Trafik

Wednesday, February 5, 2014

Satey Kajang Telah Menyebabkan Tol Tak Jadi Naik


Kadar tol lebuh raya di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini, demikian diumumkan petang ini.

Sebaliknya, kerajaan akan membayar RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata kabinet memutuskan bahawa kerajaan perlu berunding dengan syarikat konsesi untuk memastikan perjanjian konsesi boleh disemak semula dan mengekalkan kadar tol sekarang.

Oleh itu, katanya, tidak akan ada sebarang kenaikan tol pada tahun 2014 seperti yang diwar-warkan.

Muhyiddin memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai kos sara hidup di Putrajaya.


Nota : Inilah hikmah limpahan kitaran ekonomi disebalik Pilihanrya Kecil Kajang, ekonomi akan berkembang, poket rakyat terbanyak boleh dijimatkan jika tol tidak dinaikkan lalu duit itu boleh digunakan untuk membeli keperluan harian keluarga dan makanan lazat seperti satey kajang dan akhirnya menguntungkan ekonomi penduduk Kajang.

[Baca berita penuh]

Umno Menanggung Beban Pembesar Makan Gaji Buta





KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno disaran supaya tidak lagi menyimpan 'biawak hidup' yang hanya berperanan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin dalam entri di laman Facebooknya semalam.
Menurut Zaharin, salah satu kesilapan yang dilakukan para pemimpin Umno adalah "banyak sangat menyimpan 'biawak hidup'"

Tuesday, February 4, 2014

Klon Harakahdaily Untuk Wang Rating Iklan


Harakah telah memulakan edisi Internet (lihat contoh di http://harakah4.tripod.com) seawal tahun 1997. Selain akhbar edisi Internet, sistem berita berasaskan elektronik, HarakahTV pun pernah dilancarkan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor dalam usaha awal PAS untuk memiliki radio dan TV sendiri. 

HarakahTV, akhirnya mati dalam tempoh tak sampai setahun ia dilancarkan. Projek WebTV ini telah dihidupkan semula pada Ogos, 2006 diatas nama TVPAS bagi menghadapi PRU ke-12. Selepas PRU ke-12, TVPAS diserahkan kepada Harakah pada 2009.

Malah pada 2009 juga, harakah memperkenalkan akhbar digital atau electronic paper (epaper) Harakah yang sama seperti Harakah versi cetak secara online yang boleh dilanggani pada alamat http://epaper.harakah.net.my

Apabila kerajaan mengenakan sekatan terhadap penerbitan Harakah pada tahun 2000 daripada dua kali seminggu kepada 2 kali sebulan, Harakah telah bersedia dengan versi internet yang boleh dilayari setiap hari, dinamakan Harakahdaily.

Portal berita internet Haraakah ini pada mulanya menggunakan domain, harakahdaily.com (http://www.harakahdaily.com) tetapi kemudiannya beralih kepada harakahdaily.net (http://www.harakahdaily.net) dengan kunjungan pelawat melebihi 100,000 (pageview) sehari dan pada masa peristiwa tertentu seperti muktamar, BERSIH dan sebagainya boleh melebihi 150,000 pengunjung sehari.

Disebabkan populariti berbanding Harakah yang diuruskan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, begitu terkenal dan mendapat tempat yang baik di hati pelayar, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membuat penyamaran di dunia maya dengan mengambil kesempatan mendaftarkan portal mereka dengan domain harakahdaily.my (http://www.harakahdaily.my) dengan disclaimer yang kecil dibahagian bawah yang mana jarang dibaca oleh ramai pelayar;

DISCLAIMER: Laman web www.HarakahDaily.my tiada kaitan langsung dengan akhbar Harakah ataupun dengan laman web rasmi Harakah www.harakahdaily.net walau dengan apa cara sekalipun.

Apakah yang mereka harapkan daripada penyamaran dalam dunia maya ini? Pihak kami telah mengetahuinya tetapi kesal dengan ketidak pekaan agensi seperti MCMC, MyNIC dan lain-lain badan berkuasa terhadap internet diMalaysia boleh membenarkan dot.my yang melambangkan Malaysia didaftarkan begitu mudah oleh pihak-pihak yang tiada kaitan dengan PAS.

Selain daripada portal penyamaran harakahdaily.my, pihak kami juga memantau aktiviti hackers dan cybertrooper Umno/BN yang menjadikan Harakah sebagai sasaran mereka untuk melakukan sabotaj terhadap operasi internet harakah untuk menghalang berita-berita alternatif disebarkan oleh portal Harakahdaily mendapat sambutan yang baik.

Cuba lihat dan kaji berita-berita yang dipaparkan oleh klon harakahdaily ini. Tidak banyak bezanya kan? Tidak dipastikan apa motif pemilik domain ini? Hanya kerana sedikit wang iklan? Atau apa yang menyebabkan mereka berusaha untuk klon harakahdaily ini?

Bukan harakahdaily sahaja yang cuba di klon, malah identiti bank dan sebagainya juga diklonkan untuk memperdaya pengguna atau pelayar di dunia maya ini. Tindakan mereka ini tidak akan berakhir di sini sahaja, malah usaha mereka akan dipergiatkan lagi pada masa depan dengan mengklon facebook, Twitter dan sebagainya bagi membuat penyamaran dan mengelirukan khalayak pengguna internet.

Untuk mengurangkan kesan kepada pengguna internet yang tidak sedar kepada penipuan dan penyamaran identiti seperti ini, pihak harakah sedang membangunkan satu portal atau Gerbang MyHarakah sebagai one stop center atau rujukan utama bagi aktiviti internet Harakah secara Online.


~ Shuhaimie Embong Detikdaily

Skandal Kelepet Duit Orang Miskin 1Azam RM690 juta

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.
“Jika ‘meletup’, ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.
“Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.
“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.
Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.
Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
“Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.
“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.
“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang,” katanya. ~kd

Saya Tidak Keluar PKR, Saya Nak Kahwin : Adun Hutan Melintang

dikemaskini ADUN Hutan Melintang dari PKR S Kesavan hari ini menafikan beliau keluar parti itu seperti yang didakwa melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak Datuk Seri S K Devamany hari ini.
  
Beliau berkata ia adalah surat palsu yang dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan namanya.
  
"Saya teliti tanda tangan pada surat itu... ia berlainan dengan tanda tangan saya dan kepala surat juga menunjukkan ia bukan yang dikhaskan untuk ADUN," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Beliau mengulas mengenai sepucuk surat bertarikh 2 Februari 2014 yang dialamatkan kepada Devamany yang kononnya beliau mengisytiharkan diri keluar dari PKR secara rela hati berkuat kuasa Ahad lepas.

Menurut surat itu yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu
dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap
kepimpinan parti berkenaan.

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut.

"Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini.

Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.

Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi.

PKR mempunyai lima ADUN dari jumlah keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, PKR turut menafikan bahawa yang ADUN Hutan Melintang itu keluar parti.

"Selepas mendapat penjelasan daripada Kesavan, kami mengesahkan bahawa beliau tidak menghantar surat itu dan tidak keluar parti," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini.

"Beliau telah dinasihatkan supaya membuat laporan polis terhadap surat palsu tersebut."

12 Buku Unsur Syiah Diharamkan KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap 12 buku kerana didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh memudarat ketenteraman awam dan moral.
  
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pewartaan perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
  
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan.
  
"Menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
  
Pewartaan itu berkuatkuasa pada 6 Januari dan 9 Januari lepas.

Mereka sabit melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.
  
Buku-buku itu ialah
1. Akhirnya Ku Temui Kebenaran" karangan Dr Muhammad Al-Tijani Al-Samawi/Terjemahan Kumpulan Pengajian Islam UIA;

2. Agama Politik Nalar Politik Islam (Ahmad Vaezi/Ali Syahab);

3. 99 Wasiat Imam Ja'far Ash-Shadiq Lentera Ilahi" (Imam Ja'far Ash-Shadiq/Rahmani Astuti);

4. Saling Memberi Saling Menerima" (Sayyid Mahdi As Sadr /Ali Bin Yahya);

5. Fatwa-Fatwa 2 Soal-Jawab Seputar Muamalah Ahlulbait" (Ayatullah Al-Uzhma Imam Ali Khamenei/Mubsin Labib).

6. Teladan Abadi Ja'far Shadiq Sang Mahaguru" (Husain Nahrawi);

7. Teladan Abadi Hasan Askari Tumpuan Kaum Papa" (M.Ilyas & Hasan Al-Habsyi);

8. Teladan Abadi Husain Syahid" (Abdullah Beik).
  
9. Fatimah Az-Zahra' & 9 Keturunannya Yang Mulia" (Tarikuddin Bin Haji Hassan);

10. Imamul Muhtadin 'Ali Bin Abi Thalib" (H.M.H Al-Hamid Al-Husaini);

11. Meniti Titian Kebenaran" (Khair Izzah);

12. Memories Of Muhammad: Why The Prophet Matters" (Omid Safi).
  
-Bernama

Nota : Bimbang makin diharamkan makin orang ramai cari dan muat turun... biasanya orang suka yang haram-haram ni

SB Mati Tiada Sangkut Paut Dengan KL Gangster : Zahid

Mengenai kes seorang anggota polis cawangan khas mati ditembak di Bukit Persekutuan Kuala Lumpur petang ini, Ahmad Zahid berkata siasatan awal mendapati insiden itu tiada kaitan dengan dengan kumpulan kongsi gelap.
  
"Kami tidak dapat umumkan status kes itu kerana siasatan sedang dijalankan...saya masih menunggu laporan rasmi dari PDRM," katanya.
  
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, seorang Lans Koperal ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
  
Anggota berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.
  
- Bernama

Nota : Kalau dah anggota keselamatan yang lemgkap dan cukup latihan pun mati, apatah lagi rakyat biasa yang tiada kudrat untuk melawan seperti wanita dan kanak-kanak. Jenayah sudah semakin membarah dan berleluasa. Sampai masa untuk tegakkan undang-undang syariah dengan melaksasanakan hudud dan qisas. Pembunuh dibalas bunuh.