Trafik

Monday, July 7, 2014

Bumi Johor Semakin Mengecil


Gergasi Hartanah 'telan' bumi Malaysia 
OLEH PROF. SALLEH BUANG

Media tempatan baru-baru ini menyiarkan iklan besar-besaran tentang sebuah syarikat gergasi dari tanah besar Cina yang telah membeli hartanah di lokasi berprestij di negeri kelahiran saya, Johor.

Pada Khamis 19 Jun lalu, akhbar Berita Harian danNew Straits Times menyiarkan hasrat dan perancangan syarikat hartanah berkenaan, R&F Properties (yang telah membina beberapa bangunan ikonik pencakar langit bernilai billion ringgit di beberapa bandar besar di negara itu) membina struktur yang serupa (mungkin lebih tinggi lagi) di negara kita.

 Tidak ada siapa pun yang menafikan kehebatan dan prestasi cemerlang syarikat gergasi Cina itu, yang dilaporkan telah memecah rekod jualan hartanah dengan pungutan sebanyak RM21.1 bilion sewaktu upacara perasmian Hotel R&F Ritz-Carlton, Chengou pada tahun 2013.

Sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1994, ia telah diiktiraf sebagai pemaju tersohor nombor 1 di Cina, dengan track recordnya menyiapkan 6 siri projek ikonik, lebih 14 hotel 5 bintang bertaraf antarabangsa, termasuk Ritz-Carlton, Grand Hyatt dan Marriott, dan 26 menara pejabat ikonik di Tianjin dan Guangdong – yang merupakan salah satu bangunan tertinggi di Cina.

Secara kebetulan, pada hari Selasa 17 Jun 2014 yang lalu, saya selesai mengendalikan sebuah bengkel undang-undang tanah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, di hadiri oleh 35 perserta terdiri dari kalangan peguam, warga korport dan wakil pelbagai agensi awam.

Dalam sesi perbincangan mengenai prospek pembangunan hartanah, antara isu yang dibangkitkan adalah pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia, khususnya di Danga Bay, Johor Bahru.

Penjualan tanah tak henti-henti

Pada masa itulah perbincangan peserta tertumpu kepada aktiviti penjualan hartanah yang tidak ada henti-hentinya oleh pelbagai pihak (pemilik hartanah tempatan) kepada pelabur asing.

Antara hartanah yang telah dijual itu adalah 116 ekar tanah di Danga Bay yang telah dijual kepada syarikat R&F Properties ini dengan harga RM4.5 billion. Penjualnya adalah Sultan Johor sendiri.

Dalam iklan besar-besarn pada 19 Jun lalu itu, ada dinyatakan bahawa di atas tanah seluas 116 ekar yang telah dibeli oleh R&F Properties inilah nanti satu “mercu tanda global” akan dibangunkan, dan bakal dinamakan “R&F Tanjung Puteri”.

 Akibatnya, dalam bahasa mudah, Tanjung Puteri yang saya tahu sejak saya kecil (dan jadi sebutan dalam lirik lagu Melayu yang sering didendangkan oleh anak Johor sejak dahulu kala) akan luput dari pandangan dan kenangan anak Johor, kerana ia “ditransformasi” menjadi Tanjung Puteri mengikut selera syarikat gergasi dari Cina ini.

 Walaupun ada syarikat pelabur dari Cina yang lain yang datang ke sini dan membeli hartanah di Johor sebelum ini, misalnya sharikat Country Garden Holdings Co (dari Foshan, selatan Cina), Agile Property Holdings Ltd, dan Greenland Group, syarikat R&F Properties merupakan pembeli hartanah yang paling bernilai sekali, dan lokasi yang paling prestij sekali.

Mengikut pakar hartanah tempatan, ada tiga lokasi di Iskandar Malaysia yang menjadi tumpuan pelabur asing, iaitu Vantage Bay, Danga Bay and Medini. Lokasi pertama (Vantage Bay) sedang dibangunkan oleh pelabur dari Singapura, manakala lokasi kedua (Danga Bay) menjadi tumpuan utama pelabur dari negara Cina, seperti yang disebutkan di atas tadi.

Lokasi ketiga (Medini) menjadi tumpuan pelabur Qingdao Zhouyuan Investment Holdings, juga dari negara Cina. Mengikut Datuk Syed Mohamed Ibrahim, CEO Iskandar Investment Bhd, penglibatan Qingdao merupakan pelaburan hartanah besar-besaran pertama di Medini oleh sebuah syarikat asing, bernilai RM2.5 bilion.

Country Garden, yang merupakan syarikat hartanah ke-7 terbesar di Cina, memuktamadkan pelaburannya di Danga Bay pada tahun lalu bila syarikat itu membelanjakan lebih RM800 juta membeli 28 hektar tanah di lokasi itu dari Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Pelaburan ini dianggar akan membuahkan hasil bernilai RM18 bilion. Sebuah syarikat pemaju dari Shanghai, Cina yang lain, bernama Greenland Group, juga menumpukan perhatiannya ke Danga Bay, setelah berjaya membeli 13.96 ekar tanah dari IWH dengan harta RM600 juta. Pelaburan ini dianggar akan membuahkan pulangan bernilai RM2.2 bilion.

Ini merupakan pelabuaran pertama bagi syarikat hartanah Cina itu di negara ini. IWH merupakan pemaju utama (master developer) kawasan tepian seluas 1,620 hektar di sebelah timur dan barat Tambak Johor, dengan Danga Bay terletak dalam Flagship Zone A Iskandar Malaysia.

Flagship Zone A terdiri satu kawasan kewangan yang baru, satu kawasan perniagaan, bandaraya tepian pantai Danga Bay, pembangunan bercampur di Tebrau Plentong and Tambak Johor.

Prasarana Rakyat Johor

Mengikut sebuah portal,www.forbes.com, IWH dimiliki bersama oleh seorang jutawan tempatan Lim Kang Hoo (60% ekuiti), selebihnya (40%) oleh Kumpulan Praserana Rakyat Johor (KPRJ).

Mengikut portal yang sama Lim miliki 4,000 ekar dalam wilayah Iskandar. (lihathttp://www.forbes.com/sites/neerjajetley/2014/05/28/malaysias-newest-billionaires-mints-money-from-reclaiming-land-and-selling-dreams/) Andainya hartanah di Johor Baru terus menerus dijual dengan begitu mudah sekali kepada pelabur asing, akhirnya nanti bila anak cucu kita tanya “Tok,Johor Baru ni siapa punya?” barangkali ada antara kita yang akan menjawab “Zaman Tok dulu, bandar ini kita punya. Tapi sekarang, entahlah”.

Erermm..Bumi dipijak milik orang, mana pergi Perkasa, Isma dan Parti Ketuanan Melayu. Salam Ramadan. Maaf Zahir Batin

Sunday, July 6, 2014

Kaji punca gelandangan bukan denda - Izzah


nurul izzah_2


Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Yang Berhormat Datuk Seri Seri Tengku Adnan Mansor bahawa suatu undang-undang akan dilaksanakan bagi mengekang budaya meminta sedekah adalah suatu tindakan drastik wajar dikecam kerana isu gelandangan serta peminta sedekah ini berkait rapat dengan isu kemiskinan tegar; yang buat masa ini usaha kerajaan dalam menyelesaikannya amat mengecewakan.

Dalam kelima-lima dasar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dasar Wanita Negara 2009, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Dasar Sosial Negara , Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara), tiada satu pun dasar yang diperuntukkan khas untuk masalah orang tidak berumah/gelandangan.

Di United Kingdom, Parlimen mereka telah meluluskan sebuah dana £400 juta (RM2.2 Billion) untuk menubuhkan suatu projek pada tahun 2010 yang menghimpunkan 8 jabatan kerajaan diketuai oleh Jabatan Komuniti dan Kerajaan Tempatan (Department for Communities and Local Government) bagi menangani isu gelandangan.

meningkatkan kualiti hidup bukan meningkatkan kos sara hidup

Usaha Ini dibantu Perkhidmatan Khidmat Nasihat Gelandangan Kebangsaan (National Homelessness Advice Services) dengan kerjasama Shelters bagi memberikan khidmat konsultan, latihan kepada NGO-NGO yang ingin membasmi gelandangan, nasihat mengenai hutang gadaian (mortgage debt advice) dan juga penerbitan isu-isu mengenai masalah perumahan dan golongan orang tidak berumah, untuk membantu ke arah meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Kita juga mampu belajar dari usaha badan bukan kerajaan di Eropah seperti ‘European Federation of National Organisations working with the Homeless’ (FEANTSA), yang mempunyai 130 organisasi yang bekerja di 30 negara di benua itu. Antara yang dibincangkan secara ekstensif adalah masalah perkhidmatan, perlindungan kesihatan dan sosial, hak keatas rumah dan perancangan bandar, pengangguran, dan sokongan sosial yang didokong penuh institusi EU, Council of Europe and United Nations.

Dalam kesemua yang dibincangkan ini, tiada satu pun yang menyebut tentang polisi untuk menghukum peminta sedekah apatah lagi ingin menyaman pemberi sedekah kepada gelandangan ini. Mereka malah bertungkus lumus bersama NGO-NGO untuk menyelesaikan masalah ini dengan kajian yang rapi, akademik dan mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan.

Kerajaan juga perlu mengambil iktibar daripada kajian-kajian daripada pakar-pakar ekonomi tempatan dan antarabangsa yang banyak menyatakan bahawa keadaan ekonomi masyarakat tempatan akan bertambah sempit sekiranya polisi-polisi kerajaan yang diterapkan tidak dibetulkan.

jurang pendapatan

Kajian Professor Fatimah Kari dari Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan UM yang telah saya sebutkan sebelum ini menunjukkan; menerusi potongan subsidi kerajaan secara berperingkat, rakyat, terutamanya isirumah Melayu dan Bumiputra yang miskin adalah golongan yang paling terkesan kelak, samada di bandar atau di luar bandar; kadar kemiskinan ini dijangkakan akan kembali seperti pada tahun 1970 dalam tempoh terdekat atau sederhana sekiranya isu jurang pendapatan tidak dikawal menerusi polisi-polisi kerajaan.

Bank of America Merrill Lynch juga meramalkan, Malaysia akan menjadi muda dan miskin menjelang tahun 2030. Saya menggesa Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Mansor agar menarik balik cadangan beliau, seraya menggesa kerajaan untuk menjalan usaha yang lebih giat untuk membasmi kemiskinan seterusnya gelandangan ini dari puncanya. Punca masalah gelandangan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu, bukannya menghilangkan simptomnya sahaja!

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

Bolehkah dan Bagaimana hendak buat solat tarawih secara bersendirian?

Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang ...


//ilmudanulamak.blogspot.com
 Soalan:

 Saya ada dua soalan;
1. Bolehkah dan Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bagaimana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)?

Jawapan; 1.

Tiada masalah, solat terawih boleh dibuat sendiri malahan lebih afdhal atau lebih utama jika dibuat bersendirian di rumah jika perginya seorang gadis atau wanita ke masjid boleh menarik perhatian lelaki yang berhati kotor dan boleh mendatangkan fitnah.

Ia sama seperti solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula daripada takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat tarawih atau qiyam Ramadan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat tarawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain.

Oleh sebab solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Bacaan ringkas rakaat pertama selepas Fatihah ialah surah Al Kafirun (Qul ya ayyuhal kafirun..) manakala rekaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al-Ikhlas (Qul hu wallahu ahad.. )


Jawapan  2.

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat tarawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”.

Ia bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Suami isteri gian main judi hingga sanggup abaikan anak

... anggota polis memeriksa premis judi haram dalam satu serbuan kelmarin

Alor Setar: Sepasang suami isteri beragama Islam bukan saja tidak menghormati Ramadan malah sanggup meninggalkan dua anak mereka di rumah semata-mata mahu melepaskan gian bermain judi di sebuah premis judi yang beroperasi di sebuah inap desa di Taman Sri Indah Fasa 4, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini, kelmarin.

 Dalam serbuan jam 1 pagi, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Mohd Nasrul Faiz Suaid menyerbu premis judi yang beroperasi secara haram hasil maklumat awam dan risikan.

 Lelaki terbabit yang berasal dari Puchong, Selangor manakala isterinya yang berasal dari daerah ini, masing-masing berusia 30-an, ditahan ketika leka bermain mesin yang berunsurkan perjudian pada Ops Dadu. 

Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Mohd Fauzi Yusof berkata, pasangan suami isteri terbabit yang mempunyai tiga anak menyewa sebuah daripada bilik di inap desa berkenaan. “Dua daripada bilik di inap desa berkenaan itu pula disewa sindiket perjudian.

Ketika serbuan, kami dapati 10 pelanggan berusia 19 hingga 30-an sedang leka bermain mesin judi. “Kami menahan pasangan suami isteri berkenaan dan semakan mendapati lelaki itu pernah ditahan sebelum ini kerana terbabit dalam aktiviti perjudian,” katanya.

 Menurut beliau, pihaknya merampas seunit komputer kawalan utama, 16 komputer, satu unit jalur lebar dan wang tunai RM54. Mohd Fauzi berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk diambil keterangan. Metro

Judi adalah haram, samada berlesen atau tidak berlesen

Nota : Bulan Ramadan syaitan dibelenggu, tak ada alasan kalah godaannya, maka kerjaya syaitan diteruskan oleh manusia  berwatak syaitan.

Dalam kes ini adalah kes judi haram, bagaimana pula judi yang ada lesen, apakah pihak berkuasa akan serbu. tentu tidak, sedangkan judi ini 99% kebarangkalian rugi kata pakar matematik, bahkan semua agama mengharamkan judi.

Tidak mustahil ramai yang gian main judi sebab budaya berjudi disuburkan kerajaan Umno Bn dimana lesen premis judi dikeluarkan dan dipromosikan dalam akhbar bahasa melayu arus perdana.

Akibat judi amat dahsyat, bila rugi, hidup akan miskin, papa, kedana, terpaksa berhutang, untuk terus hidup buat apa saja benda haram hingga terpaksa melakukan jenayah. Nampaknya Kedah di bawah kepimpinan MB baru macam tidak aman jika gejala ini dibiarkan.

Saturday, July 5, 2014

Muhyiddin kata Peristiwa 13 Mei mungkin tercetus lagi, Rakyat kata Umno BN tak pandai memerintah



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula sekiranya perpecahan antara kaum terus berlarutan dan tidak dibendung. 

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, peristiwa 13 Mei itu juga mungkin timbul sekali lagi jika berlaku sekali lagi jika Perlembagaan terus dipersoal.

 Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain”. "Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik.

Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969). "Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

“(Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

 Masalah hubungan antara kaum itu diburukkan lagi dengan spekulasi dan tokok tambah dalam laman sosialTambahnya, katanya yang menggesa rakyat tidak mudah mempercayai khabar angin. - MK

Nota : 

1. Bagilah Pakatan Rakyat memerintah, pengalaman PAS di Kelantan semasa zaman rusuhan kaum itu di mana tiada langsung orang Tionghua terbunuh berbandiing negeri yang dikuasai Perikatan membuktikan siapa dalang disebalik rusuhan itu.

2. Dasar perpaduan dan slogan 1 Malaysia yang dijaja PM Najib di sana sini adalah GAGAL.

3. Orang Melayu marah kerana ramai yang masih miskin lalu dengan semangat perkauman disalahkan kaum lain padahal kekayaan melayu dirembat oleh pemimpin Melayu dan kroni mereka sendiri menyebabkan hidup rakyat semakin tersepit.

5. Peduli apa perpaduan, untuk kekal kuasa Umno Bn mesti pecahkan & perintah, lalu di bahagi-bahagikan ikut bangsa, ugama, mazhab, fikrah, aliran, perbalahan fiqh, etnik, warna kulit, geografi dan puak supaya masing-masing berbalah sesama sendiri lalu mudah tipu dan dijajah.

Moga cerah sikit otak kita di bulan Ramadan yang diberkati ini. Maaf Zahir Batin.