Trafik

Tuesday, October 8, 2013

Husam Tegur MB Baru Untuk Kebaikan Rakyat Kelantan


Pada aku Husam menegur
Bukannya hentam melepas geram 
Takkanlah bila TGNA melepaskan jawatan Kelantan terus punah ranah? 

Husam bidas tindakan kerajaan Kelantan 

8 Oktober 2013 KOTA BHARU - Seorang Adun Pas yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan hari ini membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Datuk Husam Musa (Pas-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaanKelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat diMachang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskanpermohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutansimpan berkenaan.

Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan.

Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekasPengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan. Husam juga berkata, syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpamembuat sebarang tender.

"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Gurudahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu.

Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.

Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata, jika Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak. Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.

Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH. "Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH," katanya.

Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya.

 Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu inimenamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.

"Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya.

Husam yang ditemui di luar dewan selepas itu berkata segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju. "Kerajaan baharu ini masih jauh lagi dan apa yang saya sebutkan ini bukanlah salah kepimpinan," katanya. - SH

Menteri Perangai Buruk Ada Juga Yang Sokong

 
 Herdik wartawan: Bukan salah Zahid 100%

ULASAN
Sebagai seorang wartawan, penulis dan kini bergelar blogger kecil kesal dengan sikap menteri KDN, Ahmad Zahidi Hamidi terhadap apa yang beliau lakukan kepada seorang wartawan portal berita berbangsa Cina.

Atas kapasiti saya juga orang Melayu saya sepatutnya menyokong tindakan Zahid itu kerana portal berita berkenaan saya lihat ada unsur-unsur seperti mana Zahid tampak dan rasakan.

Tetapi sebagai seorang wartawan, penulis dan warga siber, saya tidak boleh terima apa yang Zahid tunjukkan itu. Ia tetap sesuatu yang tidak sepantasnya.

Kalaulah klik video mengenai kejadian itu benar, (berhubung aksi Zahid terhadap wartawan itu) bukan diedit, tidak sepatut Zahid bersikap demikian. Betapa dia benci dan berbulu dengan wartawan itu beliau boleh menegur secara berhemat sesuai dengan jawatannya sebagai seorang menteri kanan yang menjadi public figure.

Anwar Ibrahim juga sesekali berkelakuan dan berbuat hal yang sama, mengherdik dan memperlecehkan wartawan apabila beliau tidak berpuas hati dengan akhbar tempat wartawan mencari makan yang memutar belitkan berita mengenainya. Bahkan saya sendiri pernah diperkecil-kecil dan diherdik oleh Anwar. Tetapi tindakan Anwar tidak separah apa yang Zahid lakukan itu. Anwar hanya marah pukul 2:25 tetapi menghulur tangan bersalam pukul 2:56.

Benar Zahid menepuk-nepuk (manja) bahu wartawan Cina itu. Tetapi menepuk sambil memberi amaran begitu ia membawa konotasi lain. Ia dianggap Zahid merasakan dirinya besar, hebat dan penuh berkuasa. Apa lagi dengan wajah wartawan itu terkulat-kulat, tersenyum gelabah dan takut, mempamerkan aksi itu Zahid sebagai seorang arragont.

Zahid sebagai menteri dan pemimpin kanan Umno yang kebetulan pula sedang berdepan dengan jadual pemilihan, saya memahami perasaan Zahid dengan apa yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan. Zahid berhak merasa tidak senang kalau ia sudah dianggap melampau dan tidak profesional. Memang ada niat portal berkenaan semacam sengaja hendak memburuk-burukan Zahid walaupun isu di sekitarnya relevan untuk dibangkitkan.

Walaupun ia menyiarkan berita dengan penuh keadilan (dakwaan portal berkenaan) tetapi ada nawaitu tersembunyi yang dapat diintip. Bahawa Zahid memang jelas di-attack oleh portal berita berkenaan. Semacam portal berita itu memahami akan Zahid adalah aset kepada kekuatan Umno dan bangsa Melayu negara ini.

Tetapi seperti saya nyatakan, betapa pun begitu bukan cara itu untuk Zahid bertindak melempiaskan rasa kurang senangnya. Apa lagi bukan itu personaliti dan perangai Zahid sebenarnya. Beliau dikenali seorang berhemah dan PR-nya kelas satu apa lagi dengan wartawan. Saya yakin kalau diminta penjelasan dengan jujur dan penuh profesional beliau akan melayaninya. Maka apa yang terjadi itu ia dilihat sangat kontradik dengan sahsiah Zahid.

Saya berani menukil begini kerana saya pernah mendekati atau pun pernah minum sekali dengan beliau. Bukan saja di Malaysia tetapi hingga di Makkah. Maka saya kenal benar akan kehematan anak Pak Hamidi Bagan Datoh ini mengenai hubungan dan sifat 'berkawan' beliau dengan wartawan dan komuniti lain. Sebab itulah bila ada apa-apa majlisnya seperti hari raya dan kenduri-kendara ia penuh gegak dengan para hadirin kawan dan juga lawan.

Manakala dari segi wawasan dan pemimpin harapan masa depan, walaupun ada kalanya keputusan Zahid mengenai sesuatu hal agak melucukan atau menampakkan kelemahan beliau sebagai menteri, tetapi dari segi political will untuk bangsa Melayu sangat tinggi. Sebagai menteri beliau adakalanya gagal meletakkan dirinya konsisten dalam sesuatu isu. Tetapi dari sudut visi dan misi serta pengetahuan agama Zahid adalah antara tokoh yang dikagumi.

Saya sendiri pernah mengangan-angan yang beliau suatu hari agar beliau menjadi perdana menteri. Keistimewaan dan modal besar beliau ialah, beliau anak petani, anak orang kebanyakan. Sesekali Malaysia perlu terlepas daripada dimiliki oleh anak-anak atau keturunan bangsawan yang menyambung penguasaan kepada anak petani dan nelayan pula.

Sebagai anak petani orang kampung, Zahid lebih memahami mengenai kemiskinan, kesusahan, tahu hanyir air kubang atau miang pokok buluh dan tajamnya duri nipah. Orang seperti inilah kalau dia menjadi pemimpin tertinggi dia akan obses atau concern kepada orang miskin. Hanya pipit jugalah yang memahami masalah pipit, enggang tetap mengenali enggang yang terbang tinggi di lautan biru tanpa melihat kepada pipit di lembah. Apakah ada orang yang cemburu dan mahu menghalang Zahid?

Mengenai aksi dengan wartawan Cina itu saya tetap kesal dan menganggap tidak sepatut berlaku. Namun adalah tidak adil juga untuk menyalahkan Zahid seratus peratus. Semua orang kena fahami beliau juga seorang manusia yang tidak maksum dan ada hambatan-hambatan kehidupan tersendiri. Sepanjang seminggu bukan semua kita bahagia tujuh hari, ada juga hari yang menyempitkan pemikiran kita.

Jika diperhatikan sampai ke hari ini portal berita berkenaan terus menyinis Zahid. Rasanya kalau pun tindakan untuk membela karyawannya tetapi tidak sepatutnya ia diheret panjang apa lagi dikait-kaitkan dengan masalah di luaran. Apapun baik Zahid dan portal itu harus bersikap profesional dan saling menghormati kerjaya masing-masing. Kejernihan hubungan harus dicari kerana kedua pihak Zahid dan portal itu semuanya bertindak demi kebaikan bersama.

Dari segi profesional dan etika, apa yang didedahkan oleh wartawan berkenaan sebenarnya tidak betul. Perjumpaan Zahid itu adalah majlis personal. Justeru kemasukan wartawan portal itu (bukan jemputan) adalah menceroboh dan mencuri maklumat. Benar, kita mendapat maklumat darinya tetapi sifatnya sebagai mencuri. Jadi tidak sepatutnya apa yang dicuri itu didedahkan kepada umum apa lagi dengan tujuan mengaibkan orang lain. Ia boleh disimpan dan didedahkan pada ketika lain yang bersesuaian. Cara inilah dianggap pro.

Di sinilah kita perlu profesional. Kalau kita tidak dijemput lantas kita mendapat apa-apa yang berlaku dalam majlis personal tidak wajar dilaporkan walaupun ia mempunyai nilai berita. Kita patut tidak hadir bila tidak dijemput. Sebab itu bila Zahid mengetahui wartawan itu wartawan portal berkenaan Zahid herdik. Itu hak Zahid. Hendaknya pihak editor dan penyunting bukan sahaja portal berita berkenaan tetapi yang lain juga lebih bersikap fatanah di dalam hal ini dan tidak melampau dan akhlak hendaklah dijaga.


MOHD SAYUTI OMAR penulis dan pengamat politik.

Kementerian Belia Paling Banyak Kelepet

Amrin: Belanja K-Pop dari kantung kerajaan

Di tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya ditanggung oleh kerajaan.

Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat, termasuklah konsert K-Pop tersebut.

"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.

"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan duit pembayar cukai.

RSB : Konon nak tarik belia menonton persembahan K-Pop, padahal pembesar inilah yang beria-ia mengikut nafsu sampai sanggup menggunakan dana awam untuk memenuhi kemaruk syahawat mereka. Sepatutnya SPRM dan PDRM sudah lama tangkap pembesar yang jauh tersesat jalan ini.

Kes Rumah RM7.2juta : Nedim Bohong kata Nora Danish



NGO terima kasih atas pengakuan Nora Danish

Kenyataan jelitawan Nora Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh anak menteri pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada "Zass", sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.

NONESeniwati berstatus ibu tunggal dengan seorang anak itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz.

"Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.

Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.

Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.

Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber MK

Thursday, October 3, 2013

Pembelian Nombor Pin UPU

Ibu bapa dan pelajar SPM tahun ini boleh membeli nombor Pin bagi Unit Penempatan Universiti (UPU) di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60. 

Bawa KP dan tuliskan dalam borang tuntutan/bayaran nama anak/pelajar dan no KP serta bayarannya.

Semoga tiada masalah dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita generasi pewaris.

Pengundi Kena Sihir Hingga Tidak Kenal Mana Buruk Mana Baik

Tidak menyesalkah rakyat sokong BN yang RASUAH

HAIRAN juga, macam mana rakyat Malaysia masih boleh mempercayai Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara sehingga lebih 50 tahun, sedangkan hampir setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN.
 
 
Mungkin mereka boleh ‘pejam mata’ dengan penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku itu kerana menganggap wang dan harta bernilai jutaan dan berbilion ringgit itu milik kerajaan, bukannya milik mereka.
 
Sebab itu mereka tidak kisah atau ambil peduli berapa juta atau berapa bilion wang yang diseleweng dan dibazirkan sedangkan hakikatnya wang itu adalah milik rakyat yang membayar pelbagai cukai yang dikenakan kerajaan ke atas mereka.
 
Berlainan jadinya jika rakyat sedar bahawa wang dibazirkan, diseleweng dan dibelanjakan secara begitu boros oleh kerajaan itu adalah wang mereka, termasuk gaji yang dibayar kepada pemimpin politik dan kakitangan kerajaan.
 
Tidak tahulah macam mana rakyat masih boleh berdiam diri apabila dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan wang rakyat berjuta ringgit untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri setiap tahun.
 
Kenapa Najib dan Rosmah yang berpendapatan begitu tinggi dan kaya masih menggunakan wang rakyat, bukannya wang sendiri untuk mengadakan majlis rumah terbuka yang dikatakan dihadiri beratus ribu tetamu.
Ini tidak termasuk penyelewengan lain yang dilakukan kementerian, jabatan kerajaan sepertimana yang didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara, termasuk kecuaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyebabkan kehilangan senjata api membabitkan kos RM1.33 juta, yang juga dibeli dengan wang rakyat.
 
Sampai bila rakyat akan beri kepercayaan kepada BN memerintah

auditTidak tahu sampai bila rakyat akan sedar dan terus mengundi dan memberi mandat kepada BN yang dibarisi pemimpin yang tidak amanah, jujur dan yang mementingkan kekayaan kroni apabila dengan boros membelanjakan wang rakyat.
 
Atau rakyat mahu tunggu dan lihat negara ini bankrap dulu baru mereka mahu bertindak kerana sekarang ini mereka ‘dibuai’ dengan harapan dan janji akan diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 sebulan sebagaimana manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
 
Mereka (rakyat) masih boleh mengalah tidak membantah walaupun harga petroleum dan barangan pengguna lain kini naik mendadak.
Permasalahan juga tidak dapat dinafikan yang rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas. Jadi sekarang rakyat bukan hanya perlu bimbang terhadap ahli politik yang korup malah penjawat awam daripada atas hingga ke bawah juga turut terbabit sama.
 
Penyelewengan penbelian aset berlaku dalam jabatan kerajaan
 
Agak terkejut juga apabila dilaporkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan sehingga RM3,810 untuk membeli satu jam dinding yang harga sebenarnya hanya RM100. Rangkaian televisyen milik kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama menjadikan harga keseluruhan adalah RM76,200.
 
Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 309 barangan didapati hilang dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan. Barangan yang hilang itu direkodkan bagi tempoh 2010 hingga 2012, membabitkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.
 
Laporan menyatakan kehilangan gari mencatat kes paling tinggi iaitu sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).
 
Bagaimanapun, jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar amal dikesali yang cuba ‘lepas tangan’ apabila mendakwa kehilangan itu tidak berlaku di bawah pengawasannya kerana beliau baru saja menyandang jawatan itu.
 
Ini bermakna PDRM tidak memandang serius kehilangan senjata api berkenaan sehingga mengambil masa begitu lama untuk menyiasat.
 
Khalid juga yakin senjata api yang hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah kerana polis belum mengesan senjata api berkenaan diguna penjenayah.
 
Bagaimanapun agak lucu apabila Khalid mengandaikan kehilangan itu tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau dalam air dan tidak ada orang yang dapat.
Dalam satu yang berlaku tahun lalu, kerajaan bersungguh-sungguh menafikan usaha membawa kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 itu ditanggung menggunakan wang rakyat namun Laporan Audit Negara 2012 mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu dibawa masuk membabitkan kos RM1.6 juta wang rakyat.
 
Kementerian Belia dan Sukan itu juga ditegur kerana “berbelanja boros’ wang rakyat termasuk belanja lain untuk sambutan itu yang berjumlah hampir RM3 juta.
 
Selain itu, kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti juga dilaporkan berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 kerana ketidakseragaman dalam penyediaan ‘Bill of Quantities’ (BQ).
 
Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).
 
Maklum balas Kementerian Pengajian Tinggi yang diterima pada 19 April dan 31 Mei 2013 menyatakan perbezaan harga yang ketara disebabkan projek berkenaan ditender kepada pelaksana berbeza.
 
Tidak ada gunanya meredakan kemarahan rakyat dengan bantuan tunai BR1M atau perumahan mampu milik jika kerajaan masih memandang sebelah mata terhadap rasuah dan pembaziran Putrajaya, jabatan kerajaan, agensi awam atau firma negeri.
 
Audit puji prestasi SSIC milik Kerajaan Negeri Selangor
 
Berlainan sekali dengan Laporan Ketua Audit Negara yang berpuashati dengan prestasi Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC) yang memperoleh peningkatan lebihan pendapatan tahunan dan terkumpul pada 2011 berbanding 2009.
 
SSIC, syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.
 
Pengauditan yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2012 mendapati status kewangan SSIC memperoleh lebihan pendapatan bagi 2011 sebanyak RM1.08 juta berbanding 2009 hanya RM0.54 juta.
Sehingga 31 Disember 2011, lebihan pendapatan terkumpul SSIC adalah RM1.99 juta, lebihan pendapatan ini merupakan lebihan geran yang diperoleh daripada kerajaan negeri.
 
SSIC mencatatkan lebihan pendapatan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.54 juta, RM0.11 juta dan RM1.08 juta.
 
Audit berpendapat, pengurusan aktiviti yang cekap akan memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya menjamin pencapaian objektif.
 
Objektif utama SSIC adalah untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.
 
Berdasarkan Laporan Prestasi Pelaburan di Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan negeri itu bagi tahun 2009 hingga September 2012 adalah berjumlah RM33.81 bilion dengan 1,052 pelabur. Jumlah pelaburan ini meliputi sektor perindustrian sahaja.
 
Analisis Audit mendapati prestasi pelaburan meningkat kepada RM10.64 bilion pada 2010 berbanding RM6.75 bilion pada 2009. Bagaimanapun 2011, prestasi pelaburan menurun kepada RM8.74 bilion, disebabkan perubahan bilangan pelabur yang keluar masuk di Negeri Selangor.

RSB : Apa peduli halal haram, dosa syirik, sihir paling mudah untuk menipu pengundi,baik dalam perlawanan sesama ahli Umno sendiri seperti kes potong 18 Mona Fendi, apatah lagi dalam pilihanraya, dah banyak kes calon dan aktivis PR kena penyakit misteri.

Gila : Rang Undang-Undang Jenayah Diluluskan Larut Malam

Ketika parlimen bersidang, mereka di luar negara
Di luar Parlimen begitu lantang menentang
Masa pengundian di Parlimen mereka hilang!

Atas apa alasan sekali pun, adakah pengundi/rakyat akan memaafkan?
Yang menunaikan haji tu, takleh nak kata apalah sebab itu 'Rukun'

MP Pakatan dibidas tak hadir pengundian PCA

mk - 9:14PM Okt 3 2013
Walaupun bukan perkara yang mengejutkan apabila pindaan kontroversi kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diluluskan di Dewan Rakyat, tetapi ahli parlimen Pakatan Rakyat dibidas selepas 23 daripada mereka tidak hadir ketika pengundian dijalankan.

Ada yang menulis di Twitter untuk meluahkan rasa tidak puas hati mengenainya perkara itu.

NONEPaling ketara di kalangan yang tidak hadir semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketiadaannya amat dirasai, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir untuk memastikan rang undang-undang itu diluluskan.

Turut tidak hadir ialah anak perempuan Anwar - Nurul Izzah - yang juga MP Lembah Pantai; MP Pandan Rafizi Ramli, Karpal Singh dari DAP dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santigo.

Anwar hari ini memberitahu pemberita bahawa beberapa MP, seperti Nurul dan Charles, telah ditugaskan oleh Pakatan Rakyat untuk ke Jepun berhubung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan beliau juga dimaklumkan bahawa beberapa MP pergi menunaikan haji, termasuk Rafizi.

"Beberapa orang kembali selepas menemui Pope. Selebihnya, saya rasa urusesia sedang menyemak mereka yang tidak hadir (dan) apa sebabnya. Tetapi saya fikir secara umumnya jika anda lihat... 90 peratus sudah ada," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen.

Anwar telah dijemput bertemu dengan Pope Francis I di Rom.

NONEDi Twitternya, Latheefa Koya dari PKR (kanan) mempertahankan Pakatan Rakyat, dengan berkata, sama ada mereka hadir atau tidak, rang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 2013 akan diluluskan juga.

"(Adalah) kebudak-budakan untuk menegur MP PR (Pakatan) yang pergi mengerjakan haji - dan tidak hadir untuk (mengundi) rang undang-undang PCA. Fokus pada isu tersebut - jangan alih perhatian," katanya dalam tweet.

Sementara itu Ketua Whip PKR Azmin Ali berkata, rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari itu dengan diberi notis yang singkat.

Apa yang lebih penting, kata MP Gombak itu, ialah wakil rakyat pembangkang yang hadir telah berjuang habis-habisan menentang rang undang-undang tersebut.
NONEMP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS (kanan) memberitahu  Malaysiakini bahawa ahli parlimen berkenaan tidak menjangka perbahasan akan berlarutan hingga ke malam, jadi ramai yang mempunyai jadual lain untuk dipenuhi.

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di Aceh, Indonesia, atas jemputan rasmi manakala MP Shah Alam, Khalid Samad berada di Australia.

Sementara itu, ketua whip DAP, Anthony Loke berkata, Karpal terpaksa meninggalkan Parlimen awal kerana dia kurang sihat, tetapi itu tidak bermakna beliau "tidak peduli".

Katanya, mereka hanya dimaklumkan mengenai bacaan kedua sehari sebelumnya, ketika ada yang sudah berada di luar negara, tetapi berkata mereka yang tinggal, telah menunggu hingga melepasi tengah malam untuk menentang pindaan tersebut.

Rang Undang-undang ini diluluskan pada jam 12.50 tengah malam, selepas hampir lapan jam perbahasan, dengan 115 undi BN menyokong dan 66 undi Pakatan menentangnya.