanya memberi kesan jangka pendek,” Roketkini memetik kenyataan Eng Guan. Selain melaporkan bahawa setiap nelayan menerima insentif RM,1000, kenyataan tersebut juga menyebut, “Nelayan mengharapkan ‘pancing’ tetapi yang diberikan adalah ikan.” Eng Guan mempersoalkan perkara tersebut ketika mengulas pengumuman Khaled ketika pembentangan belanjawan 2015 di Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini.

Sebelum ini, DAP Johor pernah menuntut pemaju Forest City dan Kumpulan Rakyat Johor (KPRJ) menjelaskan pelan pampasan kepada kumpulan nelayan yang terjejas akibat projek tambakan tanah seluas 4,000 ekar. Kerajaan negeri mengenakan caj rm 0.30 bagi setiap kaki persegi tanah ditambak, dan hasil jualan tanah yang dijangka melebihi RM 104 juta akan digunakan untuk membantu kumpulan nelayan.

“(Perkara) ini juga mendatangkan persoalan sama ada wang RM 1,000 diambil dari kutipan caj Tabung Nelayan yang ditubuhkan itu atau dari peruntukan lain,” soal kenyataan tersebut. Dalam pada itu, Eng Guan berkata, mengikut konteks belanjawan negeri, adalah wajar kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan berstruktur.

Nota : Kasihan nelayan, RM1 ribu mana cukup untuk menampung kehidupan tambah lagi dengan kenaikan harga barang sekarang ini. Hujan lebat, angin ribut petir, puting beliung dan ombak besar selalu mengancam nyawa nelayan. Rasanya duit sebegitu memang tidak berbaloi. Yang kaya bertambah kaya. MB baru tapi tiada pembaharuan, Moga kuat semangat mereka untuk terus mencari rezeki..

No comments:

Post a Comment