Trafik

Friday, February 22, 2013

Wow! Treler Panjang 18 Tayar Negara Berkebajikan (video)


Rakyat setempat teruja treler Negara Berkebajikan.

Bayan Baru: Pengunjung sekitar tapak perniagaan up-town Bandar Perda di sini teruja dengan treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang dijadikan pentas ceramah dalam masa yang singkat.

Konvoi jelajah yang tiba di destinasi kedua pada pukul 10.30 malam tadi selepas Manjoi, Perak memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk melihat lebih dekat keistimewaan treler tersebut.

Dalam pada itu, pihak Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) turut mengambil kesempatan untuk berucap di pentas ceramah treler itu.

Pengerusinya, Zolkifly Md Lazim berharap rakyat Pulau Pinang terus mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat demi pembelaan yang lebih terjamin.

Malah menurut beliau lagi, Hapus akan terus berjuang untuk menuntut agar kerajaan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan bukannya bertindak menyambung terus konsesi.

"Rakyat Pulau Pinang perlu terus mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang demi kesejahteraan yang berkekalan.

"Dengan tindakan ini saja kehidupan kita akan terus terjamin, pembelaan rakyat terus diutamakan sepenuhnya," kata beliau.

Zolkifly yang bangga kerana dapat berdiri di atas pentas treler jelajah yang menjadi kebanggaan PAS itu merasakan ia merupakan satu isyarat jelas Pakatan Rakyat akan tampil sebagai Kerajaan Pusat pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bayan Baru, Dzulfahmi Abu Bakar menghargai anggota konvoi jelajah itu dan komitmen mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan PAS pada pilihanraya nanti.

Beliau yang mahu setiap anggota jentera PAS dan rakyat terus memberi sokongan kepada konvoi jelajah yang singgah di setiap daerah dan negeri.

Katanya, dengan adanya konvoi jelajah itu, PAS dapat mendekati rakyat dan menyampaikan segala maklumat yang perlu diketahui mereka.

 
Foto pemimpin PR, TG Haji Hadi, DSAI, LGE
 
yang melihat pasti teruja
Negara Kebajikan asas PR
Boleh buka kontena jadi pentas berlampu terang
gagah, treler ini masih belum ada nama rasmi
luas dan menarik perhatian

jadi tumpuan


Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS



PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam.

.

Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun.

"Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan.

"Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya lagi, sepanjang pemanduan di lebuhraya menghala ke utara, pemandu-pemandu yang sehala dengannya sentiasa memberikan sokongan dengan membunyikan hon.

Malah katanya lagi, ini sesuatu pengalaman yang luar biasa dialaminya berbanding sebelum ini ketika beliau hanya memandu lori syarikat majikannya.

"Hilang kesunyian sepanjang saya memandu di lebuhraya apabila kebanyakan pemandu membunyikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan.

"Malah perjalanan terasa dekat apabila situasi sebegini berlaku, ini merupakan pengalaman yang sukar untuk saya lupakan," tambah beliau lagi.

Beliau juga teruja dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya ditempat-tempat persinggahan yang telah menyenangkan laluan perjalanan.

Dalam pada itu, beliau merasakan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap kehadiran treler tersebut sebagai peluang cerah buat PAS berdepan pilihan raya nanti.

Jasri yang mempunyai enam orang cahaya mata itu berjanji akan memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan ikhlas.

"Saya akan tunaikan sepenuhnya amanah yang diberikan, saya akan pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tiba di destinasi mengikut masa yang ditetapkan.

"Ini merupakan sebahagian dari sumbangan saya untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya nanti, tak ada duit kita tolong cara lagu ni la," sambung beliau lagi.

Harapan beliau agar satu perubahan dilakukan oleh rakyat demi mewujudkan satu suasana baru yang lebih menjamin kemakmuran rakyat.

Restoren 786 Tak Sedar Diri, Sokong BN Terang2

RSB : Marketing jenis apa ni, pelanggan kau sepatutnya bukan setakat orang Bn saja, perbagai bangsa, agama dan fahaman politik, yang penuhkan pun kebanyakannya adalah orang PR yang memang kaki ngeteh... cuba lihat penjual suratkhabar yang berani jual Harakah, Roket, Keadilan dalam masa sama jual akhbar arus perdana, jangan marah kalau selepas ni ada yang boikot...

Jom Boikot Restoran Mamak!!!!!!

Berita 18,000 restoran mamak bantu jentera BN dalam PRU 13 nanti telah mengundang tindak balas sepantas kilat dari rakyat.

Jika berita ini benar maka bersedialah untuk restoran maka seluruh Malaysia kena boikot,

Bila sudah tunjuk kepartian dalam berniaga maka sudah pasti hanya mengharapkan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO saja menjadi pelanggannya.

PARA PENGUSAHA RESTORAN MAMAK DISELURUH MALAYSIA PERLU MEMBUAT PERAKUAN SAMA ADA BERITA INI SAHIH ATAU SENGAJA DIPUTAR BELITKAN OLEH MEDIA LIDAH BIAWAK RASMI UMNO. -omakkau

Ulasan GB

Bilangan rakyat yang menyokong PR adalah lebih ramai dari penyokong BN - ini dibuktikan melalui keputusan PRU12 pada 2008 dimana BN menang hanya kerana bilangan kerusi dan bukan bilangan pengundi di samping kerusi-kerusi "simpanan tetapnya" dari Sabah dan Sarawak. (dan jangan lupa BN juga dibantu oleh ramai pengundi hantu sewaktu PRU12 dahulu)

Maka terlalu bodoh jika ada peniaga yang masih hendak menyokong BN. Buktinya apa yang terjadi ke atas Restoran Ikan Bakar Sekinchan - rakyat memboikotnya lalu bankrap dan tutup kedai.

Tuesday, February 19, 2013

Amah Smackdown bayi dipenjara (Video), Ibubapa sembang di kopitiam?

menyesal tidak berguna, kerana kerjaya anak jadi mangsa?

Kuantan – Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini.

Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.

Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata ‘Saya takut’.

Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.

“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.

Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.

“Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya,” katanya.

cuba kalau orang lain buat kepada anak dia dia, pasti mendapat balasan tuhan, atau cuba orang buat smackdown kepada dia sendiri, baru tahu sakit ke tak...
 
Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.

Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.-SH
RSB : Amah tetap bersalah kerana menzalimi bayi, tetapi ibubapa sarapan di kopitiam tak rasa bersalah ke tinggalkan anak bersama pembantu rumah yang kita tak tahu latar belakangnya, anda masih muda, jangan kerana mengejar kerjaya, percaya bulat-bulat pada amah, hingga menyebabkan anak sendiri menjadi mangsa...


Sunday, February 17, 2013

Kisah Fatehah dan kaitan dengan Yahudi

Kezaliman Regim Zionis ditiru oleh Samseng Umno Pekan

Mahasiswi ini mempertahankan maruahnya apabila ditarik tudung kepala oleh Samseng umno di Pekan Pahang

Rasul Mengusir Yahudi


               Sebelum Rasulullah Saw, hijrah ke Madinah, di kota itu telah hidup sejumlah kelompok masyarak Yahuni Bani Qainuqa, Bani Quraizhah, dan Bani Nadhir.

Pada awal kedatangan Rasul ke Madinah, orang-orang Yahudi itu berharap bisa mempengaruhi Rasul, sehingga akan dianggap bahwa kenabiannya adalah Bani Israil.  Namun upaya mereka menemui kegagalan, apalagi Rasul tidak henti-hrntinya mengajak mereka masuk Islam.  Untuk menjaga ketenangan Kota Madinah,  Rasul mengangkat perjanjian dengan orang-orang Yahudi dalam watsiiqah (piyagam) Madinah.


khianat

Namun, orang-orang Yahudi selalu berusaha mengkhianati perjanjian itu. Pengkhianatan pertama mereka terhadap piagam Madinah adalah ketika seorang wanita Muslimah datang membawa perhiasannya ke pasar Yahudi Bani Qainuqa.

Dia mendatangi tukang sepuh Yahudi untuk menyepuh perhiasannya. Sambil menunggu tukang sepuh menyelesaikan pekerjaannya, dia pun duduk.  Tiba-tiba sekelompok pemuda Yahudi mendekatinya sambil mengodanya untuk membuka penutup wajahnya,  "Hai, wanita Arab! Bolehkah kami lihat wajahmu yang cantik itu?  Bukalah penutup wajahmu !"

Namun, wanita Muslimah itu menolak. Dia berpaling dari pemuda Yahudi usil itu. Tanpa diketahuinya, si tukang sepuh Yahudi malah menyangkutkan ujung pakaian yang menutupi tubuh wanita Muslimah itu ke bagian punggunya.  Akibatnya, ketika wanita itu berdiri, tersingkaplah aurat bagian belakangnya.  Orang-orang Yahudi itu pun tertawa terbahak-bahak.

Sebaliknya, si wanita Muslimah menjerit,  "Tolong..., adakah kaum Muslim? tolonglah aku!"

Mendengar jeritan itu, salah seorang Muslim yang berada di pasar tersebut segera mendatangi tempat itu. Saat mengetahui masalahnya, dia berteriak marah,  "Celakalah kalian, wahai Yahudi! Kalian telah memgkhianatiPiagam Madinah.  Kalian telah menghina kehormatan seorang Muslimah!"

Si pemuda Muslim langsung meyerang tukang sepuh Yahudi dan membunuhnya saat itu juga. Namun, sekelompok pemuda Yahudi yang ada di situ berbalik mengeroyok dan membunuh pemuda Muslim.

Kejadian ini memicu peperangan antara Yaudi Bani Qainuqa` dan kaum Muslim.  Rasulullah Saw dan pasukan Islam berhasil mengepung dan memaksa mereka menyerah.  Atas desakan Abdullah bin Ubay, tokoh kaum munafik yang dahulu merupakan sekutu Yahudi,  Rasulullah Saw tidak membunuh Yahudi Bani Qainuqa` tetapi hanya mengusir mereka dari Madinah.

Kemudian. Yahudi Bani Qainuqa` pergi meninggalkan Madinah sebagai orang-orang yang terusir dan terhina karena mengkhianati Piagam Madinah.

Fatehah Tak Akan Maafkan Umno



Umno tunjuk samseng dengan mahasiswi dengan menjatuhkan maruahnya ala Yahudi di zaman Nabi


Samseng tarik tudung, penjelasan Nor Fatehah

Walaupun masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online ini.

http://www.malaysiakini.com/news/221493

1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta.

2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani.

Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram.

3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang.

Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran.

Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan.

Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya.

*Nor Fatehah Ahmad.
SU MPP UPM

-KITA TURUT MEMBENCI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT-
RSB : Tahniah atas keberanian Fatehah, untuk aktiviti masa depan, aspek keselamatan mesti diambil kira, berbagai kemungkinan buruk mungkin akan berlaku, dinasihatkan mohon khidmat Unit Amal,  AMK, atau  Dapsy, Suaram sebelum turun padang. Jangan serik, teruskan perjuangan...


BasTerhumban, seorang maut angkara Najib


Simpang Pulai - “Saya sempat bergayut di palang berhampiran kerusi sebelum melihat penumpang lain terhumban dan terhimpit ke sebelah kiri bas,” ujar Urusetia Persatuan Orang Asli Kelantan, Jabbar Salleh, 53.

Jabbar adalah seorang daripada 36 Orang Asli yang menaiki bas persiaran dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dekat sini.

Bas tersebut adalah salah satu daripada 25 bas yang membawa kira-kira 1,000 Orang Asli dari Kelantan bagi menghadiri Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Padang A, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, bas yang dinaiki kumpulan Orang Asli terbabit dipercayai terbabas lalu melanggar bahagian kanan sebuah lagi bas yang turut mengikuti konvoi tersebut sebelum masuk ke dalam parit berhampiran.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 15, Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Pos Slim itu turut mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi cedera parah manakala 10 yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar dan mereka semua dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Jabbar berkata, bas tersebut dalam keadaan tidak stabil ketika melalui selekoh dan dipercayai mengalami kerosakan gear ketika menuruni bukit sebelum melanggar bas di hadapan sehingga mengakibatkan bas terbabas masuk ke dalam longkang.

“Selepas bas terhumban masuk ke dalam parit, kesemua penumpang yang duduk di sebelah kanan terjatuh ke sebelah kiri sehingga mengakibatkan ramai daripada penumpang cedera akibat kejadian itu.

“Saya dan beberapa penumpang keluar mengikut pintu pemandu bas manakala selebihnya mengikut pintu belakang,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas yang terselamat, Kemboh Dollah, 22, berkata, dia yang duduk bersama kakaknya di barisan ketiga belakang tempat duduk pemandu hanya mendengar jeritan penumpang lain sebelum bas terbabas memasuki longkang di sebelah kiri jalan.

“Kami berdua terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya berharap sesuatu yang buruk tidak berlaku,” katanya yang serik untuk menaiki bas selepas terbabit dalam kemalangan itu.

Bergesel dengan bas lain

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila bas tersebut bergesel dengan bas persiaran yang lain sebelum dihimpit ke tepi sehingga mengakibatkan ia masuk ke dalam longkang berhampiran.

Menurutnya, bas yang bertolak dari Pos Hendrop, Gua Musang itu dalam perjalanan ke UiTM Seri Iskandar untuk menghadiri program bersama perdana menteri.

“Bagaimanapun, setibanya mereka di Kilometer 15 Cameron Highlands-Simpang Pulai bas tersebut mengalami kemalangan mengakibatkan 36 penumpang bas terhimpit ke sebelah kiri bas.

“Polis, bomba dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) bekerjasama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Akibat kemalangan itu, seorang maut setengah jam selepas mendapat rawatan di hospital, lima daripadanya separuh kritikal manakala 18 lagi mendapat rawatan pesakit luar, “ katanya.

Katanya, mangsa maut dikenali sebagai Mali Along, 21, pelajar Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP), Kuantan.

“Mangsa yang maut dipercayai akibat kecederaan dalaman dan kes tersebut disiasat di bawah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Shalimin Ahmad Shaffie berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan membantu menguruskan jenazah mangsa serta membantu mangsa lain yang cedera dalam kemalangan itu.

PM lawat mangsa nahas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut meluangkan masa selama 15 minit melawat mangsa di Wad Kecemasan HRPB. -SH

Pakar Motivasi Dayus?

 Pakar Motivasi Gagal
 
 Hilang rasa malu
 
Ramai ahli keluarga yang buka aurat, dayus namanya kalau membiarkan dan tidak menghalang perbuatan yang salah di sisi agama
 
Remaja dilamun cinta lupa batas agama tak kira anak pakar motivasi ke atau anak penggali kubur
Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason



Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu.

Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya.

 Maka itulah, paparan video yang kami buat berkenaan kritikan beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kini semakin terserlah. Pakar motivasi yang selama ini dsanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat kini nampaknya bakal menjadi seperti Dr.Hassan Ali.

Cakapnya tentang Islam hanyalah dibibir semata-mata tetapi hakikat sebenar hanya tuhan yang tahu. Malah, dari kenyataan Dr.Fadzilah tentang tindakan mendoakan kehancuran terhadap UMNO atas kezaliman terhadap rakyat di negara ini yang disanggah oleh beliau menampakkan ke mana hala tuju politik beliau selama ini.

Maka itu, dengan tersebarnya foto aksi anak perempuan beliau ia mengesahkan lagi bahawa Dr.Fadzilah Kamsah kini bukanlah insan yang digambarkan oleh umat Islam di negara ini. Tidak cukup dengan itu kami juga menerima kiriman foto anak lelaki beliau ketika zaman bercinta (sungguh romantik).

Aksi-aksi yang dipaparkan itu langsung tidak mencerminkan mereka adalah anak kepada seorang pakar motivasi yang sering berbicara hal keluarga bahagia, mendidik anak dan sebagainya. Rupa-rupanya, hasil didikan tersebut menyebabkan anak sendiri tidak ketentuan.

Patutlah beliau menentang Islam yang dibawa oleh PAS, kerana dirinya sendiri tidak mahu menerima Islam sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan hadis. Jika inilah caranya, bukan sahaja umat Islam rosak malahan generasi muda itu sendiri akan punah ranah.

Apakah layak beliau menjadi pakar motivasi jika ini caranya?. Kenyataan beliau tentang Islam hanyalah "indah khabar dari rupa" dan akhirnya inilah yang terjadi apabila dia tergamak membiarkan anaknya sedemikian rupa sedangkan beliau selalu berbicara soal Islam di kaca TV.

Apakah pakar motivasi sebegini yang wajar diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Justeru, daripada pendedahan yang dibuat ini maka kini "tepuk dada tanya iman". Apakah anda mahu terus menyaksikan dan menyokong beliau atau sebaliknya.

Saksikan foto dan berilah komen yang ikhlas apakah ini cara mendidik anak berlandaskan syariat Islam seperti yang dibicarakan oleh pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah selama ini?. Semoga dengan ini segala kekeliruan orang ramai tentang siapakah Dr.Fadzilah Kamsah ini akhirnya terjawab.

Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan imej beliau, tetapi melihat kepada kenyataannya terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS membuatkan pencarian siapakah sebenar pakar motivasi ini akhirnya berjaya juga.

Mana yang baiklah ambillah sebagai panduan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Jangan lupa dengarkan semula rakaman video amatur tentang sikap beliau terhadap perjuangan PAS terutamanya berkaitan dengan doa orang yang dizalimi di bawah:-

Kata hikmah dari Dato' Dr. Fazilah Kamsah selama ini:

 "Anak mencerminkan sikap ibu bapa..."

 "Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.."

 "Bapak borek Anak rintik..."

 "Bapak kencing duduk , Anak kencing berlari..

" Sekarang apa cerita?

 [Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video diatas dia ada mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi.

Malah dia mengatakan bahawa rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan. Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri.

 Dia seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran. Maka inilah jadinya apabila satu persatu wajar sebenar beliau akhirnya didedahkan.

Dia tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa dia juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahna "materealistik".

Ada maklumat beliau akan menjadi calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, justeru dengan maklumat yang dipaparkan ini kini rakyat sudah boleh menilai wajah sebenar pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang sebenarnya.

Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"]. -PahangDaily

RSB : Berpura-pura warak dia ni