Trafik

Sunday, November 22, 2015

Otot bahu Anwar koyak, takkan kami berdiam diri sahaja

Kecederaan otot bahu DS Anwar Ibrahim yang koyak sehingga beliau sukar untuk mengangkat tangan amat kami ambil berat. Apakah kita sebagai anggota parti boleh duduk rehat dan tak berbuat apa-apa?

Kempen 1 juta tandatangan bebas Anwar adalah  satu cara kami mendesak PM Najib dan menteri KDN membebaskan Anwar dan membenarkan DSAI mendapat rawatan yang sepatutnya.

Beliau bukan mahu rawatan istimewa tapi rawatan yang sesuai dengan kecederaan yang dialami. Doktor  yang kononnya menjaga Anwar mesti ditukar kerana doktor itu juga yang menuduh Anwar terlibat kes liwat 2. Macam tidak ada doktor lain.

Ia ibarat kata pribahasa dalam bahasa Jawa kasar disebut "Koyoknea arek nolong, rupaknea arek mentong" lebih kurang maksudnya, nampaknya macam hendak menolong rupaya hendak memukul. Lebih mudah kita sebut munafik atau hipokrit. Setuju?

Alhamdulillah. dengan sedikit penerangan, kempen bebas Anwar di Pasar Malam Kampung Paya Kluang mendapat sambutan. Terima kasih kepada petugas kempen Keadilan Sembrong. Lawan tetep lawan. HB/RLB










Saturday, November 21, 2015

Menyampaikan sumbangan ikut kehendak penderma itu lebih diutamakan

Apabila Keadilan Sembrong mendapat berita ada keluarga yang susah di kejiranan kami seperti di Dun Mahkota, Parlimen Kluang, maka tabung kutipan terus digerakkan dan tidak menjadi kesalahan jika sumbangan itu akan kami salurkan kepada mereka yang memerlukan mengikut kehendak penderma sumbangan tersebut. Penderma mahu keluarga ini dibantu dan kami akur.

Alhamdulillah, kepercayaan masyarakat kepada kami sebagai egen penyampai sumbangan. Kami pun bukan pemerintah, maka sudah tentu tiada peruntukan untuk kerja amal sebegini. Sumbangan diperolehi hasil duit poket kami dan derma jariah dari rakyat yang bersimpati. Tidak kiralah walaupun ia bukan berada dalam Parlimen Sembrong.

Terima kasih kepada Ketua Cabang Sembrong Sdr Mohd Yusof Ahmad, NGO Jingga 13 diketuai Sdr Jaafar Matek, Sdr Zaki dan semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini.

Sumbangan disampaikan pada 19 November 2015 Khamis yang lalu  berupa barang keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu, biskut dan milo kepada keluarga En Azhar Bin Ishak dan Pn Zuraidah Binti Sanip di 14C Jalan Orkid Kg Melayu Kluang Johor.

Beliau ada 4 orang anak, yang 3 bersekolah dan 1 lagi masih kecil, Suami bekerja sendiri dan tidak mampu bekerja berat akibat kemalangan jalanraya yang beliau alami. Terima kasih kepada semua penyumbang, moga amal diberkati Tuhan. HB/RLB

Thursday, November 12, 2015

Keadilan jadikan JDT saff hadapan menuju kemenangan

Parti Keadilan Rakyat menjadikan negeri Johor Darul Takzim sebagai saf hadapan menuju kemenangan PRU akan datang. Perkara itu dijelaskan dalam taklimat Jabatan Pilihanraya Pusat baru-baru ini di Kulai. Johor.

Untuk memastikan gelombang rakyat berupaya merehatkan PM Najib Rosmah buat selama-lamanya dalam persada politik tanahair dan dapat membebaskan serta menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM baru, maka usaha keras mesti dilakukan sekarang.

Jangan berlengah, ayuh segera merekrut petugas dan cepat-cepat mendaftar pemilih baru. Awas, jika perkara kecil ini tidak dilaksanakan sekarang, kita pula sibuk melayan helah musuh yang melaga-lagakan sesama parti dalam pakatan sehingga kita hilang fokus, maka PRU akan datang bukan sahaja kita belum menang malahan kita tidak punya kuasa untuk melepaskan DSAI dari penjara entah sampai bila apatah lagi masih ada lagi 12 lagi kes pertuduhan di mahkamah.

Kami mengambil kesempatan menjual kupon dana makan malam Keadilan Sembrong dengan kerjasama MPN Johor berharga RM50 seorang atau RM500 satu meja yang akan diadakan pada 8 Januari 2015. Sebanyak 45 meja dihidangkan masakan Tionghua dan 30 meja masakan melayu seperti Baryani Kambing dan lain-lain lagi menu istimewa.

Tetamu dan penceramah pada malam tersebut semuanya hebat-hebat belaka dari pimpinan Pakatan Harapan seperti Kak Wan, LKS, Abang Mat Sabu, Dato Saifudin Abdullah, TS Muhammad Taib bekas MB Selangor dan lain-lain lagi. Tolong dan bantu kami, moga sumbangan anda mendapat ganjaran yang besar di sisi tuhan.  HB/RLB
















Wednesday, November 11, 2015

Aduan susulan ( follow up ) atas laporan dahulu

Aduan yang dibuat kepada agensi kerajaan akan tinggal sebagai aduan sahaja jika tiada tindakan susulan. Selagi tiada tanda-tanda progresif, atau hanya cakap manis mulut sahaja ibarat tanam tebu di tepi bibir, mereka dapat tebu manis, rakyat hanya mampu ketap bibir, tanpa arahan hitam putih, selagi itulah ia dianggap GAGAL.

Kami berusaha beberapa kali ke jabatan yang berkenaan mengenai aduan tebing sungai yang dikhuatiri runtuh akibat hakisan yang membahayakan harta benda dan mengancam nyawa. Sila klik aduan

Musim monsoon atau tengkujuh akan tiba tidak lama lagi, taburan hujan akan meningkat dan kemungkinan bah besar akan berlaku. Nauzubillah. Mohon perlindungan Allah swt.

Terima kasih kepada Ketua Cabang Keadilan Sembrong Sdr Yusof Ahmad dan Komrad Koo yang tidak berputus asa, demi membantu rakyat. Sekalung tahniah daripada kami. HB/RLB


Monday, November 2, 2015

SPM Sijil Paling Muai


Assalamualaikum kepada semua calon SPM 2015.

SPM - Sijil Paling Muai (laku atau laris) baik dalam kerajaan mahupun swasta.

Tanda aras untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma atau Ijazah.

Penat lelah belajar dari darjah 1 hingga Tingkatan 5 akan diuji.

Menguji kefahamanmu mahupun kaedah guru yang mengajar, adakah ia berkesan?.

Merangsangmu belajar bersungguh-sungguh.

Keputusan cemerlang akan membanggakanmu, ibubapa dan guru.

Apapun janganlah sampai terlalu mementingkan keputusan sehingga membahayakan dirimu.

Ibubapa dan guru jangan memberi takanan kepada anak ini.

Kami doakan supaya semuanya mudah menjawab dan kejayaan mengiringimu. InshaAllah. HB/RLB (Bekas Guru)

Al-Jauhar Dar ul Takzim 1 vs 0 Al-Istaqlal


Assalamualaikum kepada semua peminat sukan No 1 di Malaysia

Bermain di negara asing, 25 jam masa perjalanan yang sangat meletihkan, permukaan padang rumput tiruan, suhu bumi Tajik amat sejuk sekitar 12 darjah Celcius, jersi lengan pendek yang tidak sesuai di iklim dingin, tubuh pemain lawan yang sasa dan besar, penyokong lawan yang membanjiri stadium mereka, tetapi itu bukan halangan, asalkan ada kesungguhan dan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi juara. Tahniah JDT kebanggaan Bangsa Johor dan Malaysia. - HB/RLB