Sangat penyayang kepada adik-adik saya yang masih kecil pada ketika itu. Rumah almarhum menjadi Bilik Gerakan Keadilan dan Pakatan Rakyat setiap kali PRU. Beliau pandai memasak dan pernah menjadi pengusaha kantin di kilang Tropical Latex Renggam. (Kilang ini bertaraf lagenda di Renggam, ramai penduduk bekerja di situ, tetapi sudah ditutup kerana asap serombongnya mencemarkan alam sekitar dengan mengeluarkan gas amonia yang berbau sengit dan beracun )
Antara peristiwa yang menyedihkan ialah pada PRU 2008 apabila barang kemas pusaka isteri almarhum telah dicuri oleh petugas parti yang mengambil kesempatan dan peristiwa ini amat mengecewakan almarhum.
Pada lebaran tahun lepas 2014, almarhum datang ziarah rumah kami awal pagi selepas solat Aidilfitri dan bergambar bersama keluarga kami, katanya bosan kerana anak-anak dan cucu tahun ini tidak balik ke rumah. Tanpa disangka, rupanya itulah raya puasa terakhir kami berjumpa beliau kerana pada eid mubarak tahun ini almarhum hanya duduk di biliknya sahaja tidak mahu jumpa tetamu.
Takziah kepada keluarga almarhum khususnya isteri beliau Makcik Kiah, agar sabar dan tabah. Moga amal beliau diterima dan diletakkan bersama para syuhada. Ameen...




No comments:
Post a Comment