Trafik

Saturday, September 7, 2013

Syawal dah habis baru nak buat rumah terbuka...




Menjadi tradisi rakyat malaysia mengadakan rumah terbuka. Khususnya orang Johor, Syawal diraikan sampai sebulan dengan aturcara bacaan Marhaban dan ucapan bermaaf-maafan.

Hari ini dah masuk 2 Zulkaedah, habis dah bulan Syawal, bulan raya, tapi masih ada yang nak buat jamuan rumah terbuka, tak ada masalah, mungkin niat nak qadak bagi ahli parlimen Sembrong Datok Hishammuddin yang pegang 2 kementrian yang utama iaitu Kementrian Jaga Askar (Pertahanan) dan Kementrian Jaga Jalan (Pengangkutan).

Kita kena peka pada tarikh dan masa, lambat dikira batal dan gagal (FAIL) kalau dia seorang perajurit, badan tak fit bakal kena serang dengan musuh.

Lambat dalam lebuhraya tapi kenderaan masih berada di lorong laluan sebelah kanan pasti akan mengundang kemarahan pemandu lain yang nak memotong, silap haribulan kena sondol.

Lambat murid masih dikira ok, tapi lambat guru dan pensyarah akan menyusahkan pelajar dan mahasiswa  dan gaji bulanan penuh yang diterima tak seimbang dengan kerja, adakah itu berkat... (dulu dia jaga Kementrian Pelajaran)

Sebagaimana kata YB Adun Mengkibol Tan Hong Pin (Cina DAP, bukan melayu, non Muslim lagi)  "Kita kena kerja untuk rakyat, bukan kerja sahaja, tapi kerja KUAT,"

Akhir sekali, jangan salahkan orang nanti orang kata kita tak peka (mereka cakap pekak), atau orang gelar kita slow sudah. maaf zahir batin...


RSB- Kempen perkauman makan diri kerana yang menaikkan harga bahanapi bukan cina DAP tapi melayu orang asal Pahang. Melayu makan melayu...

No comments:

Post a Comment