Trafik

Wednesday, November 26, 2014

Harimau Malaya kena badi Gajah Siam (3-2)



KUALA LUMPUR: Impian Malaysia layak ke separuh akhir kejohanan Piala AFF Suzuki kian tipis apabila tewas kepada Thailand 3-2 di Stadium Jalan Besar di Singapura, malam ini. Ketika satu mata seperti dalam genggaman skuad Harimau Malaya, pemain lawan Adisak Kraisorn menjadi pemusnah dengan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan saingan Kumpulan B.

Kini, Malaysia tiada pilihan kecuali harus menewaskan tuan rumah, Singapura dalam perlawanan terakhir, Ahad ini. Thailand, berbekal dua kemenangan berturut-turut - selepas menewaskan Singapura 2-1 pada hari pertama, kini sudah sah layak ke separuh akhir edisi kali ini.

Bermula lebih agresif skuad Harimau Malaya membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-28 hasil jaringan Amri Yahyah dalam saingan Kumpulan B ini. Thailand yang bangkit mengemaskan semula permainan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi Adisak Kraisorn.

Harimau Malaya kembali mendahului menerusi usaha solo Safiq Rahim pada minit ke-61 tetapi Charyl Yannic Chappuis menyamakan kedudukan untuk lawan pada minit ke-73. Adisak memastikan mata penuh Thailand dengan gol pada minit-minit terakhir permainan buat menghampakan lawan yang berhak mendapat sekurang-kurangnya satu mata. INFO

Nota : Oh patut kecndang sebab Menteri sukan sibuk perhimpunan parti keris... sukan kita terus menjunam..

No comments:

Post a Comment