Trafik

Tuesday, August 20, 2013

Tahniah,10 Adun Kelantan angkat sumpah Timbalan Exco


Aslani M | Foto Zamani Mohd Zain, 20 Ogs 2013


KOTA BHARU: Seramai 10 Adun hari ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri, berperanan membantu anggota-anggota Exco melaksanakan tugas harian.

 Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan pelantikan di hadapan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabat Menteri Besar hari ini. Adun Kadok, Azami Mohd Noor dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.

 Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.

Abdul Rahman Yunus (Demit) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Hassan Mahmood (Tawang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan. Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.

Muhammad Awang (Gual Periuk) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.

Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat. Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat. Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) – Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan. Manakala Wan Nik Wan Yussof pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.

Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan Mohd Amar, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. “Pelantikan Timbalan Exco dapat membantu meringankan tugas-tugas anggota Exco terutamanya mewakili Exco pada program-program tertentu.

“Melalui persefahaman kerja membolehkan anggota-anggota Exco menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang memerlukan penyelesaian segera,” kata Menteri Besar ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Menurutnya Timbalan Exco akan disediakan kemudahan pejabat di Kota Darulnaim atau mana-mana agensi yang berkaitan dengan portfolio masing-masing. Oleh itu beliau berharap tugas-tugas pentadbiran kerajaan berjalan lebih lancar terutamanya bagi menyelesaian masalah rakyat dengan kehadiran timbalan-timbalan Exco.

Dr Mahmoud Ezzat dilantik Mursyidul Am sementara Ikhwan Muslimin

Harakahdaily

MESIR: Jemaah Ikhwan Muslimin hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Dr Mahmoud Ezzat (gambar) dilantik sebagai Mursyidul Am sementara gerakan Islam itu.


Pengumuman itu dibuat selepas pihak keselamatan mengumumkan penahanan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie.

Mohammed Badie dilaporkan telah ditahan kira-kira jam 2 pagi di sebuah kediaman flat di Madinah Nasr yang terletak di Timur Laut Kaherah.

Penahanan tersebut turut disahkan Kementerian Dalam Negeri yang memaparkan gambar Mohammed Badie dengan keterangan mengesahkan penahanannya.

Beliau antara pemimpin Ikhwan yang paling dikehendaki pihak tentera Mesir.

Al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir melabelkan pemimpin Ikhwan sebagai pengganas.

Bagaimanapun, Mohammed Badie tidak bersenjata atau mempunyai pengawal ketika penahanan dibuat.

Sementara itu, Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Dr Mohammed Badie sebagai balas dendam oleh tentera dan kerajaan sementara.

"Sudah diketahui bahawa semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin Anti-Kudeta dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu dan tanpa bukti yang boleh diterima.

"Apa yang mereka hadapi adalah rekaan tuduhan politik yang dicat dengan warna jenayah," katanya.

Monday, August 19, 2013

Usul Ditolak Mentah-mentah Speaker Pro As-Sisi

Aminolhuda Bin Hassan's photo.  Johor : Usul tergempar yg saya bawa utk membincangkan mengenai isu Mesir ditolak
Oleh Aminolhuda Bin Hassan (ADUN PAS Parit Yani)
 
Aminolhuda Bin Hassan's photo.
 Sidang Dewan Undangan Negeri Johor sedang berjalan mulai hari ini. Usul tergempar yg saya bawa utk membincangkan mengenai isu Mesir ditolak oleh Speaker Dewan.

Saya telah berucap menjunjung kasih atas titah Sultan supaya Majlis Agama Islam mengarahkan semua mesjid atau surau mengadakan solat hajat agar pembunuhan kejam oleh pihak tentera terhadap rakyat dihentikan segera.


Sunday, August 18, 2013

Turki Kecam Kezaliman As-Sisi, Malaysia Bila Lagi

Erdogan: Tentera Mesir Itu Pengganas, Bukan Ikhwanul-Muslimin. 

Sisi Sama Saja Dengan Assad


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kembali mengecam dan mengutuk aksi ganas penguasa sementara Mesir. Beliau melihat ketika ini sedang berlangsung terorisme negara sedang berlaku di Mesir.

Tindakan brutal pemerintahan sementara Mesir dengan membantai warganya telah menyebabkan reaksi keras dari berbagai negara di dunia.

Malah Erdogan menyatakan panglima tentera Mesir Abdel Fattah al-Sisi sama dengan pemimpin Syria Bashar al-Assad.

"Masjid Al-Fath sedang dikepung. Tempat ibadah tidak bersalah. Mereka membakar, menghancurkan masjid kami di Syria dan Mesir. Entah Bashar atau Sisi, tidak ada bezanya," ujar Erdogan seperti dikutip hurriyetdailynews.com.

Erdogan juga mengecam kabinet Mesir kerana telah menyebut pendukung Presiden Muhammad Mursi sebagai "teroris."

"Orang-orang tersebut menyatakan 'kami meminta suara kami harus dihormati.'" Tapi ada orang-orang menggelarkan mereka teroris. Tetapi saya menyatakan bahawa terorisme negara ketika ini sedang berlangsung di Mesir," kata Erdogan.

"Ketika ini ada dua kubu di Mesir: Mereka yang mengikuti Firaun, dan mereka yang mengikuti Musa," tambahnya.

Erdogan mengutuk serangan terhadap tempat-tempat ibadah, termasuk gereja, tetapi menyatakan bahawa pendukung Ikhwanul Muslimin di mana sebahagian besar melindungi tempat-tempat dari yang dirosak.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengacungkan tangan simbol perlawanan rakyat Mesir terhadap kebiadaban tentera Mesir.

Sementara itu di Kuala Lumpur harakahdaily melaporkan tindakan rejim kudeta Mesir pimpinan tentera yang bercadang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan terus memburukkan lagi keadaan di Mesir apabila pihak yang menyokong Presiden dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi bertindak menyatakan bantahan.

"Tindakan untuk mengharamkan Ikhwan telah saya jangkakan sebelum ini dan ini sebagai satu usaha mereka untuk menghapuskan terus pergerakan tersebut.

"Tetapi kita perlu melihat dengan tindakan tersebut ia tidak akan menyelesaikan apa yang berlaku di Mesir.

"Saya merasakan kesan akan lebih teruk apabila wujud ketidakpuasan hati dari penyokong Ikhwan apabila kerajaan tentera Mesir mengambil tindakan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Salahuddin yang menegaskan pihak yang terbabit di dalam konflik Mesir itu perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban serta meminta negara-negara lain campurtangan dalam usaha mencari jalan pendamaian.

Beliau memberitahu, jika pengharaman Ikhwan dilakukan ia akan mengembalikan Mesir kepada zaman lampau.
 
RSB : Setakat ini Putrajaya belum membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai kezaliman jeneral Assisi membunuh rakyat Mesir. Lambat dan lembab mungkin akibat terlampau banyak makan ketupat rendang,  melantak batang lemang dan beraya sakan. 
 
Apakah pendirian Malaysia sama saja seperti raja Saudi yang takut mengadakan pilihanraya kerana jika diadakan PRU pasti rakyat akan memilih pemimpin yang tidak bermewah-mewah? atau sama seperti AS dan Regim Yahudi memang terang-terang menolak Ikhwan sehingga sanggup menghalalkan pertumpahkan darah.

Kerabat Sendiri Kutuk Perbuatan Zalim As-Sisi

 

Dia Pasti Terima Pembalasan 

As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh

Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga” - Kata Ahli Keluarga As-Sisi

Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi.

Siapakah beliau?Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. “Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.

Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.

“Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.

Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

“Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini,” demikian Hazin.



Tun M VS Kapral

Dr M gambarkan Karpal sebagai ahli politik hina, dedah biografi peguam itu
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
AUGUST 18, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 18, 2013 01:49 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad (yang takut ke mahkamah) menyifatkan surat yang ditulis oleh Karpal Singh menuntut bekas perdana menteri itu memohon maaf kepada tiga bekas hakim yang dipecat sebagai menghina.

Surat pemimpin DAP itu yang ditulis pada 27 Mac 2007, kira-kira 20 tahun selepas bekas Ketua Peguam Negara Tun Salleh Abas dan enam hakim mahkamah negara sebelum berdepan dengan dua tribunal bagi salah laku penghakiman.

Ketika krisis 1988, Tindakan Kapral menimbulkan ketidakpuasan hati Tun M ketika itu lalu menghumbankan Karpal ditahan di Kem Tahanan Kamunting dibawah undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) undang-undang zalim tahanan tanpa bicara tinggalan penjajah British namun sekarang diganti dengan Akta Hasutan.

Karpal berkata sistem perundangan negara tidak pernah mencapai tahap perundangan terbaik di Asia.Ia merupakan sebahagian dari kisah hidup dalam buku biografi pemimpin itu bertajuk "Karpal Singh: Tiger of Jelutong.

" Pemimpin itu percaya ketiga hakim itu berdepan dengan ketidakadilan apabila dipecat. Beliau kemudiannya menelefon kembali Dr Mahathir bagi mempertimbangkan semua permohonan maaf secara peribadi pada Hakim Negara Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah dan keluarga. Buku yang ditulis oleh wartawan New Zealand, Tim Donoghue, seperti dijangka Dr Mahathir tidak akan melakukan permohonan maaf. Dr Mahathir berkata apapun yang dikatakan Karpal tidak mungkin percaya. Didalam surat bertarikh 3 April, 2008 kepada Karpal, Dr Mahathir menulis ;

"Kamu semangnya penuh dengan hasad dengki dan saya tidak boleh memberi reaksi kepada mereka yang tidak boleh menerima kenyataan... Saya telah melakukan tugas saya dan tidak berhutang permintaan maaf dengan sesiapa. Saya pasti kamu menggunakan surat ini memburukkan nama saya.

Itu hak kamu dan ia menjadikan kamu individu dan ahli politik paling hina." Karpal, 73, tidak pernah mendedahkan surat ini pada umum sehinggalah saat beliau menerbitkan buku ini.

Pada tahun 1988, Salleh telah dihadapkan ke tribunal nasihat Dr Mahathir bagi alasan salah laku. Salleh kemudiannya memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi menentang tribunal perlembagaan yang dihakimi Arwah Tun Hamid Omar. Sementara dalam proses perbicaraan saman, Salleh memohon laporan sementara menentang tribunal tetapi dinafikan.

Bagaimanapun kelima hakim dari Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Saleh, Wan Suleiman dan Seah beralih menyokong Salleh untuk menentang tribunal.

Akibatnya kelima-lima mereka digantung dan tribunal dibentuk mengenakan mereka kembali. Salleh, Wan Sulaiman dan Seah kemudiannya dikeluarkan dari pejabat.

Tiga lagi kemudiannya dikembalikan jawatan mereka. Buku yang mengandungi 325 muka surat akan menjadi buku yang ketiga bagi Karpal dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Karpal berkata buku itu sepatutnya sudah dilepaskan pada 1999 namun ditangguhkan ekoran kekalahan beliau dalam pilihan raya bagi kerusi parlimen Jelutong pada tahun itu.

"Ketika saya kalah di kerusi parlimen, saya fikir ia bukan idea yang sesuai untuk melancarkan pada waktu itu,"katanya ketika ditemui di pejabat Kuala Lumpur.

Buku itu memaparkan perjuangan beliau dalam bidang perundangan dan politik lebih 40 tahun. Karpal berkata buku yang diterbitkan oleh syarikat Singapura, Marshall and Cavendish, akan dilancarkan di negara ini pada bulan depan. Beliau berkata pertemuan pertama beliau dengan Donoghue ialah di Pulau Pinang pada tahun 1987, selepas Kevin Barlow dan Geoffrey Chambers kliennya warga Australia terlepas dari tuduhan menyeludup dadah.

Donoghue ketika itu berada di Hong Kong bekerja di Syarikat New Zealand Press Association's Asia sebagai koresponden.

Donoghue juga kerap kali berkunjung ke Malaysia pada tahun 1986 hingga 1990 ketika dia membuat liputan mengenai kes penyeludupan dadah melibatkan seorang ibu warga New Zealand dan anaknya Lorraine dan Aaron Cohen di Penang.

Karpal merupakan peguam kepada pasangan anak-beranak itu yang dikena hukuman gantung bunuh yang kemudiannya dipindah ke penjara. - 18 Ogos, 2013.

Tuesday, August 13, 2013

Jom Puasa Enam Syawal

 

 

Niat puasa sunat 6 syawal & puasa ganti / qada'




Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. (Begitu juga dengan puasa nazar, tidak boleh disekalikan) Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja.Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh .

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.


 -
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

 Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."



Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/niat-puasa-sunat-6-syawal-puasa-ganti.html#ixzz2bsSgBA7T