Trafik

Thursday, November 20, 2014

Bayar Lebih RM300 Ribu rasuah untuk dapat gelaran datok



Sebagaimana laporan dari NYT bahawa sebuah syarikat perlombongan China mendakwa telah membayar untuk ahli politik BN mendapatkan gelaran Datuk bagi memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu.

Li Yang, ketua eksekutif CAA Resources, memberitahu New York Times (NYT), mendakwa dia telah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) bagi setiap ahli politik, yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam lombong itu.

Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak kerabat.

"Jika kedua-duanya menyokong anda, maka anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, kerana sumber asli semuanya dikawal oleh mereka," Li dipetik sebagai berkata. Menurut akhbar itu lagi, Li juga dipetik sebagai berkata bahawa dia "hanya mengikuti amalan biasa di Malaysia".



Dalam reaksinya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) berkata beliau tidak tahu mengenainya. "Ini tak ada dalam makluman saya. Maaf," kata Ahmad Razif, yang juga bertanggung jawab atas sumber asli dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

NYT berkata CAA beroperasi di Malaysia selepas Beijing bulan lalu mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan piawaian mengenai hak-hak tenaga kerja, perlindungan alam sekitar dan hubungan masyarakat bagi industri itu.

Di Bukit Besi, kata laporan itu, CAA menghindari potensi isu-isu tenaga kerja dengan mengupah pekerja tanpa kesatuan dari Kemboja, Myanmar dan Vietnam. Para pekerja, kata Li, bekerja mengikut sif 12 jam, tujuh hari seminggu dan dibayar berdasarkan berapa banyak perolehan lombong.

Para pekerja kolar putih, termasuk akauntan dan jurutera, dibawa dari China. CAA juga menghindarkan daripada melakukan penilaian kesan alam sekitar dengan membahagikan lombong itu kepada dua, masing-masing berkeluasan kurang daripada 500 ekar.

Hanya lombong yang berkeluasan lebih besar daripada 500 hektar perlu dinilai untuk kesan alam sekitar. Lombong Bukit Besi pernah menjadi lombong terbesar di dunia dan menjadi sumber bekalan untuk industri besi keluli Jepun semasa Perang Dunia II. Ia ditutup pada tahun 1971.

Nota : Amat memalukan , Bila rasuah menjadi darah daging, habis punah negeri dan negara, Minta Polis dan SPRM tangkap sahaja pihak yang terbabit dan bawa ke muka pengadilan... Ada berani?

No comments:

Post a Comment