Trafik

Sunday, July 26, 2015

Galeri Foto Sumbangan Ramadan di Kahang 2015



Pekan Kahang, Kluang : Alhamdulillah sempena kedatangan Ramadan dan Syawal 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi kali ini, Keadilan Cabang Sembrong dengan kerjasama Ranting Kahang telah menyampaikan sumbangan Ramadan kepada beberapa penduduk sekitar Pekan Kahang dan Kampung Contoh.

Ucapan terima kasih kepada penyumbang beras dan barang-barang dapur. Al-maklum kami bukan parti pemerintah di Johor ini, semoga sumbangan yang tak seberapa dan ala kadar ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang susah dan memerlukan akibat kenaikan harga barang, meningkat harga bahan api, kejatuhan nilai ringgit dan tekanan GST.

Diharap parti yang memerintah sekarang yang mencanang dengan slogan rakyat didahulukan tidak lupa golongan ini. Jika dapat disalurkan sumbangan dari berbagai pihak kepada kumpulan sasar ini lagi bagus.

Keadilan mengalu-alukan sumbangan dari berbagai pihak terutama makanan asasi seperti beras dan barang-barang dapur termasuk juga pakaian terpakai kanak-kanak, pakaian wanita dan lelaki, tak kiralah dari jalur mana, NGO atau parti mana, yang penting ia menguntungkan rakyat. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Saudara Fazdli yang menyampaikan sumbangan. Terima kasih.










Sumbangan kepada Masjid Kampung Contoh Jalan Mersing 


No comments:

Post a Comment