SOLIDARITI KEADILAN LAYANG2

BERDIRI UNTUK LAYANG2 SEJAHTERA (dulu Sembrong Bangkit BP Sejahtera) Jom singgah blog bahasa Melayu ini, skopnya luas dan pelbagai termasuk Keadilan, Islam, Dakwah, Siasah, Pendidikan, Kebajikan, Kemanusiaan, Kemajuan dan Madani.

Pages

▼

Monday, July 22, 2013

Anwar: Dunia akan tumpu pada Terengganu jika PAS menang



  • Abdul Rahim Sabri
  • Malaysiakini Jul 22 2013

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon PAS Azlan Yusof bakal mengubah landskap politik Terengganu dan dianggap luar biasa dalam sejarah negeri itu.

Katanya lagi, dunia akan memberi perhatian mengenai perjalanan politik di Terengganu jika PAS berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil 24 Julai ini.

"Percayalah, menang ia akan mengubah politik Terengganu. Seluruh negeri akan menjadi tumpuan. Seluruh kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini.

"Dunia akan memberikan perhatian selepas menang dalam pilihan raya kecil," katanya dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu di Kampung Tok Saboh malam tadi. Anwar berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan akan menceritakan kepada pemimpin Islam itu, jika PAS berjaya mencapai kemenangan.

"Saya nak cerita, kalau menang PAS di Kuala Besut, akan membawa perubahan peta politik Terengganu dan dengan sendirinya berubah dengan rakyat memberi perhatian tentang kedudukan politik tanah air.

"Oleh itu, jangan menganggap pilihan raya ini suatu perkara yang kecil," katanya di hadapan kira-kira 1,000 orang. P'raya semula T'ganu rakyat untung Sementara itu, Anwar mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat agar menguatkan semangat supaya tidak dibeli atau termakan "fitnah" pihak lawan.

Beliau menyeru semua pihak dan jentera agar mengambil iktibar daripada jumlah kecil tentera Islam dalam peperangan Badar yang mengalahkan tentera kafir yang ramai dalam bulan Ramadan.

Beliau juga mengingatkan jentera dan penyokong supaya tidak berasa kecil berdepan dengan Umno yang dilengkapi dengan jentera lengkap termasuk media massa.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberi amaran, Umno turut bertungkus lumus untuk mempertahankan Kuala Besut kerana kekalahan akan mengubah peta politik negara. "Ia (menjadi) gugatan kepada kekuatan Umno dan pemimpin yang lain.

"Kemungkinan akan diadakan pilihan raya semula. Kalau ada, rakyat untung. Kedai-kedai pun untung. Kuala Besut pun untung," katanya.
Unknown at 10:22 AM
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

About Me

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.