Trafik

Tuesday, August 18, 2015

Foto sekitar Jelajah Amanat Presiden di Johor

Jelajah amanat Presiden Keadilan di Hotel Landmark BP. Kisah Bahtera Nabi Nuh menjadi rujukan supaya parti kuat dan bersatu. ‪#‎demirakyatjohor‬ ‪#‎reformasi‬ ‪#‎lawantetaplawan‬

Sekitar program di jelajah Amanat Presiden di Johor. ‪#‎DemiRakyatJohor‬

Usai Jelajah Amanat Presiden Johor dan Sambutan Aidilfitri.‪#‎DemiRakyatJohor‬















































Foto Sambutan Aidilfitri Keadilan Johor di Batu Pahat sungguh bermakna

Sambutan Aidilfitri Keadilan Johor di Senggarang BP meriah dan sungguh bermakna kerana Kak Wan turut merasmikan pejabat Keadilan Perlimen Batu Pahat. Tahniah kepada Cabang BP yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik.  ‪#‎selamathariraya‬‪ #‎demirakyatjohor‬ ‪#‎keadilanrakyat‬ ‪#‎maafzahirbatin‬


















Galeri Foto Jamuan Hariraya di Pusat Komuniti DAP Kluang

Menampilkan tetamu berbagai bangsa, agama dan warna kulit. Jemputan khas tetamu dari Keadilan dan GHB. Jamuan Aidilfitri DAP Kluang Di Pusat Perdagangan Tasik Kluang meriah. ‪#‎selamathariraya‬ ‪#‎maafzahirbatin‬






















Saturday, August 15, 2015

Pertukaran Tajuk Blog ini

Anda menghadapi masalah?


Simpang Renggam : Untuk kali ini, rasanya sudah 5 kali blog ini bertukar tajuk kepada SOLADIRITI KEADILAN LAYANG2 dan tajuk kecilnya iaitu BERDIRI UNTUK LAYANG2 SEJAHTERA Jom singgah blog bahasa Melayu ini, skopnya luas dan pelbagai termasuk Keadilan, Islam, Dakwah, Siasah, Pendidikan, Kebajikan, Kemanusiaan, Kemajuan dan Madani.

Sudah sampai masa saya berbakti kepada ranting tempat saya dilahirkan, disekolahkan dan dibesarkan malah menjadi pengundi lokaliti di situ. Menjadi jentera kempen bertugas PR sebagai PACABA dalam  PRU 1999, 2004 dan 2008 juga di situ. Sekarang ini tinggal bonda dan adinda perempuan serta suami dan anaknya yang bermustautin di Bandar Renggam dalam Dun Layang-layang Johor.

Blog sebelum ini ialah :

1. Pas Sembrong Bangkit Membuat Perubahan yang sudah diceroboh (Hack) bermula 2009 Sila klik
2. PR Sembrong Bangkit bermula 2010 Sila klik
3. Sembrong Bangkit bermula 2013 PRU13
4. Sembrong Bangkit BP Sejahtera bermula 2014 Pemilihan Keadilan 2014
5. Soladiriti Keadilan Layang2 bermula Ogos 2015 (Selepas Syawal 1436H)

Blog 1 dan 2 masih boleh dicapai, walaupun ia isu lama tetapi yang masih boleh menjadi rujukan. Dalam era kemajuan ICT, sekarang ini ramai yang tidak berminat membuka blog kerana sudah tenggelam dengan Facebook yang lebih mesra pengguna dan juga aplikasi Whatappas serta Telegram yang lebih pantas dan percuma.

Terima kasih kepada pihak Blogspot yang meyediakan tapak percuma, blog ini tanpa modal berbayar walau satu sen. Sesuai dengan hasrat mana-mana penggemar Blog yang kita tahu tujuan menulis blog ialah kerana ia boleh menggantikan Dairi yang kita tulis dan menceritakan apa yang berlaku setiap hari dalam sebuah buku catitan. Moga saya diberi kekuatan untuk terus menulis, mencatat dan harapan supaya ia menjadi amal soleh yang bermanfaat kepada semua. Terima kasih

Sekian. Admin

PS : Foto mengangkat kotak Sumbangan Ramadan di Markaz Lama T6. Bangunan ini sekarang sudah diambil semula oleh tuan rumah di ubahsuai menjadi rumah 2 tingkat.

Wednesday, August 5, 2015

Mantan Ketua Ranting Keadilan Renggam Meninggal Dunia.

Renggam : Moga rohnya diampunkan dan dicucuri rahmat. Allahyarham Ahmad bin Husin bekas Ketua Ranting Keadilan Renggam yang juga jiran bonda saya. Semasa ayahanda saya sakit kuat, almarhum banyak membantu keluarga kami sehinggalah abah maninggal. Dengan kereta yang dimiliki (zaman itu tidak ramai yang ada kereta) beliau sanggup jadi supir untuk membantu menyelesaikan urusan kami.

Sangat penyayang kepada adik-adik saya yang masih kecil pada ketika itu. Rumah almarhum menjadi Bilik Gerakan Keadilan dan Pakatan Rakyat setiap kali PRU. Beliau pandai memasak dan pernah menjadi pengusaha kantin di kilang Tropical Latex Renggam. (Kilang ini bertaraf lagenda di Renggam, ramai penduduk bekerja di situ, tetapi sudah ditutup kerana asap serombongnya mencemarkan alam sekitar dengan mengeluarkan gas amonia yang berbau sengit dan beracun )

Antara peristiwa yang menyedihkan ialah pada PRU 2008 apabila barang kemas pusaka isteri almarhum telah dicuri oleh petugas parti yang mengambil kesempatan dan peristiwa ini amat mengecewakan almarhum.

Pada lebaran tahun lepas 2014, almarhum datang ziarah rumah kami awal pagi selepas solat Aidilfitri dan bergambar bersama keluarga kami, katanya bosan kerana anak-anak dan cucu tahun ini tidak balik ke rumah. Tanpa disangka, rupanya itulah raya puasa terakhir kami berjumpa beliau kerana pada eid mubarak tahun ini almarhum hanya duduk di biliknya sahaja tidak mahu jumpa tetamu.

Takziah kepada keluarga almarhum khususnya isteri beliau Makcik Kiah, agar sabar dan tabah. Moga amal beliau diterima dan diletakkan bersama para syuhada. Ameen...
 








Sekitar Majlis Aidilfitri Keadilan Cabang Sembrong dan Kluang



Kluang : Majlis Aidilfitri Keadilan Cabang Sembrong dan Kluang pada 1 Ogos 2015 Sabtu berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Pidato yang hebat dari tetamu seperti Sdr Zabidie Abas, Pengerusi Biro Felda, Sdr Ishak Sher Mohamad, Ketua Cabang Simpang Renggam, Dr. Ahmad Faidhi dan Sdr Akmal Nasir, Ketua Penerangan Johor.

Majlis ucapan terpaksa dihentikan awal atas arahan pihak berkuasa kerana ucapan berbau politik yang mengikut kebenaran asalnya hanya ucapan hari raya sahaja. Tiada masalah, kami akur.

Jamuan makanan yang sedap dari Restoren Sri Tani serta buah rambutan sebagai pencuci mulut yang manis.

Ucapan tahniah juga kepada urusetia persiapan majlis yang diketuai oleh Sdr Jaafar. Terima kasih. ‪#‎selamathariraya‬ ‪#‎maafzahirbatin‬ ‪#‎keadilanrakyat‬