Trafik

Wednesday, September 18, 2013

Khalid Hentam Tantawi?


 

 

 

 

 

 

 

Khalid Tibai Sape Nih?

Ulama punca PAS gagal PRU13
Ulama pelapis sibuk nak serang Pakatan Rakyat






SHAH ALAM: Antara punca kegagalan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah disebabkan kegagalan ulama pelapis memainkan peranannya di peringkat akar umbi.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ulama pelapis PAS gagal menangani propaganda Umno diperingkat akar umbi sehingga PAS gagal menembusi kawasan kubu kuat Umno.

“Kegagalan kita (PAS) ialah kegagalan untuk menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi.

“Sepatutnya ulama pelapis ni tumpu kepada kelemahan dalam menangani dakyah Umno dikalangan masyarakat Melayu.

“Daripada dia sibuk nak serang dan mengkritik Pakatan Rakyat lebih baik dia tumpu kepada persoalan menangani dakyah Umno,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Khalid berkata, tugas PAS semasa PRU13 Mei lalu sepatutnya menembusi dan menawan kerusi yang sekian lama menjadi kubu kuat Umno tetapi gagal menanganinya secara efektif.

Katanya, sekiranya Dewan Ulama mampu memberi tumpuan dalam peranannya semasa PRU13 sudah tentu perkara itu berjaya dilaksana.

“Itu kelemahan kita, bukan kerana tahaluf siyasi (persefahaman politik),” katanya.

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu sekaligus membidas kenyataan Dewan Ulama PAS minggu lalu yang menganggap Pakatan Rakyat hanya merugikan parti itu menawan undi Melayu.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, sehubungan itu meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat tidak pernah silap.

“Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. “Tetapi kaji hanya untuk penambahbaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

“Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan,” kata Nik Aziz.

RSB : Siapa kata ulamak tak buat kerja, memanjang sibuk hari-hari dengan kuliah subuh sampai ke ceramah, hebat betul ustaz kita ni, sampai nak jemput kuliah di markaz pun tak sempat, 365 hari sibuk, tapi jangan nanti dikata ahli cawangan "Ostad dalam delimma kerana ceramah dan kuliah kat luar tu lebih banyak masyuk..."

Safee Yang Menunggang Kemalangan Konvoi, Hati-hati Di Jalan Raya

(Gambar) Peserta konvoi SYM kemalangan, digelek Hilux


KUANTAN – Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.

Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.

Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal.

-mynewshub

Tahaluf Siyasi PR (Ulasan Resolusi Multaqa Ulama) - Dr UZAR

Tribunal Rakyat: 60 pengundi dalam satu rumah


 Seorang saksi memberi keterangan di Tribunal Rakyat di Hotel Empire. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 September, 2013.Seorang saksi memberi keterangan di Tribunal Rakyat di Hotel Empire. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 September, 2013.

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH DAN TRINNA LEONG  Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,

18 September, 2013.

Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diberitahu hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa berhubung kecurangan dalam daftar pemilih.

Saksi pertama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau pernah membuat aduan kepada SPR mengenai nama yang diragui dalam daftar pemilih. “Saya beritahu SPR pada November terdapat 60 nama berdaftar dalam satu rumah.

Pemilik rumah terlebih dahulu memberitahu saya beliau tidak membenarkan orang lain untuk menggunakan alamatnya untuk berdaftar sebagai pemilih,” katanya.

Santiago berkata, SPR membuat penyiasatan mereka sendiri dan mengakui terdapat masalah. “Mereka mengakui terdapat 60 nama berdaftar dalam rumah itu tetapi memberitahu saya mereka tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

“Mereka (SPR) mengatakan undang-undang tidak membenarkan perubahan terhadap daftar pemilih,” katanya. Tribunal itu ditubuhkan sebagai respon terhadap kemarahan orang awam berhubung dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Iklan Mencuri Kerana Kemiskinan?

Iklan sedih tarik perhatian


Satu daripada babak dalam iklan telekomunikasi syarikat True Move H, menunjukkan seorang peniaga lelaki (tengah) memberikan wang kepada pemilik farmasi (kanan) bagi membayar harga ubat yang dicuri seorang budak lelaki (kiri). - AGENSI



BANGKOK 17 Sept. - Sebuah iklan syarikat telekomunikasi Thailand yang dimuat naik di YouTube dan ditonton lebih 3.5 juta kali, membuatkan penonton di seluruh dunia terharu selepas menghayati mesej yang disampaikan.

Iklan selama tiga minit itu yang dihasilkan oleh syarikat True Move H, turut menerima beratus-ratus komen yang positif dan mendapat lebih 400,000 'like' daripada penonton.

Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki miskin yang ditangkap oleh pemilik farmasi kerana mencuri ubat untuk diberikan kepada ibunya yang sakit.

Namun, seorang lelaki yang menjual makanan berhampiran farmasi tersebut masuk campur dalam kejadian itu dan membayar kos ubat yang dicuri serta mengarahkan anak perempuannya untuk memberikan makanan kepada budak itu.


Selepas 30 tahun berlalu, penjual makanan itu tiba-tiba jatuh sakit ketika sedang berniaga dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Lebih menyedihkan, bil hospital untuk merawat lelaki itu mencecah £15,500 (RM80,502), sekali gus merunsingkan anak perempuannya yang terpaksa menjual rumah mereka untuk membiayai bil perubatan.

Babak seterusnya menunjukkan, wanita itu mendapati bil perubatan ayahnya telah dibayar oleh seseorang dengan sekeping nota ditinggalkan di atas katil bapanya dirawat yang tertulis, 'Semua kos telah dibayar dengan tiga bungkus pil tahan sakit dan sebungkus sup'.

Ketika itu, wanita tersebut tahu bahawa doktor yang merawat bapanya adalah budak lelaki yang dibantu mereka 30 tahun lalu. Di akhir iklan terbabit satu mesej turut disampaikan iaitu 'Pemberian ikhlas merupakan komunikasi yang terbaik'.

- AGENSI

Tuesday, September 17, 2013

Kapal Persiaran Mewah Jadi Bangkai Besi Berkarat


Gambar-gambar yang
mengejutkan bangkai kapal Costa Concordia

 
Imej yang menyebabkan keluarga mangsa karam merasa kesedihan. Kapal persiaran Costa Concordia diapungkan selepas 20 bulan di luar pantai Itali. 


Saiz kapal yang dahsyat besarnya mengingatkan kita kepada peristiwa tenggelamnya kapal Titanic dan mirip ceritanya diabadikan dalam novel Tenggelamnya Kapal Ven Der Vick tulisan ulama tersohor Nusantara Almarhum Pak Hamka.Klik Novel Buya Hamka

Setelah berjaya menyelesaikan operasi menyelamatkan kapal ini di Pulau Gillian pulau siren dibunyikan. Tepukan gemuruh ditujukan kepada Ketua Jurutera operasi Nick Sloan.


RSB : Yang hebat pasti tersungkur walau canggih mana teknologi satu masa kelak jika melawan keagungan Allah SWT

Kredit kepada Blog Itali









ι












Saturday, September 14, 2013

Polis Ni Macam Tak Ada Iman... Suka-suka tembak lepas tu bunuh diri

Polis
 tembak isteri, bapa mertua 

 

Polis tembak isteri, bapa mertua sebelum menembak mati dirinya sendiri


Polis tembak isteri, bapa mertua Polis tembak isteri, bapa mertua

Segamat, Johor : Seorang anggota polis yang dipercayai menghidap sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis Felda Chempelak di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian. Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama. Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

-sinarharian-

RSB : Betullah dakwaan Kadir Jasin kata yang Polis ini kurang didikan agama, mengucap dan mandi junub pun 40% sahaja yang tahu. Dulu AP Sembrong menteri yang jaga Polis, sekarang 2X5...

40%.......... TAK TAHU MANDI JUNUB!!!