Trafik

Tuesday, September 29, 2015

Kempen Tandatangan Bebas Anwar di Pekan Layang-layang

Alhamdulillah, kempen #bebasanwar ini adalah kerjasama antara Keadilan Cabang Sembrong dan Cabang Simpang Renggam. Bertempat di tapak Pasar Minggu Layang-layang pada 4 September 2015 yang lalu. Sambutan amat meggalakkan, rata-rata masyarakat yang kami temui memberi sokongan, ada juga yang takut untuk bagi tandatangan, malah ada individu yang meletak nombor KP palsu tetapi yang paling lucu ialah kelompok yang bersungguh-sungguh menyokong tetapi sayangnya mereka Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang tidak layak mengundi. Salah satu tips untuk dapatkan sebanyak mungkin tandatangan ialah tempat yang padat pengunjung dan sukarelawan yang ramai. Semoga berjaya. Terima kasih.
Sdr Ishak sedang memberi arahan
 Penjual barangan runcit sangat positif
 Sdr Yusof sambil kempen sempat membeli buah
 Peniaga pakaian beri kerjasama
 Singgah Restoren Baryani
 Sukarelawan veteren juga yang boleh beri komitmen
 KC Simpang Renggam
Hj Bachok dan Sdr Liaw sedang menunggu minuman, Sdr Liaw menunjukkan cara mudah Daftar Keahlian Online.
Ceria dan puas selepas selesai melaksanakan tugasan. Sempat berbincang untuk persiapan ibadah Qurban Aidiladha bagi Keadilan Dun Layang-layang.

No comments:

Post a Comment