Trafik

Tuesday, December 22, 2015

Santuni murid dengan Beg Pek unifom dan kasut sekolah


Program Back to School kembali lagi, kali ini di Dun Layang-layang. berikut adalah butirannya. Laporan Program Kembali ke Sekolah (Back To School) Pertubuhan Ikram Kluang.

Pada tarikh 19 Disember 2015 Hari Sabtu bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi dengan kehadiran lebih kurang 50 orang yang bertempat di Dewan SK Jubli Intan Renggam telah diadakan majlis penyampaian sumbangan beg pack yang berisi dengan unifom lengkap dan kasut sekolah kepada seramai 20 orang murid lelaki dan perempuan dari kalangan keluarga yang memerlukan yang tinggal di sekitar Bandar Renggam dan Pekan Layang-layang.

Sdr Ahmad Danial yang merupakan Penolong Setiausaha Ikram Negeri Johor telah sudi hadir mewakili JK Negeri untuk menyampaikan ucapan dan menyerahkan sumbangan. Satu sesi Tazkirah ringkas disampaikan oleh Sdr Hamdan Basiran, Timbalan YDP Ikram Kluang bertajuk Akhlak Mulia.

Sebagaimana yang kita maklum, Ikram adalah NGO bukan berasaskan keuntungan maka sumber sumbangan yang disampaikan tadi adalah hasil dari poket ahli dan derma orang ramai yang prihatin. 

Akhir sekali diucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya Guru Besar SK Jubli Intan Renggam, GPK yang memberi keizinan kepada kami menggunakan kemudahan dewan sekolah, Hj Ahmad Hashimy Halimy Setiausaha Ikram Kluang, Hajjah Mahizan Ketua Wanita Ikram Kluang, Sdr Ishak Sher Mohamed Ketua Cabang Keadilan Simpang Renggam yang juga aktivis masyarakat, Sdr Riduan Zakaria Anak Muda Renggam, Kak Yati Poniran Katering dan semua ibu bapa penjaga serta murid yang terlibat.

Terima kasih daun keladi, lain kali jumpa lagi. Bersama ini disertakan beberapa foto yang sempat diambil.

Hamdan Basiran. HB/RLB