Trafik

Saturday, July 5, 2014

Pendatang Bolos, Bot Karam kemudian Selamat dan Akhirnya Lolos... macam kartun



Klang: Seramai 18 daripada 20 mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di muara Sungai Langat, Banting, dipercayai sudah melarikan diri ke lokasi yang belum dikenal pasti. Bagaimanapun, status dua daripada keseluruhan mangsa yang masih hilang itu juga masih belum dapat dikenal pasti sama ada lemas atau turut melarikan diri.

 Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, maklumat itu diterima daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi menjejaki mereka. “Kami turut menjalankan siasatan terperinci mengenainya bagi memastikan mereka adalah mangsa yang terbabit dalam tragedi bot karam, baru-baru ini.

 “Kami akan memantau pergerakan mereka dari masa ke semasa bagi mengumpul maklumat yang tepat berkenaan punca tragedi serta jumlah sebenar penumpang yang terbabit dalam tragedi itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.- Metro

Nota : Betapa mudahnya negara kita tembus oleh pendatang tanpa izin (PATI), suka-suka masuk kemudian suka-suka keluar tanpa halangan. Mereka yang nak cari rezeki halal saya sokong jika datang dengan dokumen yang lengkap. Adik ipar saya juga warga seberang yang mengajar di Sekolah Al-Amin.

Kena ketatkan sikit sempadan laut, darat dan udara, kita ada askar, polis, pertahanan awam, imigresen, kastam dan pelbagi agensi yang cukup lengkap kemudahan mohon pantau.

Jadual pergerakan PATI ini mudah sifirnya, biasa mereka mesti akan balik kampung menjelang Ramadan dan Syawal, puasa dan raya di sana, cuti di kampung sampai Raya Haji, lepas Aidiladha dan puas bercuti selama 4 bulan mereka akan datang semula ke sini untuk bekerja . Bekerja siang malam tak kira penat selama 8 bulan cari rezeki dan cuti semula 4 bulan balik kampung...

Negara maju pun cuti biasa 2 bulan sahaja menjelang bulan Disember dan Januari. Fikirlah betapa bahagianya mereka, apakah wujud elemen rasuah memudahkan mereka lepas? kita pula kerja 365 hari bagai nak mati cari rezeki tapi tak senang-senang sebab barang naik harga dan cukai GST akan datang...


90% terbakar badan budak Palestin akibat kekejaman tentera Zionis



Tatkala kita bergembira, adakah kita memikirkan bagaimana nasib anak seagama dengan kita di Palestin?

Mangsa dibakar hidup-hidup oleh tentera zionis laknatullah.

Nota : Yang berani main meriam, mercun dan yang perkasa sangat sepatutnya tenaga anda dicurahkan untuk membantu jihad Palestin

Doa dan Hulurkan sumbangan segera di sini

Friday, July 4, 2014

China nafi melarang penduduk Turkistan Timur (Xinjiang) berpuasa. Ini dakyah macam MH370

Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
"Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada Ramadan.
Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan.
Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam.
Nota : Penduduk Xinjiang juga disebut sebagai wilayah baru jajahan negara China, penduduknya berketurunan dan berbahasa Turki, berbadan besar, tinggi, bulu roma yang lebat, hidung mancung dan langsung tidak ada kaitan dengan darah keturunan China. 
Mungkin semangat assobiyah / rasis mereka yang tebal lalu menjadikan penduduk xinjiang ini kambing hitam dan menakut-nakutkan rakyat China yang lain mengenai ancaman orang Islam ini.
Apakah ini lagi satu senjata kapitalis barat nak melemahkan cengkaman ekonomi China yang semakin melata dan berkembang pesat. Minta Wisma Putra desak China buat penjelasan pun rasanya kerajann Najib bimbang juga sebab kes MH370 tidak selesai lagi. 

Thursday, July 3, 2014

Kebaikan dan Keburukan Penghawa Dingin Di Masjid



Kluang : Alhamdulillah, Ramadan kali ini Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak (T6) foto atas kredit kpd Utusan telah dipasang dengan alat penghawa dingin atau aircond, tujuan tidak lain ialah untuk menyejukkan jemaah yang hadir terutama di musim cuaca Ramadan yang agak panas kali ini. Tidak mustahil kerana Ramadan itu sendiri berasal dari perkataan ramad yang bererti panas.

Masuk hari yang ke 5 Ramadan, saya kadang-kala bersolat terawih di ruang dewan yang sejuk ada aircond atau kawasan jemaah yang hanya ada kipas memang terasa berbeza.

Di bawah ini disenaraikan kebaikan dan keburukan pemasangan aircond di masjid.

Kebaikan :
1. Senyap
2. Selesa
3. Khusyuk sampai tertidur keluar air liur
4. Masjid jadi tumpuan pada waktu panas (siang)
5. Sejuk sederhana tanpa kipas boleh mengurangkan debu dan habuk baik untuk pesakit asthma
6. Daya penyerapan haba yang baik
7. Udara bersih, habuk kurang

Keburukan :
1. Harga mahal, kena beli banyak unit
2. Kos pemasangan tinggi
3. Berat sangat
4. Besar makan ruang
5. Susah untuk penyelenggaraan (service)
6. Bil letrik melambung tinggi
7. Kos service mahal.
8. Lambat sejuk bila jemaah selalu keluar masuk pintu sliding
9. Kena tukar pintu kaca boleh tertutup sendiri supaya kesejukan tidak keluar yang kos menukar pintu tersebut juga tinggi
10. Siling dan kubah tinggi melambat proses penyejukan.
11. Suhu sejuk mengundang penyakit selsema, batuk, lelah, sakit tulang dan amat bahaya kepada yang orang tua.
12. Ruang solat tepi kanan dan kiri dalam yang tidak ada aircond (hanya kipas) dan kawasan luar menjadi terlalu panas akibat pengeluapan haba. Jemaah yang solat di sini biasanya tidak dapat masuk ruang dewan kerana jemaah penuh dan akan solat dengan tidak selesa, baju basah kuyup akibat berpeluh walaupun di waktu malam hari untuk  menghabiskan solat terawih.

Terpulang, ini sebagai panduan supaya kita berhemah dalam membuat satu keputusan yang menggunakan setiap sen duit tabung masjid. Kalau dengan pembesaran masjid (projek lagi) dan pemasangan aircond ini jemaah solat bertambah sekali ganda itu satu yang bagus, tetapi jika tiada perubahan, sama sahaja seperti sebelumya maka elok cari mana silapnya.

Salam Ramadan Kareem. Maaf Zahir Batin




Wednesday, July 2, 2014

Staf di bawah Menteri Pertahanan tidak berakhlak, memalukan Malaysia di bulan Ramadan



New Zealand : Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.
 
Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang bagi Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan terhadapnya.

"Dalam hal ini, prinsip undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, perlu digunapakai kepada Rizalman.

"Kerajaan Malaysia akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman jika perlu," tambahnya.
 
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand.

Katanya, ia juga berkeyakinan penuh bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil dan secara bermaruah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
 
"Keputusan kerajaan Malaysia adalah bukti jelas tentang hubungan dua hala yang cemerlang antara Malaysia dan New Zealand," tambahnya. MK

Nota : Sudah serang cabut balik, apalah punya askar, kenapa pilih dia jadi PTD, ramai askar lain yang lebih komited... 

Kluang Lubuk Batu Berharga, Izinkan Mereka Cari Rezeki

Kluang: Kira-kira 200 Orang Asli dari Rompin, Pahang, sanggup datang ke daerah ini untuk mengambil upah daripada sekumpulan warga China melakukan kerja menarah bukit serta menggali tanah bagi mencari ketulan batu bernilai dipercayai kristal.
Mereka berkampung di kaki Gunung Lambak itu dengan mendirikan khemah sebagai tempat berteduh sepanjang melakukan kerja menarah bukit dan mengorek tanah itu.

Penduduk, 26, dari Kampung Orang Asli Rompin yang ditemui di lokasi pencerobohan tanah berkenaan berkata, mereka datang ke kaki gunung itu selepas mendapat maklumat mengenai penemuan batu berharga berkenaan walaupun tidak pasti kesahihannya.
“Sejak datang ke sini lebih seminggu lalu, saya belum dapat mengenal pasti jenis batu dikatakan bernilai itu.

“Kami bergantung kepada pembeli yang sedia menunggu di tempat kerja penggalian berlaku untuk mengenal pasti.

“Setakat ini saya hanya menjual seketul batu bernilai RM300, namun ada juga rakan lain yang memperoleh batu lebih bernilai.
“Tidak semua mendapat pulangan hasil daripada kerja ini kerana ada yang pulang dengan tangan kosong setiap hari,” katanya.

Katanya, dia dan rakannya akur dengan arahan pihak berkuasa supaya berhenti melakukan aktiviti itu dan kembali ke kampung kerana melanggar undang-undang selain berisiko tertimbus tanah runtuh.

Nota : Pihak Pentadbiran Tanah dan Galian perlu ambil tindakan kepada cukong tuan punya tanah, adakah ada kebenaran, jika ada, siapa yang lulus lesen carigali... banyak persoalan misteri. janganlah disusah-susahkan orang asli dari jauh cari rezeki.

Ku Nan Anti Orang Miskin & Benci Yang Bantu Orang Miskin


PERNYATAAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman saman mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Teras.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan bahawa saman kepada pemberi tidak perlu kerana masih banyak mekanisma lain yang boleh digunakan.

Menurut beliau, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183) boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kelemahan dalam pelaksanaannya menyebabkan ramainya peminta sedekah.

Yang berikut kenyataan penuh Teras.

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) memberi perhatian kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketatkan .

Kami menyambut pihak berkuasa yang berusaha untuk mengatasi isu mengemis dan gelandangan  di Ibu kota. Namun dengan cara menyaman pemberi sedekah adalah menyalahi semangat membantu yang digalakkan oleh Islam.

Adalah tidak sesuai orang yang mahu membantu disaman, padahal bukan suatu kesalahan untuk bersimpati dengan pengemis yang benar-benar susah.

Kami terima hakikat bahawa mengemis tidak harus dibiarkan kerana sepatutnya budaya yang tidak sihat ini tidak boleh dibenarkan berleluasa dalam masyarakat. Sepatutnya punca budaya ini berleluasa di negara ini harus diteliti dan penyelesaian yang lebih berkesan perlu dirangka.

Adalah pelik untuk memperundangkan orang yang mahu menghulur bantuan tiba-tiba dihulur surat saman. Ini bukan suatu peraturan yang bijak. Mengendalikan isu pengemis memang sukar. Lantaran telah menjadi ciri dalam mana-mana kota atau bandar akan ada pengemis terutama ditempat pengunjung yang ramai dikota.

Membenterasnya harus menumpu kepada punca dan masyarakat tahu bagaimana melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak agar pengemis tidak berleluasa di kawasan yang didapati ramai pengemis .

Pihak berkuasa perlu menimbangkan kaedah yang lain untuk membenteras gejala mengemis. Punca mengemis bukan disebabkan kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang suka memberi tetapi ialah kerana wujudnya keadaan yang tidak dikawal sehingga pengemis berleluasa.

Tidak dinafikan adanya gelaja mengemis dalam kalangan rakyat tempatan dan asing yang semakin meningkat dewasa ini .

Setahu kami pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ada melaksanakan operasi menyelamat pengemis dari semasa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi penguatkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri/Daerah.

Institusi yang sedia ada seperti pihak kebajikan masyarakat dan zakat juga seharusnya digembleng bersama untuk mengatasi gejala mengemis dalam masyarakat.

Sepatutnya Menteri Wilayah menggunakan pendekatan bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk mengatasi isu mengemis di kota raya.

Kami melihat mekanisme yang sedia ada perlu digunapakai dan tidak perlu mewujudkan peraturan baru untuk menyaman orang yang memberi sedekah kepada pengemis.

Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial.

Sekiranya terbukti seseorang itu adalah pengemis atau kutu rayau, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama tiga tahun untuk pemulihan di Desa Bina Diri, Jerantut, Pahang (lelaki) atau Desa Bina Diri Mersing, Johor (lelaki dan wanita) mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.

Manakala bagi pengemis warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Soalnya sejauhmana pihak berkuasa tersebut melaksanakan penguatkuasaan. Ini yang perlu diberi tumpuan dan dikemaskan. –HARAKAHDAILY 3/7/2014