Trafik

Sunday, October 20, 2013

Analisa ringkas jalan kemenangan Dun Sg Limau

Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau

Zulkifli Yahya
SAYA pernah mendedahkan sebuah kajian yang dibuat oleh sebuah badan profesional beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Perihal di seluruh negara, secara umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.

 Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut adalah kemerosotan sokongan Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9 peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah 53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja.

Mengikut kajian tersebut, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Kedah cuma 14. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan Pakatan akan kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.

 Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggung jawab menghimpunkan semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu kemerosotan sokongan Melayu.

Datuk Mahfuz Omar ketika membentangkan hasil kajian itu menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan Melayu adalah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan.

Isu terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat Melayu. Isu lain adalah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan negeri.

Dipendekkan cerita Pakatan hilang negeri Kedah dalam PRU13 angkara kehilangan undi Melayu dalam jumlah yang besar.

Dalam ranking kekuatan kerusi PAS di Kedah, Sungai Limau berada di tempat kedua selepas Tokai (di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikenali sebagai Bukit Raya). Sewaktu PAS Kedah tinggal 'batu nisan' pada PRU tahun 1995, dua kerusi yang tinggal itu ialah Sala (sekarang Sungai Limau) dan Bukit Raya. Ertinya kedua-dua kerusi tersebut benar-benar kerusi yang dimenangi dengan undi teras ahli dan penyokong PAS.

Berdasarkan PAS Kedah kehilangan sokongan Melayu sehingga 9 peratus pada PRU13, saya mengandaikan bahawa di Sungai Limau sokongan untuk Tan Sri Ustaz Azizan datangnya dari pengundi teras PAS dan majoriti pengundi Cina dari seramai 1800 orang. Hampir tiada undi untuk PAS dari pengundi atas pagar.

Tiada juga undi dari ahli Umno yang memprotes, kerana undi golongan itu tersalur kepada calon Umno yang bertanding tiket bebas. Itu pun tidak banyak, cuma 100 undi. Jika sebelum ini, Ustaz Azizan dapat menarik ahli keluarganya yang ramai di sekitar Sungai Limau, kebanyakannya terdiri dari penyokong Umno. Pada PRU13, beliau ditentang oleh sepupunya sendiri iaitu Fadhilah Mohd Ali.

Bermakna undi atas faktor keluarga tidak lagi solid untuk Ustaz Azizan, sekurang-kurangnya ia sudah berpecah dua. Satu lagi faktor yang sangat menarik di Sungai Limau adalah kewujudan 'golongan kecewa' dalam PAS. Kumpulan ini tidaklah dominan namun tindakan protes mereka berterusan dan sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap jentera parti.

Mereka menyayangi PAS cuma berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan ketika itu. Kini orang yang mereka musuhi sudah tiada. Mereka boleh ditarik untuk kembali menguatkan PAS. Secara teorinya untuk mengekalkan kerusi Sungai Limau, kerja PAS cuma mengekalkan sokongan ahli-ahli dan penyokong PAS! Itu saja.

Kejayaan menarik golongan atas pagar dan Umno cuma bonus. Teorinya mudah, tapi realitinya tak semudah itu. Bagi BN, kerja mereka lebih sukar kerana di samping pertahankan sokongan pengundi tegar dan atas pagar.

Mereka juga perlu menarik sokongan pengundi PAS, baru boleh menang. Di Sungai Limau secara umumnya kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Biasanya, di mana ada cawangan PAS di situ ada cawangan Umno.

mengepung

Kewujudan sokongan PAS dan Umno berlaku secara tradisi. Persaingan utama politik pun cuma berlaku antara PAS dan Umno sejak berzaman.

Pengalaman melalui beberapa pilihan raya kecil, kekuatan antara Pakatan dan BN selalunya tidak seimbang. Banyak tempat di mana Pakatan tiada cawangan, berbanding BN. Jika BN berjaya mengepung ahli-ahlinya sahaja cukup untuk menang. Dan itulah yang mereka lakukan.

Untuk PRK Sungai Limau, kerja 'mengepung ahli' sendiri untuk pertahankan kemenangan terbeban kepada PAS. Bagaimana cara untuk melakukannya ke tahap maksimum, terserah kepada kebijaksanaan jentera PAS. Itulah rahsia besar kejayaan PAS pertahankan Sungai Limau - secara teorinya.

Sudah agak, Umno akan jadi parti kabilah suku sakat

Ia akan berada dalam lingkungan kabilah tertentu sahaja yang akan menguasai kekayaan hasil negara.

Bagaimana dengan nasib anak Pak Yasin orang Pagoh, Johor, sampai rambut penuh ditumbuhi uban, tidak akan dapat merasa memegang tampuk kerusi PM.

Begitu juga nasib anak Pak Hamidi yang garang belum tentu dapat mengalahkan yang lembik dari  Sembrong Johor.

Juga nasib orang asal kepulauana Borneo, Shafiee Abdal yang dimenangkan bukan kerana ada hubungan kerabat tetapi kerana sekadar mengambil hati kerana orang Sabah dan Sarawak telah menyebabkan Umno kekal berkuasa sehingga hari ini.

Ingat, masa Tun M berjaya menjadi PM, walaupun beliau tiada susur galur saudara mara macam Najib tetapi beliau ada apa yang dipanggil kroni dari kalangan taikun gergasi perniagaan kaum cina dan india yang masih kukuh sehingga sekarang...

Tolak Kroni, Tolak Nepotisme, Tolak Rasuah... sila baca ramalan penulis ini.

Hishamuddin Bakal Jadi PM Selepas Najib.. Ini Buktinya

Seperti mana diramalkan, Pasukan Trio dapat mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno semalam dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat 186 undi, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal mendapat 175 undi dan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 101 undi.

Manakala yang kalah ialah Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang mendapat 91 undi, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mendapat 8 undi dan Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam mendapat 7 undi. Bagi tiga tahun akan datang, ketiga-tiga pemenang Naib Presiden ini adalah bakal Timbalan Perdana Menteri jika apa-apa berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang jelas kepada kita, jika apa-apa berlaku kepada Muhyiddin, Najib kena lantik Timbalan Perdana Menteri yang baru sama ada Zahid atau Shafie atau Hishamuddin. Sudah pasti Najib akan lantik sepupunya, Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru seperti mana Tun Razak memilih birasnya, Tun Hussein Onn pada tahun 1973 selepas kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman walaupun dua orang lagi Naib Presiden Umno, Tun Sardon Jubir dan Tun Ghafar Baba mendapat undi yang lebih tinggi dari undi Hussein Onn.

Walaupun undi Zahid dan Shafie meninggalkan jauh Hishamuddin (85 undi dan 74 undi) tetapi ia tidak menjamin Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru kerana Najib ada tiga calon untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

 Justru itu kemenangan semula Hishamuddin mengesahkan bahawa beliaulah bakal Perdana Menteri selepas Najib. Kenapa undi Hishammuddin jauh ditinggalkan dua ahli Pasukan Trio? 74 undi memanglah undi yang besar ditinggalkan Shafie. Sepatutnya mereka mendapat undi yang sama banyak kerana mereka dikatakan berkempen secara berpasukan.

Kenapa terjadi begini? Adakah Hishamuddin kena main dengan Zahid dan Shafie? Di Johor, negeri Hishamuddin, Pasukan Trio hampir menyapu bersih tetapi di Perak, Zahid tidak dapat memberi Pasukan Trio keputusan seperti di Johor.

Begitu juga Shafie gagal memberi Pasukan Trio menyapu bersih di Sabah. Hishamuddin nyaris kalah 10 undi kepada Mukhriz yang bergerak secara solo. Tetapi dari segi undi popular, Mukhriz mengatasi undi popular Hishamuddin.

Jika satu undi dikira secara undi popular, pemenang ketiga Naib Presiden ialah Mukhriz. Menyelamatkan Akan tetapi sistem “electoral college” menyelamatkan Hishamuddin. Dummy dalam pemilihan Umno

Soal Hishamuddin kena main dengan dua ahli Pasukan Trio tidak timbul kerana perwakilan kurang puas hati dengan prestasinya yag dikatakan sebagai menteri yang lembik. Sebab itulah undinya jauh ditinggalkan Zahid dan Shafie. Shafie menang besar kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak jadi bertanding Naib Presiden Umno.

Jika Musa masuk, sudah tentu Mukhriz menang. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad sehari sebelum mengundi, Mukhriz sukar menang kerana beliau tidak direstui presiden parti. Dr Mahathir menang Naib Presiden Umno pada tahun 1975 kerana direstui Tun Razak yang menjadi Presiden Umno ketika itu. Bagaimana Najib mahu merestui Mukhriz kerana beliau bimbang jika beliau merestui Mukhriz, sepupunya Hishamuddin akan kalah.

Seperti dakwaan ramai orang di malam akhir banyak chai yang dihantar ke bahagian-bahagian kononnya direstui oleh pihak atas yang mahu Pasukan Trio dikekalkan. Buktinya, Umno Bahagian Pekan yang diketuai Najib mengundi Zahid-Shafie-Hishamudddin.

Begitu juga Bahagian Pagoh yang diketuai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin dan Bahagian Putrajaya yang diketuai Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Mukhriz bergerak secara solo dan mampu mendapat 91 undi merupakan satu kemenangan moral walaupun kalah.

Perwakilan Umno belum dapat membuat transformasi sepenuhnya. Jika Mukhriz menang semalam, beliau mencatat sejarah kerana dipilih Naib Presiden Umno tanpa pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terlebih dahulu.

Nampaknya Umno tidak menerima proses ini. Seseorang itu perlu jadi ahli majlis tertinggi terlebih dahulu baru dipilih menjadi Naib Presiden Umno. Mukhriz ada harapan untuk menang tiga tahun lagi kerana dia sudah ada 91 undi.

Beliau perlu bergerak menawan undi dari lain-lain bahagian di Johor dan Pahang yang banyak tidak memenangkan Mukhriz. Pada tahun 2016, Mukhriz akan berhadapan dengan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Naib Presiden Umno kerana ketika itu Khairy akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda.

Mukhriz terbukti mengikut jejak langkah Dr Mahathir yang tewas dalam pertandingan Naib Presiden Umno buat kali pertama pada tahun 1972. Dr Mahathir menang dalam percubaan keduanya pada tahun 1975.

Barangkali percubaan kedua Mukhriz pada tahun 2016 akan membuahkan hasil. Salah satu faktor kekalahan Mukhriz adalah kerana beliau tidak dapat sokongan dari Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mahu mengekalkan Pasukan Trio sebagai Naib Presiden Umno.

Oleh itu Mukhriz puas hati kalah kerana beliau bergerak secara solo dan bukannya berpasukan. ~fmt

Sunday, October 13, 2013

Sistem Pemilihan Umno Dummy

Tidak Popular Pun Boleh Menang

Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali.

 Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tersebut hanyalah "menang mudah".

"Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira sebagai satu undi."Terdapat 191 bahagian Umno.

Jika calon menang 97 bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam.

Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan.

Satu Bahagian 1 undi, bukan satu ahli satu undi, porah punya sistem

"Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno.

Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau. Syed Akhbar menerangkan terdapat kira-kira 400 pengundi setiap bahagian dan menggesa pecahan undi kepada empat calon yang menentang Khairy juga sewajarnya dikira bagi melihat jumlah keseluruhan undi popular sama ada memihak kepadanya atau tidak.

"Katakanlah terdapat 500 pengundi di setiap bahagian dan KJ menang 200 undi. Akhram menang 180 undi dan tiga lagi calon menang 40 undi setiap seorang - pengiraan akhir masih satu untuk KJ dan kosong kepada lain."Realitinya, KJ mungkin tewas undi popular.

Jadi apa berlaku kepada undi popular? Adakah KJ dan Shahrizat tewas undi popular?" soal Syed Akbar lagi merujuk kepada pencabar Khairy Akhramsyah Sanusi.

Menyifatkan pemilihan kali ini satu malapetaka, Syed Akhbar berkata Umno ketandusan bakat dan dan tidak mampu mengilap pemimpin yang lebih berkaliber. "Umno pastinya hadapi malapetaka," katanya lagi.

Dalam pada itu, Syed Akhbar juga berkata pemilihan kali ini berkecamuk dan huru-hara kerana pelbagai insiden dan kontroversi yang berlaku sepanjang proses membuang undi berlangsung daripada isu kertas undi hinggalah terdapat mereka yang keliru cara untuk memilih calon pada pemilihan kali ini.

"Ini mungkin masalah merumitkan, mungkin terdapat manipulasi.

"Apa pun yang berlaku, Umno kini berhadapan malapetaka," katanya.

Dalam keputusan pemilihan semalam, Khairy dan Shahrizat berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru. Shahrizat memperoleh 100 undi, Khairy mendapat 97 undi dan Mas Ermieyati dengan 97 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan semalam. ~tmi

Thursday, October 10, 2013

Kempen Haramkan Syiah, Rokok & Shisha... Arak Tidak Pula


SEBUAH kajian dan penelitian yang dilakukan di Loyola University Medical Center di Amerika Syarikat menyebutkan bahawa alkohol akan membuatkan zat yang membentuk tulang kurang termineralisasi sehingga tulang pun menjadi lemah dan mengalami gangguan pembentukan.

Hasil penelitian itu  juga menyebutkan bahawa alkohol akan menghasilkan bahan kimia iaitu radikal bebas. Radikal bebas ini apabila dibiarkan menumpuk akan merusak fungsi sel normal sehingga mengganggu pertumbuhan tulang seperti dikutip dari dari foxnews.

Selain itu alkohol juga akan menyerang osteopontin. Osteopontin bersamaan dengan protein lain yang disebut dengan SDF-1 berfungsi untuk membentuk sel-sel induk menjadi sel-sel tulang. Apabila osteopontin rusak, maka tulang pun akan terganggu.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Diriwayatkan dari Abu Darda’ r.a, Rasulullah bersabda, ‘Jangan kamu minum khamr sebab khamr adalah kunci dari segala keburukan,” (Shahih, HR Ibnu Majah [3371]). Khamar, arak atau alkohol juga disebut air kencing syaitan. Sepatutnya 'kencing syaitan' inilah yang patut diiklankan pengharamannya melebihi atau sekurang-kurangnya menyamai iklan pengharaman rokok. Atau seiring dengan pengharaman, rokok, arak dan dadah di Malaysia.
Kedudukan Malaysia kini di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia, disifatkan sebagai "kejayaan gelap" pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini.


Tengku Abdul Rahman melawat ke kilang arak


Khairi Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno ) bersama arak, oh bukan itu teh tarik?


Hisyamuddin Hussin Onn.. Minum arak bersama sahabat handai?
dia tibai macam minum  cocacola saja..
 
Anak angkat Dr Mahathir tengah sendawa arak tu?


Pak lah masa muda bersama botol kicap..


Pak lah minum teh?


Najib minum sirap.?


air apa tu najib?


Anak mahathir,, bapak arak...

Wednesday, October 9, 2013

Cetek Undang-undang : Anwar Tibai Zahid

 

"Tembak Dulu": Zahid perlu asas pengetahuan undang-undang




 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kenyataan 'tembak dulu' terhadap penjenayah.

Anwar berkata kenyataan yang disifatkan "tiada ruang perbincangan" terpakai hanya kepada penjenayah yang mengugut anggota keselamatan dengan menggunakan senjata seperti M-16.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, ketua pembangkang itu berkata Zahid membuat kenyataan keras dan Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh memerlukan latihan asas undang-undang jenayah dengan kadar segera.

Majlis Peguam: Menteri Dalam Negeri boleh didakwa kerana menghasut


  • Majlis Peguam: Menteri Dalam Negeri boleh didakwa kerana menghasut

Majlis Peguam mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) sebagai mengaibkan negara dan kerajaan ekoran pendedahan rakaman ucapan Menteri Dalam Negeri itu di Melaka oleh media semalam.
Majlis Peguam menegaskan tiga pengakuannya dalam ucapan tersebut adalah satu kesalahan serta tidak menghormati lunas undang-undang negara, iaitu mengenai arahan menembak tanpa beri amaran, mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dibuat mengikut arahannya dan juga tahanan tanpa bicara selama dua tahun.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan Ahmad Zahid sebagai tidak bertanggunjawab dan memalukan kerana bertindak membatasi undang-undang.

"Majlis Peguam mengutuk keras kenyataan Menteri Dalam Negeri kerana ia menunjukkan sikapnya tidak menghormati undang-undang dan hak asasi manusia serta tidak menghormati debat yang berjalan di Parlimen.

"Kenyataan beliau memalukan dan menyebabkan negara dan kerajaan diaibkan," kata Leong dalam satu kenyataan hari ini.

Leong juga mengkritik Ahmad Zahid yang sehingga kini masih lagi gagal mengemukakan bukti kononnya pemansuhan akta drakonian sebagai punca peningkatan jenayah berat kebelakangan ini walaupun telah berjanji untuk bentang di Parlimen.

"Beliau gagal mengemukakan data bukti untuk menyokong hujahnya.

"Sebaliknya, beliau dilaporkan telah berpakat dengan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Ketua Polis Negara untuk meminda PCA," katanya.

Menurut Leong, tindakan Ahmad Zahid tersebut adalah suatu kesalahan berat dan boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.

"Menteri Dalam Negeri nampaknya melampaui batas dan kemungkinan telah melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan," ujarnya lagi.

Leong juga berkata tindakan Ahmad Zahid menghalau wartawan daripada membuat liputan membuktikan beliau mengakui kesalahannya mengeluarkan kenyataan sedemikian, serta sanggup mengancam media untuk semata-mata memenuhi kehendaknya.

"Cubaannya untuk menutup mulut media adalah isyarat beliau mengakui kesalahan dalam kenyataannya," tambahnya lagi.

Semalam, media melaporkan, Ahmad Zahid semasa dalam satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka telah bercakap mengenai beberapa isu sensitif antaranya melibatkan isu penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram Melayu yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Dalam rakaman sepanjang 20 minit di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh tersebut, Ahmad Zahid telah  juga telah menghentam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Akta PCA yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya.

Undang-undang baru saya

"Kita siasat, kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti, sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada kompromi," katanya dipetik berkata dalam laman portal berita online.

Pindaan akta kontroversi PCA yang diluluskan baru-baru ini di Parlimen akan membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut.

Pindaan tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas mendapat undi 115 daripada ahli Parlimen Barisan Nasional. – The Malaysian Insider

RSB : Macam dia tuhan pulak, suka-suka buat undang-undang, nampaknya semakin jauh tersesat anak Pak Hamidi yang asalnya orang hormat sebab dia anak seorang petani dari Bagan Datoh.

10 Bilion Saham ASB2 Hanya Untuk Elit Melayu : DAP

Hanya golongan elit Bumiputera terima manfaat ASB2, kata DAP 
Manfaat Amanah Saham Bumiputera 2 hanya akan dinikmati Bumiputera daripada kalangan elit dan bukannya kumpulan Bumiputera Melayu kebanyakan, kata .

Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP itu berkata hanya 40 peratus kumpulan Bumiputera kebanyakan berpendapatan di paras RM1,686 walaupun pelan affirmatif Bumiputera telah dilaksanakan selama 40 tahun.
"Pengumuman 10 bilion unit ASB2 itu boleh dipersoalkan. Siapa yang menerima pegangan saham terbanyak?

"Untuk siapa ASB2 itu? Sudah pasti bukan kumpulan Bumiputera Melayu kebanyakan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dipertanggungjawabkan untuk melancarkan ASB2 dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham, bagi memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.

Zairil (Foto) turut berkata, laporan tahunan PNB menunjukkan purata pelaburan Bumiputera adalah RM14,097 seorang pada penghujung 2013.

Jumlah itu bagaimanapun jelasnya apabila dipecahkan mendapati tiga suku pemegang saham unit Bumiputera berkenaan hanya melabur setakat RM611 seorang.

"Hanya kumpulan elit ini yang akan menikmati hasil tambahan 10 bilion ASB2 ini, berbanding mereka yang melabur setakat RM611," katanya. -TheMalaysian Insider