Trafik

Friday, July 31, 2015

Jemputan Sambutan Aidilfitri Keadilan Sembrong + Kluang #selamathariraya



Kluang : Assalamualaikum. Majlis Jamuan Aidilfitri Keadilan Cabang Sembrong dan Kluang akan diadakan pada:

1 Ogos 2015 Sabtu
8.00 - 12.00 malam
di Hadapan Bilik Gerakan Utama (BGU) Keadilan Cabang Sembrong
Taman Seri Impian Kluang.
Tetamu Wakil dari Keadilan, Dap, GHB dan NGO.

Semua dijemput hadir. Terima kasih.


Sunday, July 26, 2015

Koleksi Foto Sumbangan Ramadan di Felda Kahang Barat 2015



Felda Kahang Barat, Kluang : Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi kali ini, Keadilan Cabang Sembrong dengan kerjasama Ranting Kahang Barat telah menyampaikan sumbangan ramadan kepada beberapa penduduk sekitar Kahang Barat.


Terima kasih kepada penyumbang beras dan barang-barang dapur khusussnya pek makanan peduli rakyat dari MB Selangor. Semoga sumbangan yang tak seberapa dan ala kadar ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang susah dan memerlukan akibat kenaikan harga barang, meningkat harga bahan api, kejatuhan nilai ringgit dan tekanan GST.



Diharap parti yang memerintah Johor sekarang yang mencanang dengan slogan rakyat didahulukan tidak lupa golongan ini. Jika dapat disalurkan sumbangan seperti barangan dapur, makanan kering dari berbagai pihak kepada kumpulan sasar ini lagi bagus. Keadilan mengalu-alukan, asalkan ia menguntungkan rakyat. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Saudara Jalil dan Saudara Yusof yang menyampaikan sumbangan. Terima Kasih



















































Galeri Foto Edaran Kurma Di Bazar Ramadan T6 2015



Taman Sri Lambak (T6) Kluang : Dengan Lafaz Alhamdulillah, sempena kedatangan Ramadan dan Syawal 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi kali ini, Keadilan Cabang Sembrong dengan kerjasama Ranting T6 telah menyampaikan sumbangan buah kurma untuk berbuka puasa kepada para peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan T6.

Berbanyak terima kasih kepada penyumbang kurma dan petugas pembungkusan. Semoga sumbangan yang tak seberapa dan ala kadar ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama kita.

Keadilan ambil maklum mengenai masalah peniaga yang terpaksa berniaga di premis tanpa bumbung atau kanopi sebagaimana tahun yang lalu dan kemerosotan jualan yang amat ketara pada tahun ini. Yuran sewa tapak di sini amat berpatutan berbanding di Bazar Ramadan lain yang mencecah ribuan RM yang amat menekan peniaga Islam dan Melayu.

Kami maklum ada pihak berkuasa tempatan (bukan Kejora) dan parti yang memperjuangan melayu kononnya yang mengambil untung atas angin. Mereka mencekik darah di atas jerit perih peniaga ini bolehlah kami ibaratkan sebagai Melayu makan Melayu...

Bak kata peniaga kuih " Kami berniaga sekarang dalam keadaan bertahan sahaja, dapat balik modal dan ada lebihan untuk bagi duit raya cucu pun sudah memadai". Ini semua disebabkan ramai pengunjung kekurangan duit tunai dan ramai yang mahu berjimat cermat akibat beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Keadilan amat mengalu-alukan semua bentuk idea dari mana-mana pihak, NGO atau parti mana sekalipun bagi mengatasi masalah ini, apa yang penting ia menguntungkan rakyat. Tahniah kepada semua yang terlibat termasuk kebenaran pihak Kejora bagi kami menyampaikan sumbangan. Terima kasih.