Trafik

Friday, July 4, 2014

China nafi melarang penduduk Turkistan Timur (Xinjiang) berpuasa. Ini dakyah macam MH370

Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
"Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada Ramadan.
Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan.
Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam.
Nota : Penduduk Xinjiang juga disebut sebagai wilayah baru jajahan negara China, penduduknya berketurunan dan berbahasa Turki, berbadan besar, tinggi, bulu roma yang lebat, hidung mancung dan langsung tidak ada kaitan dengan darah keturunan China. 
Mungkin semangat assobiyah / rasis mereka yang tebal lalu menjadikan penduduk xinjiang ini kambing hitam dan menakut-nakutkan rakyat China yang lain mengenai ancaman orang Islam ini.
Apakah ini lagi satu senjata kapitalis barat nak melemahkan cengkaman ekonomi China yang semakin melata dan berkembang pesat. Minta Wisma Putra desak China buat penjelasan pun rasanya kerajann Najib bimbang juga sebab kes MH370 tidak selesai lagi. 

Thursday, July 3, 2014

Kebaikan dan Keburukan Penghawa Dingin Di Masjid



Kluang : Alhamdulillah, Ramadan kali ini Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak (T6) foto atas kredit kpd Utusan telah dipasang dengan alat penghawa dingin atau aircond, tujuan tidak lain ialah untuk menyejukkan jemaah yang hadir terutama di musim cuaca Ramadan yang agak panas kali ini. Tidak mustahil kerana Ramadan itu sendiri berasal dari perkataan ramad yang bererti panas.

Masuk hari yang ke 5 Ramadan, saya kadang-kala bersolat terawih di ruang dewan yang sejuk ada aircond atau kawasan jemaah yang hanya ada kipas memang terasa berbeza.

Di bawah ini disenaraikan kebaikan dan keburukan pemasangan aircond di masjid.

Kebaikan :
1. Senyap
2. Selesa
3. Khusyuk sampai tertidur keluar air liur
4. Masjid jadi tumpuan pada waktu panas (siang)
5. Sejuk sederhana tanpa kipas boleh mengurangkan debu dan habuk baik untuk pesakit asthma
6. Daya penyerapan haba yang baik
7. Udara bersih, habuk kurang

Keburukan :
1. Harga mahal, kena beli banyak unit
2. Kos pemasangan tinggi
3. Berat sangat
4. Besar makan ruang
5. Susah untuk penyelenggaraan (service)
6. Bil letrik melambung tinggi
7. Kos service mahal.
8. Lambat sejuk bila jemaah selalu keluar masuk pintu sliding
9. Kena tukar pintu kaca boleh tertutup sendiri supaya kesejukan tidak keluar yang kos menukar pintu tersebut juga tinggi
10. Siling dan kubah tinggi melambat proses penyejukan.
11. Suhu sejuk mengundang penyakit selsema, batuk, lelah, sakit tulang dan amat bahaya kepada yang orang tua.
12. Ruang solat tepi kanan dan kiri dalam yang tidak ada aircond (hanya kipas) dan kawasan luar menjadi terlalu panas akibat pengeluapan haba. Jemaah yang solat di sini biasanya tidak dapat masuk ruang dewan kerana jemaah penuh dan akan solat dengan tidak selesa, baju basah kuyup akibat berpeluh walaupun di waktu malam hari untuk  menghabiskan solat terawih.

Terpulang, ini sebagai panduan supaya kita berhemah dalam membuat satu keputusan yang menggunakan setiap sen duit tabung masjid. Kalau dengan pembesaran masjid (projek lagi) dan pemasangan aircond ini jemaah solat bertambah sekali ganda itu satu yang bagus, tetapi jika tiada perubahan, sama sahaja seperti sebelumya maka elok cari mana silapnya.

Salam Ramadan Kareem. Maaf Zahir Batin




Wednesday, July 2, 2014

Staf di bawah Menteri Pertahanan tidak berakhlak, memalukan Malaysia di bulan Ramadan



New Zealand : Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.
 
Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang bagi Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan terhadapnya.

"Dalam hal ini, prinsip undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, perlu digunapakai kepada Rizalman.

"Kerajaan Malaysia akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman jika perlu," tambahnya.
 
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand.

Katanya, ia juga berkeyakinan penuh bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil dan secara bermaruah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
 
"Keputusan kerajaan Malaysia adalah bukti jelas tentang hubungan dua hala yang cemerlang antara Malaysia dan New Zealand," tambahnya. MK

Nota : Sudah serang cabut balik, apalah punya askar, kenapa pilih dia jadi PTD, ramai askar lain yang lebih komited... 

Kluang Lubuk Batu Berharga, Izinkan Mereka Cari Rezeki

Kluang: Kira-kira 200 Orang Asli dari Rompin, Pahang, sanggup datang ke daerah ini untuk mengambil upah daripada sekumpulan warga China melakukan kerja menarah bukit serta menggali tanah bagi mencari ketulan batu bernilai dipercayai kristal.
Mereka berkampung di kaki Gunung Lambak itu dengan mendirikan khemah sebagai tempat berteduh sepanjang melakukan kerja menarah bukit dan mengorek tanah itu.

Penduduk, 26, dari Kampung Orang Asli Rompin yang ditemui di lokasi pencerobohan tanah berkenaan berkata, mereka datang ke kaki gunung itu selepas mendapat maklumat mengenai penemuan batu berharga berkenaan walaupun tidak pasti kesahihannya.
“Sejak datang ke sini lebih seminggu lalu, saya belum dapat mengenal pasti jenis batu dikatakan bernilai itu.

“Kami bergantung kepada pembeli yang sedia menunggu di tempat kerja penggalian berlaku untuk mengenal pasti.

“Setakat ini saya hanya menjual seketul batu bernilai RM300, namun ada juga rakan lain yang memperoleh batu lebih bernilai.
“Tidak semua mendapat pulangan hasil daripada kerja ini kerana ada yang pulang dengan tangan kosong setiap hari,” katanya.

Katanya, dia dan rakannya akur dengan arahan pihak berkuasa supaya berhenti melakukan aktiviti itu dan kembali ke kampung kerana melanggar undang-undang selain berisiko tertimbus tanah runtuh.

Nota : Pihak Pentadbiran Tanah dan Galian perlu ambil tindakan kepada cukong tuan punya tanah, adakah ada kebenaran, jika ada, siapa yang lulus lesen carigali... banyak persoalan misteri. janganlah disusah-susahkan orang asli dari jauh cari rezeki.

Ku Nan Anti Orang Miskin & Benci Yang Bantu Orang Miskin


PERNYATAAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman saman mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Teras.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan bahawa saman kepada pemberi tidak perlu kerana masih banyak mekanisma lain yang boleh digunakan.

Menurut beliau, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183) boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kelemahan dalam pelaksanaannya menyebabkan ramainya peminta sedekah.

Yang berikut kenyataan penuh Teras.

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) memberi perhatian kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketatkan .

Kami menyambut pihak berkuasa yang berusaha untuk mengatasi isu mengemis dan gelandangan  di Ibu kota. Namun dengan cara menyaman pemberi sedekah adalah menyalahi semangat membantu yang digalakkan oleh Islam.

Adalah tidak sesuai orang yang mahu membantu disaman, padahal bukan suatu kesalahan untuk bersimpati dengan pengemis yang benar-benar susah.

Kami terima hakikat bahawa mengemis tidak harus dibiarkan kerana sepatutnya budaya yang tidak sihat ini tidak boleh dibenarkan berleluasa dalam masyarakat. Sepatutnya punca budaya ini berleluasa di negara ini harus diteliti dan penyelesaian yang lebih berkesan perlu dirangka.

Adalah pelik untuk memperundangkan orang yang mahu menghulur bantuan tiba-tiba dihulur surat saman. Ini bukan suatu peraturan yang bijak. Mengendalikan isu pengemis memang sukar. Lantaran telah menjadi ciri dalam mana-mana kota atau bandar akan ada pengemis terutama ditempat pengunjung yang ramai dikota.

Membenterasnya harus menumpu kepada punca dan masyarakat tahu bagaimana melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak agar pengemis tidak berleluasa di kawasan yang didapati ramai pengemis .

Pihak berkuasa perlu menimbangkan kaedah yang lain untuk membenteras gejala mengemis. Punca mengemis bukan disebabkan kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang suka memberi tetapi ialah kerana wujudnya keadaan yang tidak dikawal sehingga pengemis berleluasa.

Tidak dinafikan adanya gelaja mengemis dalam kalangan rakyat tempatan dan asing yang semakin meningkat dewasa ini .

Setahu kami pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ada melaksanakan operasi menyelamat pengemis dari semasa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi penguatkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri/Daerah.

Institusi yang sedia ada seperti pihak kebajikan masyarakat dan zakat juga seharusnya digembleng bersama untuk mengatasi gejala mengemis dalam masyarakat.

Sepatutnya Menteri Wilayah menggunakan pendekatan bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk mengatasi isu mengemis di kota raya.

Kami melihat mekanisme yang sedia ada perlu digunapakai dan tidak perlu mewujudkan peraturan baru untuk menyaman orang yang memberi sedekah kepada pengemis.

Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial.

Sekiranya terbukti seseorang itu adalah pengemis atau kutu rayau, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama tiga tahun untuk pemulihan di Desa Bina Diri, Jerantut, Pahang (lelaki) atau Desa Bina Diri Mersing, Johor (lelaki dan wanita) mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.

Manakala bagi pengemis warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Soalnya sejauhmana pihak berkuasa tersebut melaksanakan penguatkuasaan. Ini yang perlu diberi tumpuan dan dikemaskan. –HARAKAHDAILY 3/7/2014

Saturday, May 3, 2014

Dengan hanya 21 kerusi Parlimen belum selesa untuk PAS laksana Kanun Jenayah Syariah


UMNO Yang Sentiasa Bernasib Baik Atau PAS Yang Naive?


Saya dijemput untuk hadiri taklimat Hudud oleh UMNO
Dan dari situ memang nampak PAS telah terjerat dengan isu ini

'Hudud PAS' akan kekalkan kuasa Umno 50 tahun lagi 

Ketegasan PAS untuk melaksanakan hudud akan membolehkan Umno berkuasa "selama 50 tahun lagi" kerana ia boleh melemahkan Pakatan Rakyat, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr FaroukMusa semalam."Kita telah bekerja begitu keras untuk merubah rejim dalamnegara ini.

"Ia dilakukan bukanlah kerana kita menyayangi Pakatan Rakyat.

"Namun kini, dengan isu ini (hudud) sahaja, Umno akan terus kekal memerintah untuk 50 tahun akan datang," Farouk mengingatkan demikian dalam satu forum semalam yang turut dihadiri MP Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Farouk yang juga merupakan timbalan pengerusi BERSIH, berkata PAS sepatutnya tidak termakan "umpan Umno" - merujuk kepada kenyataan Umno yang pihaknya bersedia menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Hanifa berkata, kempen untuk melaksanakan hudud di Kelantan adalah lebih mudah jika negara-negara lain yang telah melaksanakannya bukanlah "negara-negara yang gagal".
Menurutnya, ia adalah lebih baik jika negara seperti Norway sudah
melaksanakan hudud.

"Namun sekarang, kita ada contoh seperti Pakistan, dan ini adalah sebuah negara yang gagal," tambahnya.

Hanipa bagaimana pun merayu kepada hadirin yang memenuhi Dewan Himpunan Cina Selangor danKuala Lumpur semalam, agar memberi peluang kepada kerajaan PAS di Kelantan untuk melaksanakan hudud.

"Ia terdapat dalam agenda kami sewaktu kami menyertai pilihan raya umum lalu. Dan kami diberikan mandat oleh pengundi Kelantan untuk mentadbir negeri itu. Jadi pengundi Kelantan mengundi kami berasaskan pertimbangan ini. Ia hak kami (untuk melaksanakannya)," kata Hanipa.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PAS tidak bercadang untuk melaksanakan hudud di peringkat kebangsaa

Selepas Satu Tahun : Analisis Kepada Striker Persada Politik Malaysia


Perubahan nasib pemain utama PRU13 Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masih lagi terasa setahun selepas rakyat Malaysia keluar beramai-ramai untuk mengundi sama ada pemerintah Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.

 BN menang 133 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 5 Mei, kurang tujuh kerusi daripada 2008. PR menang 89 kerusi, tetapi kehilangan sebuah lagi negeri iaitu Kedah dalam pilihan raya umum yang menyaksikan pakatan pembangkang itu mendapat lebih banyak undi popular.

The Malaysian Insider hari ini melihat kembali nasib pemain politik utamanya 12 bulan selepas pilihan raya umum – pertarungan yang mengesahkan bahawa BN sudah kehilangan sentuhan terhadap pengundi.

Datuk Seri Najib Razak Setahun sudah berlalu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

Setahun sudah berlalu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Penyokong paling setianya juga perlu mengaku beberapa bulan selepas 5 Mei, perdana menteri berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Selepas memimpin BN dengan keputusan pilihan raya paling buruk dalam sejarah, dengan tekanan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemarahan orang ramai akibat peningkatan kos sara hidup, pintu keluar terbuka bagi Najib, nasib yang sama seperti Tun Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008. Pada satu tahap, penilaian prestasinya di bawah 50%, tetapi beliau masih selamat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Lebih tepat lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu mencabar Najib. Jadi, beliau kekal berkuasa, tetapi jarang sekali memainkan peranan seorang perdana menteri. Beberapa bulan akan datang akan menjadi lebih kritikal, dan tugas utamanya adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup bagi berjuta rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menunjukkan kepada pelabur, beliau komited mengurangkan defisit bajet. Pada masa sama, beliau juga perlu mengawal kebangkitan extrimisme dan chauvinisme.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan masa depan yang gelap dengan hukuman penjara beliau. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan masa depan yang gelap dengan hukuman penjara beliau. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Beliau akan meninggalkan arena politik untuk jangka masa lama. Tidak mungkin beliau di dalam penjara untuk empat tahun sahaja. Mengapa? Jika berkelakuan baik, pemimpin utama PR dan musuh BN itu akan keluar penjara tepat pada masanya untuk menjadi tandingan utama pilihan raya umum seterusnya yang dijadualkan pada 2018.

Jadi hukuman penjaranya sedang dalam rayuan, dan nampaknya tokoh politik Malaysia yang paling terkenal dan tunjang yang menyatukan PR itu akan menerima hukuman yang lebih berat. 12 bulan ini merupakan masa yang sukar buat Anwar. PR kelihatan seperti kerjasama yang longgar daripada gabungan yang kukuh, ditarik ke pelbagai arah dengan kedegilan PAS dengan agenda hudud.

Walaupun sebenarnya, lama sebelum isu hudud muncul juga gabungan itu sudah melihatkan tindakan tidak teratur mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ada pengkritik yang mengatakan ketiadaan Anwar akan mempercepatkan kejatuhan PR, dan mungkin juga melemahkan PKR.

Pandangan inilah yang paling konvensional. Tetapi yang baiknya, mungkin jika Anwar melepaskan tongkatnya dalam parti tersebut, golongan muda DAP, PKR dan PAS akan terpaksa menjadi lebih matang dan mengambil alih kuasa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Kepimpinan ketandusan idea oleh Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Kepimpinan ketandusan idea oleh Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Beliau merupakan presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), dan setakat itu sahajalah kepentingannya. Pengundi setia PAS mungkin percaya pemimpin mereka berpeluang menjadi perdana menteri, tetapi hakikatnya beliau tidak mempunyai karisma, idea bernas atau ciri-ciri dinamik untuk menjadi lebih daripada seorang pemimpin parti politik. Ada sebabnya kerajaan yang dipimpin Hadi di Terengganu hanya bertahan untuk satu penggal: ia ketandusan idea.

Empat bulan selepas 5 Mei, PAS kelihatan tidak bermaya dan hanyut sementara ahli progresif partinya sibuk menangkis serangan daripada golongan alim. Malah, sudahkah PAS menjalankan post-mortem prestasi mereka bagi pilihan raya umum lalu? Adakah Hadi mempunyai visi ekonomi untuk Malaysia, ataupun semuanya bermula dan berakhir dengan isu hudud?

 Tun Dr Mahathir Mohamad Pengaruh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno dan perdana menteri semakin pudar. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Pengaruh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno dan perdana menteri semakin pudar. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Walaupun masih mencetuskan tajuk utama akhbar, bekas perdana menteri itu kini dapat melihat pengaruhnya pudar. Benar, Najib akan bertemu dengannya sekali-kala untuk berbincang dan mendengar rungutannya tentang isu BR1M hinggalah ketagihan kerajaan dalam melantik perunding, tetapi Dr Mahathir masih gagal untuk menggoncangkan Najib.

Apatah lagi Muhyiddin atau Zahid, kedua-duanya tidak berminat untuk membantu Dr Mahathir menyerang Najib. Tanpa sokongan pemimpin utama Umno yang berminat untuk memainkan peranan sebagai pencabar dan kepercayaan atas rancangan 'waris politik'nya, serangan Dr Mahathir terhadap perdana menteri tidak berpengaruh sama seperti memiliki senjata tidak berpeluru: walaupun cantik di luaran, sebenarnya tidak berguna.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti tidak mahu menerima kegagalan sistem pendidikan di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti tidak mahu menerima kegagalan sistem pendidikan di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Dalam 12 bulan ini belum lagi menuturkan kata-kata yang bernilai, apatah lagi melakukan sesuatu yang bernilai. Para guru sudah pun memberontak terhadap pendidikan berasaskan penilaian, pelajar Malaysia menunjukkan prestasi yang teruk dalam beberapa kajian antarabangsa, dan universiti tempatan jauh menyimpang daripada standard antarabangsa, hinggakan ia memalukan negara.

Namun Muhyiddin masih meneruskan dengan kenyataan bahawa sistem pendidikan negara adalah bertahap antarabangsa. Spekulasi semakin membesar tentang beliau melepaskan jawatan beliau sebagai timbalan perdana menteri, tetapi berita baiknya: ketiadaan beliau tidak akan dirasai.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat perhatian penuh dunia semasa insiden MH370 yang mungkin atau mungkin tidak membantunya dalam pilihan raya seterusnya. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat perhatian penuh dunia semasa insiden MH370 yang mungkin atau mungkin tidak membantunya dalam pilihan raya seterusnya. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Sedih tetapi benar; jika bukan kerana profil tinggi insiden MH370, beliau hanyalah seorang lagi anggota Kabinet. Tidak dikenali dan tidak berpengaruh. Golongan dalaman beliau (pembantu, perunding dan penyokong) percaya prestasinya sebagai respon kerajaan kepada pesawat MH370 yang hilang meningkatkan populariti beliau dan meletakkannya di hadapan persaingan untuk jawatan timbalan perdana menteri.

Tetapi mereka lupa bahawa beliau nyaris tidak menang kedudukan ketiga dalam naib presiden Umno dan ahli-ahlinya tidak akan mengundi berdasarkan kekerapan mereka muncul dalam CNN. Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri G Palanivel Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak mempunyai pengaruh yang kuat dan kelihatan tidak penting. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak mempunyai pengaruh yang kuat dan kelihatan tidak penting. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Tidak berkepentingan. Liow sebenarnya amat bertuah dan sepatutnya berterima kasih kepada rakan lamanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan MCA akan menolak jawatan kerajaan akibat prestasi yang buruk dalam PRU13.

 Jika tidak beliau akan ditinggalkan di tengah-tengah ribut MH370. Mungkinkah beliau berkemampuan mengendalikan perhatian antarabangsa sebagai Menteri Pengangkutan? Tidak mungkin. Adakah parti beliau lebih kuat kini berbanding era Soi Lek? Tidak. Palanivel pula, tidak penting dan tidak berkesan sebagai menteri. MIC sudahpun terumbang-ambing sejak Datuk Seri S Samy Vellu yang paling lama berkhidmat dan seringkali ditohmah kalah pada Pilihan Raya Umum 2008.

Lim Guan Eng Peranan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP yang disandang Lim Guan Eng kelihatan sukar untuk dipikul. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014. Peranan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP yang disandang Lim Guan Eng kelihatan sukar untuk dipikul. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Mei, 2014.

 Beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP, tetapi kadang-kala seperti tidak pasti peranan manakah yang perlu beliau mainkan. Lim sudah biasa dengan peranannya sebagai Ketua Menteri tetapi masih bergelut dengan keperluan memgimbangkan kepentingan veteran parti dan idealis berpendidikan muda yang mahukan perubahan yang melangkau Malaysian Malaysia.

Bab-bab parti itu seperti francais dengan keinginan pemimpin kanan untuk kekal berkuasa kerana isu pendidikan vernakular dan prinsip kesamarataan, tetapi menghadap risiko dibalikkan oleh teknokrat muda yang memperjuangkan ekonomi dan alam sekitar.

Lim juga menggunakan idealisme partinya dengan rakan PKR dan PAS, walaupun mengetahui gabungan mereka amat teratur dan lancar dalam mendapatkan kerusi dalam PRU13, DAP sentiasa parti berasaskan bukan Melayu dan pendiriannya Malaysia merupakan negara sekular.