Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Kalau ada
yang tidak kenal dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia
anda memang pengguna yang bijak, betul anda memang bijak. Namun,
sebagai rakyat negeri Sabah syarikat penerbangan ini sudah menjadi wajib
bagi golongan-golongan sederhana seperti Benjy untuk memdapatkan
perkhidmatan yang sesuai dengan harganya. Nak pilih MAS, memang berfikir
7-8 kali tetapi kalau ada package balik kampung berharga RM 50.00 macam
tahun 2010 dulu, memang Benjy rembat terus. Sekarang syarikat tambang
murah ini sedang mengadakan promosi RM 19.00 ke distinasi terpilih dan
tarikh terakhir tempahan pada 19 Feb 2012 sebagaiman tertera iklan
banner di atas.
Namun hasrat tersebut terhalang apabila membuat tempahan sebenar
kerana AirAsia menggunakan taktik 'hidden cost' menyebabkan
harga sebenarnya cukup berbeza. Sila lihat screen shot untuk tempahan
sebenar di bawah.
Apa yang mengecewakan Benjy ialah tidak berlaku kejujuran dalam
perniagaan mereka. Apalah salahnya meletakkan harga sebenar terus RM
73.00 mengantikan RM 19.00 sebagaimana banner mereka. Kalau tidak pun
tulislah dalam banner tu RM 19.00 untuk 10 orang terawal kira OK
jugalah. Benjy berpendapat iklan promosi AirAsia ini adalah satu
penipuan secara 'halus' kerana mereka percaya tiada saingan
dalam perkhidmatan tambang murah mereka.
Penipuan mereka ini menyebabkan Benjy menyampah ditambah lagi mereka
selalu sahaja menunda penerbangan sesuka hati (sepatutnya boleh kena
penalti ni) dan penyusunan tempat duduk yang agak sempit. Benjy
berpendapat AirAsia adalah syarikat penerbangan yang penipu, tidak
jujur, tidak menghargai pelanggan dan tidak menghormati sensetiviti
pelanggan mereka. Demi keuntungan dan duit sanggup buat apa
sahaja termasuk menipu (cool Benjy cool ... jangan emosional broo..).
Rasa kekesalan diluahkan oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari
sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN
SAUDARA
Judul: AIRASIA MENIPU DEMI KEUNTUNGAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi
saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari
isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/airasia-menipu-demi-keuntungan.html.
Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Promo 5sen hari ni pon sama jgk menipu nye. Semua tiket selepas 5 ptg pada hari jumaat & ahad petang semuanya bukan harga promo. Even tiket setahun awal, july 2014 pon tak murah sbb bulan puasa & raya. Siapa yg plan in advance naik flight on weekdays? Jobless people bole la beli utk habiskan masa. Bagi je la 1 seat pon, Airasia ni makin teruk!
ReplyDelete