Trafik

Thursday, April 11, 2013

Rafizi Jawab Fitnah (Panas)


Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.

Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.

Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan.

Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS.

Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah.

Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai.

Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi.

Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja, kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir.

Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau.

Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap.

Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai.

Apabila Dato’ Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN.

Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN.

Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS.

Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan.


Dalam tempoh 3 bulan akan datang, saya melangsaikan semua hutang saya dengan PETRONAS, termasuklah membayar RM31,499.89 baki bon perkhidmatan saya selama 6 bulan berbaki, agar saya mengembalikan setiap satu sen biasiwa pendidikan yang diberika PETRONAS seperti di dalam perjanjian. Saya juga membayar RM41,091.80 baki geran kereta (yang saya pakai sehingga kini), yang diberikan kepada kakitangan pengurusan.




Saya bernasib baik kerana tekaan saya bahawa gaji di luar PETRONAS lebih tinggi adalah tepat. Dengan tawaran yang lebih baik, saya menyertai Pharmaniaga Berhad dalam Ogos 2009 sebagai Pengurus Besar, bertanggungjawab menguruskan kilang farmaseutikal di Bangi dan fungsi kewangan kumpulan itu.

Hari pertama saya melaporkan diri di Pharmaniaga adalah 10 Ogos 2009. Ditakdirkan pada 8 Ogos 2009, saya pulang ke Kemaman untuk bertemu ibubapa dan kebetulan pada malam itu ada ceramah perdana Dato’ Seri Anwar, lalu saya diminta oleh penganjur untuk menjadi pengerusi majlis.

Saya tidak keberatan dan bertemu dengan Dato’ Seri Anwar yang agak terkejut saya berada di situ, kerana kali terakhir kami bertemu (semasa perbincangan persediaan debat harga minyak setahun sebelum itu), saya tegas tidak berminat untuk berkecimpung dalam politik.

Beliau bertanya di mana saya bekerja ketika itu, saya maklumkan saya sudah berhenti dari PETRONAS dan akan bermula di Pharmaniaga minggu selepas itu. Yang lain-lain selepas itu adalah sejarah yang berlaku dengan cepat.

Susulan dari pertemuan itu, Dato’ Seri Anwar menjemput untuk bertemu beliau di Parlimen sebanyak dua kali. Beliau ada meminta untuk saya kembali menyertai pimpinan parti (saya memegang jawatan pimpinan pusat Pemuda sehingga 2004) – dua kali beliau tanya, dua kali saya tolak. Akhirnya, bila beliau seolah mencabar saya bahawa “kita perlu bersama berjuang dan bukan hanya pandai mengkritik dari jauh”, saya akur untuk membantu parti.

Walaupun saya tidak pernah merancang untuk ke depan seperti sekarang, saya tenang dan tidak menyesal kerana janji bersama dengan allahyarham Ben supaya pengorbanan beliau meninggalkan usia muda tidak sia-sia. Janji itu semakin dekat menjadi kenyataan, apa yang terjadi selepas itu adalah keputusan peribadi saya. Ada orang yang memperlekehkan sentimentaliti berpegang kepada janji bersama di zaman budak-budak, tetapi janji itu menyuburkan ingatan saya terhadap allahyarham setiap hari.

Berbalik kepada PETRONAS, saya bertuah melalui zaman kerjaya yang cukup baik di PETRONAS. Ia banyak mengajar saya dan hampir keseluruhan kemahiran professional saya datangnya dari PETRONAS. Lebih penting, PETRONAS berlaku adil – disiplin kerja saya dihadiahkan dengan kenaikan pangkat yang paling pantas, seperti keputusan kenaikan pangkat yang dibuat pada umur saya 28 tahun yang disertakan bersama.


Klik untuk lebih jelas

Perletakan jawatan saya dari PETRONAS mengejutkan ramai kakitangan PETRONAS. Ramai yang kurang faham kenapa saya perlu meninggalkan keadaan yang selesa dan lumayan, apatah lagi apabila prospek untuk saya di PETRONAS cukup baik.

Ramai yang baik hati dan cuba memujuk saya untuk membatalkan hasrat, termasuklah Datuk Mohamad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Korporat Kumpulan (beliau pernah menjadi ketua saya semasa kami di Carigali). Beliau menghantar twit pada 21 Ogos 2012 menerangkan bagaimana beliau juga pernah memujuk saya untuk tidak meletakkan jawatan. Beliau juga mengakui saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai politik pada ketika itu.




Saya harap keterangan ini jelas.

Saya tidak mahu melayan fitnah ini kerana meninggalkan PETRONAS adalah keputusan peribadi. Ia berlatar belakangkan pemergian seorang rakan karib dan setiap kali saya mengingatinya, ia membuat saya merasa pilu. Ia perkara peribadi dan wajarlah dikekalkan sifat peribadinya.

Ini adalah keterangan bukan undang-undang yang pertama dan terakhir mengenai perkara ini. Jika berterusan, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

Tuesday, April 9, 2013

Kalau BN, Apa pun tak boleh

Dulu PAS nak buat negara Islam
BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk

sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan
BN kata PAS dah lupa Negara Islam.

Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak relevan

sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP
... BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat

Dulu PAS hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung
BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung

Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis
BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama

Dulu Pakatan buat janji nak turunkan harga kereta
BN kata negara dan industri kereta akan bankrap

Sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta
semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN

Dulu DAP bantah hudud
BN kata kita perangi DAP yang anti Islam

Sekarang Chua Soi Lek bantah hudud
BN kata itu hanya kata-kata individu

Dulu BN jadi kerajaan Pahang, Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai

Sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan, kerajaan akan selesaikan masalah air di sana..

pendek kata, BN SAJA YANG BETUL.. fikir-fikirkan


Nota RSB: "Tak suka lah saya sekarang Pas berkawan dengan Dap, Pas dah tak macam dulu, Pas dulu betul-betul perjuangkan Islam..." kata tegar UmnoBn

Ana jawab " Dulu masa Pas betul pun awak tak mau sokong Pas, konon..."

Datuk CJM lawan Mic di Segamat, Peguam Hasan Karim di Ledang, Dr N di Pasir Gudang


Dato Chua Jui Meng bertanding di Segamat



http://www.keadilandaily.com/anwar-umum-chua-calon-segamat-hasan-karim-di-ledang/

TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.

Pengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Anwar mengumumkan Chua Jui Meng calon parlimen Segamat, dan Hasan Karim di Ledang Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.

Politik Kedai Runcit Di Kampung

Di sebuah kampung terdapat sebuah kedai runcit.

Rakyat kampung tersebut hanya bersumberkan kedai tersebut untuk membeli barang keperluan harian mereka.

Kedai tersebut sudah bertapak lebih 55 tahun di kampung tersebut yang mendapat tander membuka kedai tersebut daripada tok penghulu kampung.

Orang kampung bersungut kerana harga di kedai tersebut semakin lama semakin mahal. Namun setiap tahun apabila tander dibuka, tauke yang sama yang berjaya memenangi tander tesebut yang selalu dilihat rapat dengan tok penghulu.

Pemiihan tander adalah berdasarkan pilihan majoriti penduduk kampung yang selama ini berpihak kepada tauke yang sama. Ada segelintir orang kampung bersungut kerana kampung mereka turut didatangi oleh orang luar namun tidak diendahan oleh tok penghulu.

Orang kampung makin resah sehingga pulang seorang anak muda yang bercadang untuk memasuki tander kedai di kampung tersebut. Antara perancangan anak muda tersebut ialah menawarkan harga yang lebih murah daripada kedai sekarang.

Orang kampung gembira, namun tauke kedai yang sudah berumur itu mencemuh "kedai tersebut akan bankrap dan kampung akan rugi".

Semakin dekat dengan hari tander terbuka, semakin ramai orang kampung mendapat maklumat tentang hasrat anak muda itu.

Ramai yang berjanji akan menyokong anak muda itu untuk mendapatkan tander kedai tersebut yang selama ini dikuasai oleh tauke tua tadi.

Sebaik sahaja tander dibuka, seperti biasa tauke tua akan membeli borang tander dan kali ini anak muda tadi pun tutut membelinya.

Beberapa sebelum hari pemilihan, tiba-tiba tauke tua tadi menbuat pengumuman "saya akan turunkan harga barang di kedai ini jika orang kampung memilih saya sekali lagi".

Orang kampung tergelak besar dan menempelak "Habis tu, selama 55 tahun kamu dapat tander ini, mengapa tidak turunkan harga barang?".

Anak muda tersenyum menunggu hari pemilihan tander.

Ini kalilah kita ubah tauke kedai!

via Afyan Mat Rawi

-RVR-

Misteri Blok B4 Paling Banyak Piring Setelit


Kompleks B Jabatan Perdana Menteri. Blok B4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Di sini kalau Mahu melihat Pejabat B4 dari luar JPM lihat di bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia. Sila baca sampai lumat Info ini

Blomberg Kata Bn Tiru PR Bulat-bulat


Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara "menciplak" manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13.

TERKINI : Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg.

Link : bloomberg


Mustafa Ali : Umno-BN Ciplak Manifesto PR


Umno-BN didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam tadi, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.

“Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.

Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberi contoh manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

“Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.

“Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA,” katanya.

Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar “melepas batuk di tangga” dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.


Husam di Putrajaya, Salahudin Di Pulai, Bang Mat Di Pendang


PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.


"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.-HD



Pas: Husam sah di Putrajaya, Salahuddin Pulai


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.


Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.
-SH