Trafik

Tuesday, September 9, 2014

Ustaz ini boleh kita wala'




USTAZ WAN JI DITANGKAP

Bila berita ini ditulis ustaz wan ji sedang ditahan di rumah pasong bandar baru sungai buluh peguam razlan jalal peguam lawyer for liberty akan datang ke rumah pasong untuk membantu wan ji wan ji beritahu polis mahu dia tido dalam lokap malam ini

Esok jam 8 pagi ustaz wan ji akan didakwa di mahkamah shah alam atas tuduhan akta hasutan

NOTA jam 1:50 ustaz wan ji masih dalam kereta polis menuju ke rumah pasong shah alam

NOTA ustaz wan ji telah dinobatkan sebagai ustaz paling cool oleh tukar tiub


Hasutan Ali terhadap sistem feudel



8 tuduhan. Di bawah akta hasutan dan juga akta multimedia tak silap aku. Apa yang tertimpa ke atas Ali sangat meragukan dan mengelirukan. Mula2 PDRM panggil Ali ke balai untuk jalani proses soal siasat. Dia pergi dan ada bagitau yang polis melayan dia dengan baik sepanjang sesi soal siasat berjalan.

Dan kemudiannya selang beberapa hari dia menerima laporan dari pihak polis bahawa dia akan didakwa di bawah satu akta hasutan 1948. Atas satu kesalahan. Dia pun pergi. Dengan peguam. Jalani perbicaraan. Bayar ikat jamin. Alih2 lepas bayar ikat jamin tetiba polis buat wayang.

Sambungan cerita Ali

Saturday, September 6, 2014

Mereka tidak banyak cakap tapi kerja siap.

Laungan lagu Al-Amal2 Al-Amalulillah, (Beramal2 amal kerana Allah). Mereka mungkin tidak dikenali di dunia, tapi makhluk di langit sangat kenal mereka.

 Di sertakan foto dan video apa yang Unit Amal telah lakukan. Mereka tak minta publisiti, tetapi kebenaran menyerlahkan siapa mereka....Sumber GB

Tiang agama - solat - tidak diabaikan

Membantu mangsa banjir, tugas lazim yang dihulurkan oleh Unit Amal

Mengutip sampah - satu pemandangan biasa selepas perhimpunan

Membersihkan kawasan di jalanraya untuk kelancaran trafik

Membantu seorang anggota polis trafik yang terjatuh


VIDEO di bawah memperlihatkan bagaiaman UNIT AMAL membantu tanpa mengira fahaman politik. Meskipun seorang petugas UMNO BN terjatuh dari motorsikal dan dibiarkan rakan-rakannya, tapi UNIT AMAL menghulurkan bantuan


Tuesday, September 2, 2014

Unit Amal Tak Perlu DIDAFTARKAN kata MAHKAMAH

Gendang Perang: Unit Amal Tak Perlu DIDAFTARKAN kata MAHKAMAH TING...: Usaha mendakwa Unit Amal kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah perbuatan sia-sia kerana Mahkamah Tinggi terdah...

TANGKAP SAYA DULU

Biaqpila™: TANGKAP SAYA DULU: Tangkap saya dahulu sebelum ambil tindakan terhadap Unit Amal - Suhaizan KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menc...

Husam bongkar sebab UMNO mahu kerjasama dengan PAS




Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

 Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja. "Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider. Husam bagaimanapun penuh yakin usaha itu akan menemui jalan buntu kerana katanya, "PAS adalah PAS."

 Beliau mengulas tentang desas-desus pembentukan kerajaan PAS, Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini. "Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil. Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisme parti-parti yang terlibat," kata Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.

korum

 Husam turut menolak spekulasi PAS akan menerima Khalid yang juga bekas parti rakan Pakatan Rakyat (PR) mereka menyertai parti Islam itu dengan harapan dapat mencukupkan korum membentuk kerajaan perpaduan (UG) bersama Umno.

 Beliau berkata, jika parti Islam itu mahu bergabung dengan Khalid dan 12 Adun Umno menjadikan bilangannya 29 kerusi bagi membentuk kerajaan minoriti, itu perlu diputuskan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

 "Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini. "Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima," kata Husam. Beliau berkata, mendapatkan PAS melalui pintu belakang Selangor bermakna akan berlaku garis pemisah politik Malaysia yang sangat menakutkan.

 "Umno mendapat tambahan sokongan pengundi Melayu dengan dokongan PAS melalui pencabulan moral politik parti itu, tetapi kesannya ia akan menjarakkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada Barisan Nasional (BN).

 "Pengundi bukan Melayu terpaksa terus menyokong PR tanpa PAS. Malaysia terbelah dua," katanya membayangkan akibat daripada sokongan Melayu yang kuat kepada kerajaan manakala bukan Melayu akan menjadi pembangkang.

menguasai

 Husam turut mendedahkan ada usaha terancang daripada kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya daripada kumpulan Muhyiddin. Katanya, kumpulan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. 

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," kata Husam. Bagaimanapun menurut Husam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengan usaha yang sehingga kini masih dalam kerangka Umno sahaja.

 "Itulah sebabnya kumpulan Najib tidak berminat sepenuhnya dengan apa yang cuba diatur," katanya. Menurut Husam, serangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang sebelum ini menarik balik sokongan terhadap Najib juga ada asasnya.

 "Selain terperangkap dalam skandal hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang bukan untuk kepentingan negara sebanyak berbillion ringgit, Najib juga gagal memulihkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sehingga hari ini," katanya.

 "Setakat yang saya ikuti perbincangan pelbagai kumpulan strategik Umno, masalah terbesar Umno kini bukan sangat parti Pakatan Rakyat tetapi menjadi satu trend umum Umno ditolak oleh rakyat atas nama dan sifat mereka sebagai Umno. Rakyat yang menolak Umno. "Najib gagal pada mata Mahathir. Jika Umno mahu diselamatkan, Najib perlu diundurkan.

" Disebabkan situasi itu juga menurut Husam, sesetengah kumpulan strategi dalam Umno melihat peluang daripada keadaan di Selangor sekarang. "Tinggal lagi mereka gagal memahami PAS sepenuhnya dalam rangka gerakan strategi mereka," katanya lapor The Malaysian Insider

Nota : Jika mereka gagal, Dun pula mahu dibubarkan konon di bawah kuasa Sultan. Inilah demokrasi terpimpin kata Allahyarham P Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

Monday, September 1, 2014

Putrajaya Menakut-nakutkan Orang Melayu - Musa Hitam

Putrajaya punca Melayu jadi rendah diri, kata Musa Hitam

KL : Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan masyarakat Melayu menjadi hilang keyakinan dan rendah diri akibat daripada pendirian Putrajaya dalam menangani isu. Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Musa berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi.

"Putrajaya beberapa kali mengatakan mereka mensasarkan peningkatan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara kepada 30% pada 2020. "Tapi, kerajaan tidak mengambil kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apabila mengatakan pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini adalah 24%. Kita menipu diri sendiri apabila menunding jari kepada kaum Cina.

Tiada yang sempurna," kata Musa. Musa yang juga pengerusi untuk Yayasan Ekonomi Islam Dunia semasa ditemui di pejabatnya berkata isu kaum yang sering dimainkan oleh ahli politik memberi imej tidak baik kepada negara. "Hanya ahli politik bankrap berterusan menggunakan agama dan kaum untuk meraih sokongan.

"Jangan salah anggap pada saya, saya adalah ahli Umno yang setia walaupun saya tidak bercakap seperti ahli Umno yang kebiasaannya," katanya. Bagi Musa, masyarakat Melayu khususnya tidak boleh lagi mengikut cara pemikiran seperti 50 tahun dahulu, sebaliknya perlu pandang ke hadapan.

DEB

"Kita tidak boleh guna lagi cara pemikiran 50 tahun lalu, kita perlu melangkah dan pandang ke depan," katanya. Menurut Musa, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein bertujuan meningkatkan kehidupan kaum Melayu.

"DEB diperkenalkan untuk tingkatkan masyarakat Melayu di Malaysia dan membuang rasa rendah diri mereka," kata Musa. Beliau menerangkan, sekarang lebih ramai Melayu berjaya yang dilahirkan dan ketika ini berada dalam kumpulan kelas pertengahan dalam Malaysia.

 "Orang Melayu ini boleh berfikir sendiri, secara rasional dan matang," kata Musa. Bagaimanapun, Musa menyifatkan terdapat percanggahan antara generasi sedia ada dengan pemimpin tertentu di Putrajaya kerana mereka berada di dalam dua arus berbeza.

"Sesetengah pemimpin tidak searus dengan mereka yang dilatih," katanya. Beliau memberi contoh semasa sedang bercuti dengan isterinya di Johor dan sedang makan di Plaza Damas. "Sekumpulan 30-40 remaja Melayu singgah di restoran tempat saya dan isteri sedang makan. Ada daripada mereka kenal saya dan menyapa saya.

"Selepas bertukar kata, salah seorang remaja tersebut bertanya kepada saya sama ada boleh berkongsi sesuatu dengan saya. Saya kata boleh, apa salahnya. Kemudian remaja tersebut memberitahu saya tanpa rasa bersalah bahawa mereka anti kerajaan," kata Musa.

Musa kemudian berkata kepada remaja tersebut bukanlah satu kesalahan untuk anti kerajaan, tetapi sebaliknya mencerminkan gambaran sebenar persepsi generasi sekarang terhadap kerajaan sedia ada. "Sebilangan orang mengambil mudah dengan mengatakan pemimpin Melayu adalah faktor terpenting, tapi sebenarnya lebih banyak cabaran lain yang kita hadapi dalam masyarakat yang lebih terbuka sekarang," katanya.

kesal

Musa juga kesal dengan kenyataan pemimpin politik kerana bercakap tanpa melakukan kajian terlebih dahulu. "Saya juga kecewa dan sedih dengan komen dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin sekarang ini. "Mereka seolah-olah tidak membuat kajian dan kerja rumah sebelum bercakap sesuatu. "Malah kebanyakan mereka bercakap dahulu dan kemudian bila tersalah, baru tersedar sudah terlambat untuk menarik kenyataan tersebut," kataya.

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila pentadbiran sedia ada tidak mampu menangani isu sensitif seperti agama. "Masyarakat Melayu seolah-olah terkeliru tentang agama, bukan Melayu pula kebingungan dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan di Putrajaya," katanya. Musa merujuk kepada tuntutan oleh penganut Kristian dalam isu kalimah 'Allah', kemelut yang berpanjangan hinggalah ia dibawa ke Mahkamah Persekutuan tahun ini.

"Apa sahaja hujah yang dibangkitkan, fakta mudah tentang itu ialah keputusannya yang hanya orang Islam di Semenanjung boleh menggunakan perkataan 'Allah'," katanya. Musa terkejut dan tidak menjangkakan isu tersebut diperbesarkan sehingga terpaksa diselesaikan ke mahkamah. "Jika kamu yakin dengan agama kamu, tidak perlu risau jika bukan Melayu menggunakan perkataan 'Allah'," katanya.

Menurut Musa, ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan antara 1978 hingga 1981, beliau didatangi wakil daripada masyarakat Kristian untuk berbincang mengenai penggunaan Bible dalam bahasa Malaysia. "Ketika itu, kerajaan menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia oleh semua kaum, termasuk Kristian," katanya.

Musa berkata kebenaran diberikan untuk mengimport Bible berbahasa Malaysia ke dalam negara, tetapi ia mesti mematuhi syarat tertentu. "Syaratnya termasuklah Bible tersebut mestilah untuk kegunaan sendiri, perlu disimpan dalam gereja dan tidak boleh dijual secara terbuka luar dari gereja," katanya. Bagi Musa, keputusan tersebut adalah tepat dan berjaya dikompromi hinggalah ianya diselesaikan secara senyap dan baik.

kontroversi

"Jika mahu semua menggunakan bahasa kebangsaan, tidak wajar membuat sekatan atau menghalang," kataya. Sama juga dalam isu hudud, Musa berkata tiada pendirian tegas disuarakan oleh Putrajaya malahan menunjukkan kegagalan untuk mendapat kesepakatan untuk menangani undang-undang kontroversi tersebut.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia tidak bersedia untuk hudud, kemudian Pemuda Umno kata, siapa yang kata mereka menentangnya?" kata Musa. Musa mempertikaikan mengapa semua pihak tidak duduk semeja dan berbincang secara rasional sebelum membuat pendirian yang melulu dan tidak cekap itu. "Lakukan kajian dan rasionalisasikan, beri penjelasan.

Sekarang ini semua orang boleh buat kenyataan tanpa usul selidik," katanya. Melihat situasi yang berlaku dalam negara sekarang, bekas ahli politik berusia 80 tahun tersebut mengakui sedikit tertekan dan kecewa.

"Malaysia berisiko menjadi negara gagal kerana tidak tahu menangani kejayaan yang dikecapi dan selok-belok politik. "Semestinya ada yang positif, orang luar kagum dengan Malaysia dan infrastrukturnya. Mungkin mereka beranggapan rakyat Malaysia gembira dan baik hati," katanya.

Musa juga mengulas kehilangan majoriti dua pertiga dalam dua pilihan raya umum, situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara. "Malaysia perlu belajar untuk menghayati erti demokrasi dan sedia untuk kalah," kata Musa. "Kita berbangga dengan diri sendiri sebagai demokratik dan mengamalkan gaya politik Westminster," katanya.

situasi sukar

Dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013, Barisan Nasional buat kali pertamanya berdepan situasi sukar menghadapi pembangkang Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. "Demokrasi juga bermakna memahami peranan kritikan dan mampu menerimanya," kata beliau.

Musa berkata kemodenan yang dikecapi ketika ini mengubah segalanya, menyifatkan "demokrasi digital" sudah tiba dan penuh dengan liku-liku, sama ada kepada kerajaan mahupun masyarakat.

"Demokrasi digital sudah tiba di dunia ini, ia tidak dapat dijangka, terbuka, baik dan boleh juga menjadi kejam," katanya. Harapan Musa sempena kemerdekaan ini ialah, Allah akan menyelamatkan negara dan membawa kita ke arah jalan yang lurus. – 31 Ogos, 2014.TMI

Nota : Lagi orang melayu takut, lagi sokong UmnoBn, berbagai ancaman kaum Tionghua direka-reka supaya orang melayu bersatu dan benci dengan kaum yang kononnya menguasai ekonomi. Padahal dari segi politik dan kekuasaan melayu masih juara.

Agong melayu, Sultan orang melayu, PM melayu, MB melayu ramai, parlimen melayu ramai, Panglima ATM melayu, Ketua Polis melayu.

Sudahlah... macam kembali ke zaman pasca merdeka pula... cipta musuh untuk tutup kelemahan, tutup rasuah dan sorok ketirisan.

Ia boleh diumpamakan sang bomoh menakut-nakutkan orang kampung dengan hantu jembalang kononnya, padahal syaitan jembalang itu belaan atau perewangan si bomoh cilaka itu sendiri.