Trafik

Sunday, July 26, 2015

Galeri Foto Sumbangan Ramadan Di Paloh 2015


Paloh, Kluang : Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi kali ini, Keadilan Cabang Sembrong dengan kerjasama Ranting Paloh dan Chamek telah menyampaikan sumbangan ramadan kepada beberapa penduduk sekitar Chamek dan Paloh.

Terima kasih kepada penyumbang beras dan barang-barang dapur khusussnya pek makanan peduli rakyat dari MB Selangor. Semoga sumbangan yang tak seberapa dan ala kadar ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang susah dan memerlukan akibat kenaikan harga barang, meningkat harga bahan api, kejatuhan nilai ringgit dan tekanan GST. 

Diharap parti yang memerintah Johor sekarang yang mencanang dengan slogan rakyat didahulukan tidak lupa golongan ini. Jika dapat disalurkan sumbangan seperti barangan dapur, makanan kering dan pakaian dari berbagai pihak kepada kumpulan sasar ini lagi bagus. Keadilan mengalu-alukan, asalkan ia menguntungkan rakyat. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Saudara Atan dan Encik Aru yang menyampaikan sumbangan. Terima Kasih










No comments:

Post a Comment