Trafik

Sunday, July 26, 2015

Galeri Foto Edaran Kurma Di Bazar Ramadan T6 2015



Taman Sri Lambak (T6) Kluang : Dengan Lafaz Alhamdulillah, sempena kedatangan Ramadan dan Syawal 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi kali ini, Keadilan Cabang Sembrong dengan kerjasama Ranting T6 telah menyampaikan sumbangan buah kurma untuk berbuka puasa kepada para peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan T6.

Berbanyak terima kasih kepada penyumbang kurma dan petugas pembungkusan. Semoga sumbangan yang tak seberapa dan ala kadar ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama kita.

Keadilan ambil maklum mengenai masalah peniaga yang terpaksa berniaga di premis tanpa bumbung atau kanopi sebagaimana tahun yang lalu dan kemerosotan jualan yang amat ketara pada tahun ini. Yuran sewa tapak di sini amat berpatutan berbanding di Bazar Ramadan lain yang mencecah ribuan RM yang amat menekan peniaga Islam dan Melayu.

Kami maklum ada pihak berkuasa tempatan (bukan Kejora) dan parti yang memperjuangan melayu kononnya yang mengambil untung atas angin. Mereka mencekik darah di atas jerit perih peniaga ini bolehlah kami ibaratkan sebagai Melayu makan Melayu...

Bak kata peniaga kuih " Kami berniaga sekarang dalam keadaan bertahan sahaja, dapat balik modal dan ada lebihan untuk bagi duit raya cucu pun sudah memadai". Ini semua disebabkan ramai pengunjung kekurangan duit tunai dan ramai yang mahu berjimat cermat akibat beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Keadilan amat mengalu-alukan semua bentuk idea dari mana-mana pihak, NGO atau parti mana sekalipun bagi mengatasi masalah ini, apa yang penting ia menguntungkan rakyat. Tahniah kepada semua yang terlibat termasuk kebenaran pihak Kejora bagi kami menyampaikan sumbangan. Terima kasih.










































No comments:

Post a Comment