Ucapan berbanyak terima kasih kepada penyumbang beras dan batang lemang siap bakar bersama rendang daging istimewa. Al-maklum kami bukan parti pemerintah di Johor ini, semoga sumbangan yang tak seberapa dan ala kadar ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang susah dan memerlukan akibat kenaikan harga barang, meningkat harga bahan api, kejatuhan nilai ringgit dan tekanan GST.
Diharap parti yang memerintah sekarang yang mencanang dengan slogan rakyat didahulukan tidak lupa golongan ini. Jika dapat disalurkan sumbangan dari berbagai pihak kepada kumpulan sasar ini lagi bagus.
Keadilan mengalu-alukan sumbangan dari berbagai pihak terutama makanan asasi seperti beras dan barang-barang dapur termasuk juga pakaian terpakai kanak-kanak, pakaian wanita dan lelaki, tak kiralah dari jalur mana, NGO atau parti mana, yang penting ia menguntungkan rakyat. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Saudara Azman dan Isteri yang bertungkus-lumus membakar lemang kerana sudi menyampaikan sumbangan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment