Trafik

Sunday, August 31, 2014

4 bulan gaji sangkut punca merusuh - MTUC



Kulaijaya : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menawarkan diri untuk bekerjasama dengan majikan dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan aduan yang dibangkitkan pekerja asing. Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Bernama langkah ini akan turut membantu mengekalkan keharmonian perindustrian di negara ini.

Beliau mengulas dakwaan rusuhan oleh 800 pekerja Nepal di kilang JYC HDD Technology Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit, Johor, awal minggu ini. Insiden serupa turut dilaporkan di cawangan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Tebrau.

Khalid berkata MTUC mendapat aduan bahawa pekerja terbabit didakwa dianiayai dan ada antara mereka tidak dibayar gaji empat bulan. Bagaimanapun, Khalid berkata ini tidak bermakna MTUC membiarkan keingkaran atau tindakan merusuh dilakukan pekerja, sebaliknya sentiasa menggalakkan pekerja supaya "melindungi hak mereka menerusi saluran perundangan." - Bernama

Nota : Kebajikan pekerja mesti diutamakan, kasihan melihat pekerja disumbat dalam bagunan rumah kedai, tiada kipas, bilik air tidak mencukupi, bila hari gaji, berbagai alasan yang diberi kepada pekerja, ada pula yang memanggil pihak berkuasa seperti PDRM, Imegeresen & Rela untuk operasi menangkap, seronoknya dan senangnya perbuatan menganianya pekerja, gaji tidak perlu bayar. Majikan sebegini mesti dihukum. Ini bukan zaman hamba abdi tetapi malangnya, sudah 57 tahun merdeka, kapitalis ini masih tidak sedar.

Tipu wang menang hadiah berleluasa di Kluang


Kluang: Sindiket penipuan SMS dikesan memperdaya lebih 10 mangsa di daerah ini dengan taktik memberikan soalan teka teki mudah sebelum ‘menyedut’ semua wang dari akaun bank mangsa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya sudah menerima banyak laporan polis berkaitan kes penipuan SMS dipercayai dilakukan sindiket berkenaan membabitkan kerugian antara RM2,000 hinggga RM5,000 setiap seorang.

Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menghantar sms kepada mangsa dan memberitahu mangsa memenangi peraduan anjuran syarikat produk minuman, syarikat petroleum atau syarikat telekomunikasi. “Mangsa bagaimanapun perlu menjawab beberapa soalan melalui SMS.

Soalan yang diberi suspek amat mudah untuk dijawab. “Suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun bank diberikan dengan alasan bagi memproses pemindahan wang yang dimenangi,” katanya. Mohd Roze berkata, kebanyakan mangsa terpedaya dengan suspek selepas diarahkan pergi ke mesin juruwang automatik (ATM) untuk mengaktifkan sistem perbankan internet.

sekelip mata

Menurutnya, suspek akan memberi tunjuk ajar berhubung cara mengaktifkan sistem perbankan internet supaya sindiket memperoleh akses kepada akaun mangsa. “Penjenayah kemudian memindahkan semua wang mangsa ke dalam akaun lain dalam sekelip mata.

“Ada mangsa mendakwa pernah kehilangan wang dari akaun mereka beberapa bulan selepas itu kerana suspek masih mempunyai nombor pin dan kata laluan untuk akses ke akaun milik mereka,” katanya. Beliau menasihati orang ramai tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan tawaran diberikan, sebaliknya segera menghubungi pihak polis.



 “Orang ramai juga boleh merujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) atau balai polis berhampiran untuk nasihat lanjut,”katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30 Metro

Nota : Berhati-hati apabila menerima SMS yang mengatakan anda memenangi hadiah peraduan daripada syarikat berjenama masyhur apatah lagi sendiket ini memang mengambil kesempatan kerana tahu ramai orang kesempitan wang terutama selepas sambutan hariraya.

Saya juga antara mangsa SMS tersebut yang menyebut saya memenagi hadiah peraduan sebanyak RM14 ribu dari syarikat pertoleum berlambang kerang. Mujur saya abaikan dan bertanya sendiri dengan pihak syarikat. Kita berharap pihak PDRM segera menangkap dalang sendiket penipuan  ini dengan kerjasama pihak bank.

Pesara tentera berhak miliki MH370

Alor Gajah: Teka-teki mengenai siapa pemilik sebenar nombor pendaftaran kenderaan MH370 terjawab apabila ia sebenarnya ‘harta’ seorang warga emas dari Melaka. Sebelum ini, gambar sebuah kereta Proton Wira menggunakan nombor plat berkenaan menjadi ‘viral’ dan tersebar di laman sosial, tetapi sebenarnya ia hasil teknik pengubahsuaian gambar.

Gambar itu tersebar berikutan tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Semakan Metro Ahad mendapati nombor plat berkenaan yang didaftar pada sebuah motosikal Honda C70 adalah milik pesara tentera, Othman Ahmad, 68.

“Bertahun-tahun motosikal ini hanya terbiar di dalam bengkel anak sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki dari Merlimau, Jasin mahu membeli motosikal berkenaan dengan harga RM500.

“Ketika itu saya tidak sedar nombor pendaftaran motosikal berkenaan sama dengan kod pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang. Apabila anak sulung beritahu, baru saya tersedar dan tidak mahu menjualnya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, di sini, baru-baru ini.


Foto

OTHMAN dan isteri, Radhiah Penjot, 64, menunjukkan geran motosikal yang didaftarkan atas namanya. 

Othman berkata, tidak lama selepas itu seorang lelaki mendakwa dari Mersing, Johor datang menawarkan harga sama untuk membeli motosikalnya. Katanya, dia sekali lagi menolak kerana nombor pendaftaran MH370 ada sejarahnya yang tersendiri.

 “Nombor pendaftaran MH370 menjadi satu sejarah dan hanya saya menggunakan nombor pendaftaran itu. Saya turut bersimpati dengan mangsa serta ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat yang sehingga kini belum ditemui,” katanya.

Othman yang pernah bertugas di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah berkata, dia membeli motosikal itu pada 1979 di Masjid Tanah dan dibawa ke Sabah sebelum berkahwin dan berpindah semula ke kampungnya di Kampung Ramuan China Besar.

bergaya

“Ketika itu (1979), menunggang motosikal ini cukup bergaya kerana harga kereta waktu itu mahal, jarang orang lain dapat menggunakannya, tetapi saya dapat milikinya dan dijaga elok hinggalah saya bersara,” katanya. Othman berkata, dia sanggup menjual motosikal itu dengan nombor pendaftaran sekali jika sesuai harganya kerana berhasrat menderma sebahagian wang jualan kepada badan kebajikan dan masjid. “Motosikal itu sudah lama rosak.

Selepas berbincang dengan keluarga, daripada terbiar dan tersadai, apa salahnya saya jual jika kena dengan harganya. “Jika ada yang sanggup beli dengan harga berpatutan, saya akan jual kerana berhasrat menderma sebahagian hasil jualan kepada badan kebajikan dan masjid, manakala selebihnya untuk kegunaan sendiri,” katanya yang mempunyai enam anak berusia 20 hingga 41 tahun.

 Othman berkata, motosikal itu tidak pernah terbabit dengan kemalangan dan dia masih menyimpan geran motosikal itu dengan baik. “Selama ini tidak terlintas pun akan dikenali kerana motosikal ini orang lain tidak pernah pandang pun tetapi selepas pesawat MH370 hilang, ramai mencari siapa pemilik kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran MH370.

“Saya dimaklumkan ada yang sanggup meminta bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengesan pemilik nombor kenderaan MH370 ini sebelum mereka dapat cari saya,” katanya yang kini menternak lebih 200 kambing serta ayam kampung. Rakan Othman, Sazali Puteh, 56, berkata, mungkin ada pihak tertentu akan mengambil kesempatan berikutan nombor pendaftaran MH370 menjadi perhatian.

 “Saya harap Othman berhati-hati dengan pihak yang ambil kesempatan dengan apa dimiliki dan pastikan individu membelinya (motosikal) ikhlas dan jujur,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/31 Metro

Nota : Tahun 79 ramai aanggota tentera yang pencen pun tidak mampu membeli kereta baru, kebanyakan hanya berupaya membeli motosikal atau yang mempunyai keluarga ramai terpaksa membeli kereta terpakai.

Kasihan anggota perwira kita yang berjuang bukan untuk berperang tetapi berjuang untuk menstabilkan ekonomi poket sendiri demi mencari nafkah hidup berkeluarga selepas bersara .

Sebab itu scot ini sangat sayang dengan motosikal tuanya jenama Honda c70 kerana jasanya yang tidak terhingga. Sempena Merdeka ini amat wajar rasaya pengeluar motosikal Boon Siew Honda membeli semula jentera dua roda klasik ini dengan harga yang berbaloi dan dipamerkan di muzium.

Saturday, August 30, 2014

10 Kerusi milik PAS dijangka hilang - Mike Tyson

Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.

Shah Alam : Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor. Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. 

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi. "Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.

PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

trend pengundian

Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR. Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar. "Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri. "Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak.

Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat. "Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.

Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun. Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama. "Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan.

Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC. "Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.

"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. – 30 Ogos, 2014. (TMI)

Nota : Kita bimbang parti Islam ini menyerlah pendiriannya mirip Ngo Ultras Melayu Perkasa dan Isma yang pro ketuanan melayu berlabel Islam. Apakah perwakilan muktamar setuju?

Akhbar Utusan Tidak Laku



Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, demikian lapor The Star.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan dari syarikat penerbitan yang dikuasai Umno itu lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas. Kerugian bersih untuk setengah tahun bagi Utusan Melayu meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi penerbitan, pengedaran dan segemn pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 juta - yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas . 

Syarikat itu juga merupakan penerbit akhbar-akhbar berbahasa Melayu termasuklah Utusan Malaysia dan Kosmo, Mingguan Malaysia, Kosmo Ahad, sebuah mingguan bertulisan Jawi dan majalah Wanita, Mastika, Hijab Fesyen, Ibu dan Anak, Insta, Saji, Infiniti, Harmoni, Al -Islam dan URTV.

persaingan

Ia memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia menjangkakan separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar memandangkan persaingan yang semakin meningkat bahagian pasaran hasil pengiklanan. "Bagaimanapun, kami akan terus dengan strategi pembaikan kandungan akhbar dan menawarkan pakej kreatif untuk iklan.

"Kami juga akan terus mengamalkan strategi menjimatkan kos berhemat dalam operasi perniagaan kami," kata Utusan Melayu dalam satu kenyataan. Strategi termasuk pembekuan pengambilan kakitangan baru dan juga "pemantauan secara agresif" terhadap kos pentadbiran, pengeluaran dan kakitangan.

Nota : Bagaimana mahu lariskan akhbar kalau asyik sebar berita fitnah dan perkauman, bagi penyokong tegar pro UBn yang dahulunya selalu kelihatan bangga menyisip akhbar ini di bawah ketiak tetapi sekarang suasana itu amat jarang kita jumpa.

Inilah padahnya apabila orang lain berniaga hendak mencari untung tapi akhbar ini mahu mencari musuh, lalu kehilangan pembaca, pelanggan yang diharapkan membeli akhbar dari kalangan ahli Umno pun tidak minat membaca, asyik khayal dengan hiburan terbitan Astro. Jangan marah jika diejek orang ibarat berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap.

Melabur RM6 bilion kepada Mas tindakan sewel



DAP Perak membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan suntikan dana RM6 bilion oleh Khazanah ke dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai satu bentuk pelaburan. 

"Tiada rakyat Malaysia yang percaya apabila Najib menyifatkan suntikan RM6 bilion itu sebagai satu pelaburan dan bukan langkah menyelamat. "Kenapa seorang pelabur yang waras mahu melabur dalam syarikat yang sudah kerugian RM4.3 bilion dalam masa tiga tahun lalu," kata ketua biro pembangunan ekonomi DAP, Ching Zhemin dalam kenyataannya.

Menurut Chong, jelas bahawa kerajaan cuba menyelamatkan MAS dan tidak membenarkannya untuk memfailkan kebankrapan seperti yang biasa dilakukan syarikat lain dalam situasi sama. Beliau turut mengkritik cadangan MAS untuk memudahkan perpindahan kakitangan dan menyemak semula kontrak kakitangannya.

Menurut Chong, tindakan seperti itu, termasuk perlindungan dari segi legislatif ke tas MAS hanya boleh dibuat sekiranya syarikat tersebut memfailkan notis kebankrapan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965. Menurut Chong, MAS masih boleh beroperasi di bawah pengurusan syarikat baru menggunakan nama yang sama sekiranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia membenarkannya berbuat demikian. MK

Nota : Kita bimbang kerajaan cuba menyelamatkan kerugian MAS dengan melabur banyak wang ke syarikat rugi itu boleh jadi lebur dan akhirnya berkubur. Ia boleh diibaratkan 'mencampak batu ke dalam kolam, batu tenggelam ke dasar', duit habis disapu, MAS tetap rugi memanjang...

Thursday, August 28, 2014

Keadilan merayu PAS mudahkan bukan menyusahkan



Sebetulnya kena sebut Keadilan (Orang luar akan baca PKR) menolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana. Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.

Nota : Walaupun bekas MB Khalid telah rasmi meletak jawatan tetapi beliau terbukti berjaya menjadi agen memecah belahkan mengikut kaedah pecah perintah, tidak dapat memegang tampuk negeri paling kaya pun tidak mengapa asal dapat membahagi pakatan rakyat PAS, DAP dan Keadilan mengikut acuan akhbar Utusan yang sering memuja-muji beliau bagaikan ada udang di sebalik mi.

Pas cenderung untuk tunjukkan bahawa semua ini salah DS Anwar dengan langkah Kajang, lalu menolak Kak Wan dan menyokong bersama bentuk kerajaan unity PAS+Bebas+ Umno + Lompat, pecah lagi, grup Pas yang meyokong Pakatan yang membantah dituduh parasit dan tidak wala', pecah lagi, kumpulan akar umbi Pas yang setia bersama PR tak setuju, pecah lagi, ada yang kata nak tubuh parti Islam baru, tambah pecah-pecah dan pecah lagi.

Bagi UBn bila PR bergasak sesama sendiri maka terlupa untuk melawan rasuah, rasis dan kenaikan harga barang, kerajaan Najib sekarang lebih menjurus kepada kenaikan kos sara hidup sedangkan kita mahukan kenaikan kualiti hidup dari segi kemudahan, perumahan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan  dan keamanan dari jenayah yang menakutkan sekarang.

Kita bimbang akhirnya Pas dan Pakatan berpecah dan tidak dapat diselamatkan. Moga muktamar PAS kali ini di Johor akan mengukuhkan lagi persaudaraan sesama PR, biar kita jadi pendakwah atau dai yang mudahkan bukan menyusahkan. Ameen.

Wednesday, August 27, 2014

Tun M Idam Putrajaya : TS Musa Hitam



KL : Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan berpuas hati jika terdapat klon beliau mentadbir Putrajaya, kata bekas timbalannya Tun Musa Hitam, merujuk kepada serangan terbaru bekas perdana menteri itu terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Musa yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1981 hingga 1986 bersama Dr Mahathir berkata, bekas majikannya itu tidak akan berpuas hati dengan mana-mana pemimpin. "Beliau hanyak akan berpuas hati jika terdapat klon Mahathir yang menjadi pemimpin berkuasa di Malaysia," kata Musa dalam satu temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Musa merujuk kepada kritikan Dr Mahathir baru-baru ini ke atas Najib, di mana bekas perdana menteri tersebut memberi 7 sebab mengapa Najib gagal. "Lihat kepada semua timbalan yang bekerja dengan Mahathir sepanjang 22 tahun. Saya antara yang dianggap sebagai merbahaya," katanya.

"Tun Ghafar Baba (1986-1993) dianggap sebagai baik, setia. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1993 -1998) boleh dianggap sebagai pengikut beliau paling teruk, Anwar dikatakan tidak setia dan buat itu dan ini.

tampuk

"Tun Abdullah Ahmad Badawi (1999-2003) pula dianggap seorang yang baik," katanya. Bagaimanapun, Musa berkata Abdullah juga senasib apabila disingkirkan Dr Mahathir daripada tampuk kuasa kerana dianggap lemah. "Tapi selepas seketika, Mahathir melihat Abdullah sebagai perdana menteri Malaysia paling teruk dan lemah.

"Mahathir tidak gembira kerana Abdullah tidak mengikut telunjuknya, jadi beliau disingkir," katanya. Selepas Najib dipilih sebagai pengganti Abdullah, Dr Mahathir secara terbuka memuji perdana menteri pilihannya itu dan menasihati Najib dalam banyak perkara.

"Tapi selepas Najib mula mentadbir mengikut caranya sendiri dan mengambil keputusan mentadbir tanpa gangguan, ia menjadi lebih buruk dan buruk kepada Mahathir.

"Mahathir berasa Najib tidak mendapatkan nasihatnya dalam isu yang penting tetapi dikatakan terpengaruh dengan orang luar," katanya. Musa berkata, alasan Dr Mahathir yang mengatakan kritikan tersebut hanya sekadar nasihat lembut tidak boleh dipercayai memandangkan sudah mengenali strategi bekas majikannya itu. "Itu adalah Mahathir, jangan percaya dengan kata-kata beliau mengatakan kritikan ke atas Putrajaya adalah bertujuan untuk nasihat yang baik.

amaran

"Matlamatnya adalah untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya," katanya memberi amaran. Bercakap kepada The Malaysian Insider di pejabatnya di Hampshire Place, Kuala Lumpur, Musa kelihatan tenang dan membangkitkan banyak isu yang berlaku khususnya mengenai pentadbiran Najib.

"Satu-satunya cara untuk memuaskan hati Mahathir ialah dengan meletak klon yang sama dengan beliau di tampuk kuasa," katanya. Musa berkata, isu di sini bukan mengenai demokrasi dalam Umno, tetapi ia sebenarnya adalah tentang bekas perdana menteri tersebut.

Beliau berpendapat, keterbukaan yang dipamerkan Najib dalam pentadbirannya lebih baik berbanding sebelum ini, malah sepanjang di tampuk kuasa tidak ada lawannya yang dipenjarakan.

"Najib sudah memperlihatkan kesanggupan menerima kritikan dari dalam dan luar Umno," katanya. "Jika semasa zaman Mahathir, sebarang kritikan dalam media arus media perdana dibuat ahli politik Umno maka kariernya akan tamat serta-merta," katanya.

hilang arah

Musa menyifatkan kritikan dan komen buruk Dr Mahathir hanya mewujudkan rasa tidak selamat dan hilang arah tujuan di kalangan ahli Umno sendiri. "Malaysia mengamalkan negara demokratik dengan had tertentu, ia mungkin tidak sempurna tetapi Umno perlu belajar menghadapinya.

"Setakat ini ia kelihatan baik walaupun banyak kritikan, Najib kelihatan tenang dan tidak tergugat," katanya. Berbeza ketika zaman Dr Mahathir, kritikan yang banyak seperti diterima Najib sekarang tidak dihadapi bekas perdana menteri tersebut, kata Musa. "Mahathir tidak pernah hadapi sebarang kritikan sama seperti Najib hadapi sekarang ini," katanya.

Musa menyifatkan perkara ini sebagai sesuatu yang positif bagi Najib, menerima kritikan yang bertimbun khususnya daripada laman portal. "Jika kamu tidak tahu untuk menghadapi demokrasi, ia akan memakan diri kamu semula," katanya.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata, beliau menarik balik sokongannya kepada Najib dengan berkata segala tegurannya dalam pelbagai isu hanya sampai ke telinga yang pekak.

"Saya tidak ada pilihan melainkan menarik balik sokongan saya. Ini tidak berkesan, jadi saya kritik," katanya sambil menambah Najib bukan lebih baik berbanding Pak Lah. "Banyak polisi, pendekatan dan tindakan kerajaan di bawah Najib memusnahkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara," katanya.

ISA

Antara isu yang disenaraikan ialah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sikap 'lemah' Najib terhadap negara jiran dan penggunaan wang negara untuk mendapatkan sokongan rakyat setiap kali pilihan raya. Sehingga kini, pemimpin Umno sangat berhati-hati dengan reaksi mereka terhadap kritikan pedas dan terbuka Dr Mahatahir terhadap Najib.

Nota : Sesiapa yang menghalang Tun M dari menguasai Putrajaya akan disekat habis-habisan, dulu masa Sultan ada kebal, Tun M gubal undang-undang benteras, hari-hari ditayang filem Melayu Cathay Keris pasal Sultan yang zalim.

Masa Pak Lah, beliau benci sangat dengan geng KJ tingkat 4, sekarang dia meluat amat dengan kementerian wanita pertama yang dicipta semata-mata untuk memuaskan RM, tiba-tiba DS Anwar dengan Langkah Kajang pula muncul, lagilah dia jaki dan mesti ditolak habis-habisan, sebab DSAI ini musuh ketat kerana kerekter pemimpin Abim ini lebih menonjol berbandiang beliau.

Beliau hanya selamat bila legasi putrajaya dipegang oleh waris beliau iaitu Mukhriz MB Kedah, takut bila Anwar naik beliau akan diheret ke mahkamah dan sabit kesalahan lalu dipenjarakan. Skrip ini sudah sama macam kita kembali ke arah negara feudal di mana sultan ataun raja-raja menabalkan anak sendiri sebagai penguasa "Untuk mempertahankan diri" seperti kata Allahyarhan Seniman Ajiz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok

Tuesday, August 26, 2014

Mogok dan Merusuh Bila Majikan Tindas Pekerja

pekerja asing mogok

Kulaijaya : Sebuah kereta pengurus kilang diterbalik dan dibakar dalam satu kejadian mogok oleh kira-kira 800 pekerja asing kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit, Kulai, Johor Selasa.

Kejadian dikatakan bermula pukul 9 pagi menyebabkan bahagian depan pejabat pengurusan kilang itu rosak kerana dibaling objek keras. Tindakan mogok itu didakwa dilancarkan berikutan rasa tidak puashati pekerja terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka.

Seorang pekerja warga Nepal, Kishor Rai, 23, yang sudah bekerja selama lima tahun berkata, tindakan mereka itu dilakukan kerana pekerja warga asing itu sudah tidak dapat bertahan dengan penindasan terhadap mereka.

“Mereka (pihak pengurusan) sering memukul kami walaupun hanya melakukan kesalahan kecil tanpa memberi teguran atau berbincang terlebih dahulu,” kata warga Nepal itu ketika ditemui di tempat kejadian. Selain itu, beliau mendakwa gaji bulanan mereka sering dipotong dan elaun kerja lebih masa tidak dibayar mengikut jumlah sepatutnya.

aduan

Gaji dipotong untuk kemudahan hostel pekerja sedangkan sebelum ini ianya dijanjikan secara percuma untuk pekerja. Kishor berkata, pelbagai aduan telah dikemukakan namun penindasan masih berterusan dan mereka berharap majikan bersikap lebih prihatin terhadap mereka selepas kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supt Mohad Idris Samsuri mengesahkan kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku. “Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dan menambah kata pihak pengurusan kilang akan mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja dan pihak kedutaan Nepal.

 Beliau berkata seramai 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. –BERNAMA

Nota : Masih ada lagi majikan yang menganggap pekerja ini sebagai abdi atau bahasa kesatnya kuliy. Pekerja sepatutnya mejadi aset kepada majikan kilang, tanpa pekerja, perusahaan akan terbantut. Di tempat saya ada majikan yang tidak menghargai pekerja malah selalu menindas dan memperlekehkan peranan pekerja bawahan, semasa cuti orang lain seronok cuti, pekerja ladang ini menjaga ternakan dengan amanah, tetapi akibat tidak tahan ditindas, sehingga gaji untuk dihantar kepada keluarga di kampung lambat dan kadangkala tidak dibayar maka dia nekad membiarkan ternakan melata tanpa dijaga sehingga terlepas dan akibatnya, banyak ternakan yang terkena penyakit lalu mati bergelimpangan. Ibarat 'nasi sudah menjadi bubur', majikan zalim tadi tidak dapat berbuat apa-apa malah kerugian mencecah jutaan ringgit. Baru padan muka!


Monday, August 25, 2014

Malaysia (Johor) Kecundang Dalam Perjanjian Air, Batu Putih, Tanjong Pagar



Johor Bahru : Dalam tempoh beberapa minggu lagi perintah panel arbitrasi London akan diputuskan, sama ada kerajaan Malaysia untuk sekian kalinya tewas dan di dalam kes ini Malaysia terpaksa membayar levi sebanyak lebih kurang RM2.12 bilion kepada kerajaan Singapura, ataupun keputusannya memihak kepada Malaysia agar levi yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ini kepada Khazanah Nasional tidak perlu ditunaikan.

Akar punca kepada isu ini ialah berkaitan bekas tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, Singapura. KTM yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia telah diberi hak untuk mengurus sebidang tanah di Tanjong Pagar secara pajakan selama 999 tahun yang seluas 217 hektar melalui satu perjanjian yang telah dimeterai semenjak era kolonial British lagi.

Stesen keretapi ini menempatkan pusat kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kerajaan Malaysia, justeru menjadikan para pengguna perkhidmatan keretapi ini berada di dalam zon sempadan negara yang kabur, di mana lokasi stesen itu adalah wilayah Malaysia sedangkan secara fizikalnya dikelilingi oleh Singapura.

perjanjian

Di dalam perjanjian berkenaan, KTM tidak dibenarkan membangunkan wilayah anugerah tersebut, dan ianya hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja. Oleh yang demikian, Malaysia tidak dapat mengkormesialkan wilayahnya di Singapura ini kecuali syarat pajakan tersebut diubah dengan persetujuan Singapura.

Bagi mengatasi masalah persempadanan ini, pada tahun 1998 kerajaan Singapura telah menaiktaraf stesyen keretapi Woodlands sebagai pusat CIQ yang baru, dan seterusnya mendesak KTM supaya memindahkan operasi stesyennya ke Woodlands.

Sehinggalah pada tahun 2010, melalui pendekatan ‘memberi dan menerima’, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memindahkan pengoperasian KTM ke Woodlands dan menyerahkan kembali stesyen keretapi Tanjong Pagar ini kepada Singapura bermula 1 Julai 2011.

termansuh

Apabila operasi KTM berpindah ke Woodlands, secara automatik perjanjian yang telah dimeterai selama ini termansuh, dan kerajaan Singapura berjaya mengambil alih wilayah Malaysia ini melalui desakan undang-undang domestiknya yang bersifat kata dua kepada kerajaan Malaysia.

Kerajaan Singapura sudah tentu setelah berjaya mengambil alih wilayah kabur seluas 217 hektar ini dari Malaysia, akan memajukannya dengan pelbagai lagi projek hartanah bernilai berbilion dolar.

Sebagai timbal balasnya, beberapa projek pembangunan telah dirangka untuk manfaat bersama kedua-dua negara yang mana termasuklah menubuhkan usahasama untuk membangunkan projek hartanah di empat bidang tanah di Marina South, dan dua bidang tanah lagi di Ophir Roche, dengan Malaysia mempunyai 60% pegangan saham dan Singapura pula sebanyak 40% pegangan saham.

Dipercayai nilai hartanah projek usahasama ini sebenarnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai semasa bekas tanah KTM di Tanjong Pagar jika ianya boleh dikomersialkan.

levi tersembunyi

Namun kegagalan kerajaan Malaysia untuk memastikan tiada sekatan terhadap hak, untuk bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan wilayahnya sendiri ketika memeterai perjanjian berkenaan, seharusnya menjadi pengajaran yang berguna kepada pemimpin generasi sekarang.

Akan tetapi, mengapa pula di dalam terma rujukan JV ini tidak mengambil kira halangan-halangan dan muslihat terkemudian seperti levi yang menyusahkan ini?

Kerajaan Malaysia berulangkali terpedaya dengan muslihat diplomatik Singapura. Ketika Malaysia mempunyai hak yang sangat jelas untuk membina 'jambatan bengkok', keputusan ditarik semula hanya gara-gara kononnya menghormati perjanjian air 1961 dan 1962.

Sedangkan Singapura dilihat dengan begitu mudah memperdayakan perjanjian pajakan 999 tahun tanah wilayah Malaysia dengan undang-undang domestik yang diperkenalkan.

Kerajaan Malaysia perlu menjadikan sejarah Thailand yang walaupun terlewat 23 tahun 'diperalatkan' oleh Singapura melalui MoU pertahanan yang dirangka sehingga membolehkan SAF secara unilateral menggunakan pangkalan udara dan ruang udara Thailand untuk kepentingan strategik Singapura di rantau Asia Tenggara ini, namun kesedaran untuk tidak selamanya dicaturkan oleh Singapura akhirnya membolehkan MoU yang tidak seimbang tersebut dinaiktarafkan supaya Thailand juga mendapat hak yang sewajarnya di dalam hubungan bilateral mereka bersama Singapura selepas ini.

Sesungguhnya sejarah telah merakamkan bahawa sesuatu transformasi hanya boleh direalitikan apabila sesebuah kerajaan mempunyai sang ketua yang berprinsip dan tegas. Pilihannya hanya dua, sang ketua berubah atau sang ketua diubah. Rakyat selalu disuruh tukar cara hidup, kita desak pemerintah bodoh ditukar. Sumber Rakyat Marhaen

Nota : Hanya pemimpin yang bijak, berani, tiada hutang keliling pinggang dan ikhlas sahaja yang mampu menjaga tanahair dari diceroboh dan ditipu dalam perjanjian dengan negara jiran. Ini bukan salah Dap, Lim Kit Siang atau bangsa Tionghua tetapi salah pemimpin Melayu utama yang menggadai maruah negara.

Saya sebagai anak jati Johor keturunan jawa sangat dukacita di atas apa yang berlaku. Pada pandangan mata kasar ia nampak hebat dan maju tetapi hakikatnya ibarat 'Menang sorak kampung tergadai' apabila hendak bangunkan tanah sendiri kena bayar levi RM2.12 bilion, patutkah?

Sunday, August 24, 2014

Sudah Sampai Masa Pesalah Rogol Direjam Sampai Mati



Beberapa bulan yang lepas, negara kita telah dikejutkan dengan dua kes rogol yang amat menggemparkan. Pertamanya adalah di Kelantan di mana dua remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai dengan kejam oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya.

Ini diikuti oleh satu lagi kejadian dilaporkan di Johor, di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai oleh enam orang anggota tentera.

Terdapat beberapa kes rogol lain yang dilaporkan di media saban hari dan ada antaranya melibatkan tahap keganasan yang tidak masuk akal. Malahan, statistik dari pihak polis mendedahkan bahawa terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda kes rogol yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2009.

Pada tahun 2012, hampir 3,000 kes rogol telah dilaporkan. Ini bermakna lapan kes rogol dilaporkan setiap hari. Kemungkinan besar lebih banyak lagi jenayah seksual yang tidak dilaporkan, menjadikan kadar sebenar kejadian mungkin lebih membimbangkan dari yang disangka seperti yang dapat dilihat sekarang.

'Aku peduli'

Situasi yang membimbangkan ini telah mendorong kami untuk menganjurkan Hentikan Rogol: Aku Kisah!, satu tindakan untuk menentang rogol dan keganasan seksual yang lain. Inisiatif ini untuk:

Meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa rogol dan keganasan seksual perkara yang langsung tidak boleh diterima.

Menuntut tanggungjawab setiap negeri untuk menangani jenayah rogol dengan efektif.

Setakat ini, kami telah menganjurkan forum awam di Kelantan dan pelbagai aktiviti di Sabah dan pada waktu ini kami sedang menganjurkan beberapa program yang lain di seluruh negara. Selain daripada perhimpunan ini yang diadakan di Kuala Lumpur, program yang sama juga telah dilangsungkan di Marudi (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), dan Ipoh (Perak).

Semuanya merupakan penentangan terhadap jenayah rogol dan pelbagai keganasan seksual. Apa kami mahu? Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang tersedia untuk menghukum perogol, ia masih gagal di peringkat negara, negeri dan masyarakat untuk menyedari betapa seriusnya keganasan seksual yang kini menjadi kelaziman di negara ini.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia – daripada pihak pentadbiran perdana menteri hinggalah rakyat jelata – untuk menyedari bahawa jenayah rogol satu wabak di negara kita. Setiap orang haruslah mengambil langkah untuk mengatasi punca rogol hingga ke akar umbi.

Bagaimanapun, kami juga menyeru kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini:

(1) Pencegahan 

Memperkenalkan pendidikan pencegahan dan program kesedaran umum untuk mengatasi pemikiran stereotaip terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap sesuatu gender yang telah mendorong keganasan seksual berlaku di negara ini. Kementerian Pelajaran, Kesihatan, serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalas tugas yang penting untuk menjadikan perkara ini satu realiti. Perlaksanaan awal dan efektif terhadap program ini satu langkah yang penting untuk menyingkirkan prejudis yang berlaku sejak sekian lama. Prejudis ini mengakibatkan penafian hak seorang gadis dan wanita serta membahayakan keselamatan mereka dalam masyarakat. Statistik kejadian-kejadian keganasan perlu dikumpul secara sistematik dan dijadikan maklumat umum demi menjelaskan betapa seriusnya keganasan seksual agar tindak balas berkesan dilaksanakan.

(2) Perlindungan 

Kami menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan perlindungan sewajarnya diberikan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia yang menjadi mangsa keganasan seksual. Kerajaan juga seharusnya menyediakan pusat-pusat khidmat yang secukupnya di setiap negeri di Malaysia terhadap mangsa keganasan seksual, tanpa mengira agama, bangsa atau kerakyatan seseorang mangsa itu. Mangsa rogol memerlukan persekitaran selamat, bebas daripada trauma yang berpanjangan dan perlu dibantu dalam menegakkan keadilan. Dalam masa yang sama, masyarakat di Malaysia juga haruslah komited dalam meningkatkan kesedaran dan sedia mengambil tindakan terhadap insiden keganasan seksual yang sedang berlaku di kalangan masyarakat. Kita harus sedar bahawa menjadi tanggungjawab setiap individu dan komuniti untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan tidak stereotaip terhadap jantina, atau dalam erti kata lainnya keprihatinan terhadap gender .

(3) Pendakwaan & hukuman

Penguatkuasaan yang efektif untuk memastikan pesalah laku keganasan seksual dapat dipertanggungjawabkan. Protokol menangani keganasan seksual yang sedia ada perlu dipatuhi dengan lebih tegas. Penguatkuasa undang-undang, pegawai kehakiman, pegawai perundangan haruslah dilatih dengan lebih baik untuk memastikan penyiasatan dan pendakwaan dilakukan dengan berkemahiran, cepat dan pantas, menyeluruh, dan dapat dilaksanakan ke tahap tertinggi, tanpa mengambil kira tempat kejadian, bangsa, atau agama mangsa jenayah seksual. Buat masa ini, kurang daripada 10 peratus kes rogol yang dilaporkan di bawa ke muka pengadilan. Daripada jumlah ini, dianggarkan kurang dari satu pertiga berjaya disabitkan. Keadaan sebegini mengesahkan kekurangan kerajaan Malaysia dalam menangani keganasan terhadap wanita secara berkesan.

(4) Peruntukan ganti rugi atau pampasan 

Memastikan terdapat khidmat sokongan yang berkesan dengan mudah terhadap mangsa keganasan seksual di segenap pelosok negara. Usaha-usaha ini termasuklah menyediakan tempat perlindungan, sesi kaunseling dan khidmat pemulihan. Sistem penjara juga haruslah diubah dengan memberi tumpuan terhadap tempoh rehabilitasi yang lebih panjang di dalam penjara bagi pesalah laku keganasan seksual.

Sejajar dengan isu di atas, kami juga ingin memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah dan melaksanakan tanggungjawab seperti terdapat bawah Perakuan Umum No 19 oleh Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

Mengapa Citizens Against Rape? Citizens Against Rape ditubuhkan pada tahun 1987 rentetan daripada peristiwa rogol dan bunuh dengan kejam seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun, Ang Mei Hong di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ia menjadi landasan bagi orang awam untuk memprotes terhadap jenayah rogol dan bunuh yang kejam seperti: Audrey Melissa George (1999), Noor Suzaily Mukhtar (2000), Canny Ong (2003). Pada hari ini, kami menggelar diri kami Citizens Against Rape untuk memberikan satu jalan dan harapan untuk semua tanpa mengira jantina, umur, etnik, agama atau bangsa.

Untuk menamatkan jenayah ini. Kita semua harus memainkan peranan.

GABUNGAN ORGANISASI WANITA BERTINDAK BAGI KESAMARATAAN GENDER (JAG) terdiri daripada Pusat Kesedaran Wanita (WCC), All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Sisters in Islam (SIS), Association of Women Lawyers (AWL), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Perak Women for Women Society (PWW) dan Sabah Women Action Resource Group (SAWO). Sumber MK

Nota : Jenayah rogol ada pekej tersendiri berpunca dari beberapa perkara yang nampak ringan tetapi natijah atau kesannya berat seperti mabuk arak- rogol, Vvip nampak gadis dahi licin  - rogol (sampai sekarang bebas malah jadi pengerusi salah satu GLC lagi) , majlis maksiat - rogol, pergaulan bebas -rogol, dadah dan bahan yang mengkhayalkan -rogol , pendedahan aurat - rogol, internet porno - rogol , vcd lucah dan ubat perangsang yang berleluasa termasuk minuman kopi kuat -rogol.

Hendak salahkan siapa dalam hal ini seperti jalan gelap, jalan sunyi, semak samun, belakang lorong, rumah terbengkalai, parkir yang berjauhan dari orang, ladang sawit pun boleh menjadi lokasi rogol.

Sudah sampai masa perogol dihukum rejam sampai mati jika dia sudah bernikah atau sudah merasai nikmat berkahwin, bagi lelaki bujang hendaklah disebat 100 kali. Parti dan NGO Islam sepatutnya ke hadapan dalam isu rogol ini, nampaknya kita hanya suka berpolitik dan bercakaran sesama kita sedangkan NGO mereka yang mendahului, mana ostaz yang  lantang menyelar...  lupakah agenda tegakkan syariat?



Saturday, August 23, 2014

Insiden Lahad Datu Hanya Drama PRU13 - Jenderal Bersara

Insiden Lahad Datu hanya drama, kata perwakilan PKR

Shah Alam : Perwakilan PKR daripada Perak Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid mendakwa insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu tahun lalu hanya drama semata-mata untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Lumut itu berkata, insiden yang mengorbankan 10 anggota keselamatan itu berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya dan pernah berlaku sejak 1986, namun tidak ada tindakan sivil diambil Putrajaya. "Tetapi pada 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan.

Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat. "Oleh kerana kita lihat ia berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya iaitu pada Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk Mac (PRU13)," katanya ketika membahaskan usul politik dalam Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

perajurit

Beliau turut menyifatkan istiadat menghormati jenazah mangsa nahas MH17 yang dibawa pulang daripada Belanda semalam sebagai 'berlebihan' berbanding penghormatan terhadap perajurit yang mempertahankan kedaulatan negara. “Bukan kita kata tidak boleh tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tetapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang kita mati meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan sebegitu. "Inilah yang kita minta kerajaan memberi penjelasan kepada kita," katanya.

Beliau mendakwa, penubuhan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) merupakan tindakan politik apabila hanya kawasan milik Barisan Nasional (BN) saja yang mempunyai kawalan keselamatan tetapi tidak Sandakan yang dikuasai DAP.

apa tujuan

"Apabila Esscom diperkenalkan, ia melibatkan 10 daerah. Dalam 10 daerah itu ada 5 kawasan Parlimen, ada 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi BN kecuali Sandakan, apa tujuan peristiwa Lahad Datu? Ia merupakan satu permainan politik yang dilakukan BN.

"Oleh itu kami membuat memorandum supaya meminta kepada perdana menteri membubarkan Esscom tetapi memartabatkan Majlis Keselamatan Negeri Sabah," katanya. – 23 Ogos, 2014- TMI

Nota : Sama macam kes Al-Maunah seolah-olah negara diancam teroris sebagaimana agenda yang dikehendaki kapitalis Amerika menyebabkan pada pilihanraya 2004 PR kehilangan banyak kerusi Dun dan Parlimen, ramai juga ustaz-ustaz lepasan Pakistan ditahan akta zalim tanpa bicara ISA, orang bukan Islam takut kepada Islam dengan istilah 'Islamphobia'.  Berapa kali mahu ulang siar cenetron sebegini, kaedah yang sama cuma skrip ubahsuai sedikit.

Dalam Parlimen yang mulia YB Pakatan suruh beli radar canggih untuk mengawal trafik di sempadan dan untuk pertahanan negara dari diceroboh tak mahu.  Jadi macam lucu, sebab udara dan laut kita luas, anggota keselamatan mengawal sempadan sini, penceroboh masuk ikut pintu sempadan lain, dalam hal ini,siapa lebih cerdik?


Friday, August 22, 2014

Wanita Terlibat Siri Jenayah Ragut, Pecah Kereta, Curi Kenderaan

... jenayah yang kian berleluasa terutama mencuri, merompak dan meragut

Gambar hiasan

Johor Bahru: Dua wanita antara tiga orang yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang penyamun menggigit pegawai dan detektif polis di Jalan Sri Lanang, Kota Tinggi, Selasa lalu. Mereka yang berusia 20-an itu dipercayai rakan jenayah suspek yang terbabit dalam kegiatan samun tepi jalan dan pecah kereta di sekitar bandar raya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, semua suspek ditahan sekitar Kota Tinggi dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap mereka turut mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, suspek pertama yang ditahan mempunyai tujuh rekod jenayah serta kesalahan berkaitan dadah dan mereka direman sehingga 26 Ogos untuk siasatan lanjut. “Kejayaan menahan mereka membolehkan polis menyelesaikan 16 kes samun tepi jalan, empat kes pecah kereta dan lima kes curi kenderaan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan, Seri Alam, Johor Bahru Utara dan Kota Tinggi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

digigit

Kelmarin, akhbar ini melaporkan seorang inspektor dan detektif dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, cedera digigit suspek samun ketika bergelut untuk menahan lelaki berusia 29 tahun itu. Sebelum itu, pegawai dan anggota polis berkenaan bersama mangsa samun berjaya mengesan penjenayah itu di kawasan Pandan melalui isyarat telefon bimbit iPhone milik mangsa yang dilarikan.

Suspek dikatakan menyamun mangsanya, seorang wanita berusia 37 tahun di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sutera, Taman Pelangi pada jam 7.15 pagi Selasa lalu, selepas melarikan beg tangan wanita terbabit di dalam kereta apabila mangsa berhenti untuk membeli roti.

Bagaimanapun, suspek yang menaiki kereta jenis Nissan Sentra berjaya ditahan pada jam 9.30 pagi di Jalan Sri Lanang, Kota Tinggi selepas bergelut dengan pegawai dan anggota polis. Kereta digunakan suspek dilaporkan hilang dalam di Seri Alam dan polis merampas dua parang, wang tunai RM1,069, enam telefon bimbit, peralatan pecah rumah dan beg.

“Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan suspek pertama turut disiasat mengikut Seksyen 332 kanun yang sama kerana mencederakan kakitangan awam,” katanya. Metro

Nota : Apa nak jadi dengan wanita zaman sekarang yang sudah tidak malu untuk melakukan jenayah. Jika dadah menjadi punca, akibat ketagih dan mahu mendapatkan bekalan dadah tetapi tiada wang maka sanggup melakukan jenayah untuk melepaskan gian.

Sudah sampai masa pihak berkuasa membentaras pengedaran dadah dan selamatkan generasi kita dari terjebak dengan dadah dan yang sama waktu dengannya seperti arak, samsu dan judi yang semuanya mendatangkan gian dan ketagih.

Slogan Cegah Sebelum Parah jangan dipandang sepi, agak kerap juga pihak berkuasa membuat sidang media menjumpai kilang dan kes penyeludupan dadah tapi tidak jumpa pula pengedarnya yang menjadi dalang. Malaysia mempunyai kanun yang paling berat menghukum gantung sampai mati kepada pengedar dadah tetapi gejala dadah tetap berleluasa. Apakah ini bala? wallahua'alam.

Mayat Misteri Rentung Dalam Rumah Lim Guan

Nusajaya: Satu keluarga terkejut apabila anggota bomba dan penyelamat yang selesai memadamkan kebakaran rumah mereka di Jalan Silat Sinding 16, Bandar Selesa Jaya di sini, menjumpai satu mayat rentung di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pemilik rumah, Kelly Lim Guan Hong, 38, tiada di rumah kerana keluar menjemput tiga anaknya dari sekolah di Skudai di sini, manakala suaminya bekerja di Singapura. Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati beberapa anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran rumahnya sebaik pulang menjemput anaknya.

“Saya keluar rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari dan seingat saya tiada keadaan mencurigakan ketika itu, bahkan saya mengunci pintu rumah seperti setiap kali keluar.

Foto

UNIT Forensik Bomba menyiasat mayat rentung ditemui, semalam.

terperanjat

“Selepas anggota bomba selesai memadamkan api, saya terperanjat apabila dimaklumkan menemui mayat rentung di tingkat atas. Saya tidak tahu siapa kerana semua lima ahli keluarga tiada di rumah ketika kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian.-Metro

Nota : Pelik, apakah mayat misteri masuk menceroboh rumah itu yang menjadi punca kebakaran rumah ini. Tidak dikenalpasti apakah jantina mayat itu. Hati-hati kerana api ini kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

Menyamar RELA Pecah Rumah Berleluasa Di Johor

Foto


HASNAN menunjukkan uniform Rela serta peralatan samun dan pecah rumah yang dirampas.

Johor Bahru: Sepasang suami isteri antara 10 suspek yang ditahan polis dalam operasi cegah jenayah sejak kerana dipercayai terbabit dalam jenayah jalanan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Pasangan berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah di bandar raya ini mengesan kenderaan yang mencurigakan kira-kira jam 12.45 tengah malam 10 Ogos lalu.

Pasangan berkenaan cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui tiga pisau, pistol mainan, gari dan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah. Polis turut menemui uniform Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), komputer riba dan dokumen pengenalan diri serta kad juruwang automatik (ATM) dipercayai milik mangsa mereka.

positif dadah

Semakan rekod kesalahan mendapati kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mereka juga positif dadah jenis methamphetamine. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, dengan penahanan pasangan berkenaan dipercayai dapat membantu pihaknya menyelesaikan empat kes pecah rumah di kawasan Johor Bahru Selatan.

Menurutnya, selain pasangan suami isteri itu, polis percaya menumpaskan tiga lagi kumpulan yang aktif melakukan jenayah jalanan serta pecah rumah berikutan penahanan beberapa orang berusia antara 20 hingga 30-an. Katanya, mereka antara kumpulan penjenayah yang mendalangi beberapa jenayah pecah rumah, samun tepi jalan dan pecah kereta di sekitar Johor Bahru.

“Antara kumpulan yang berjaya ditumpaskan itu membabitkan penahanan dua lelaki dan dua wanita di Kota Tinggi dan Seri Alam, Selasa lalu. “Satu lagi kumpulan berjaya ditumpaskan berikutan penahanan dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun di Setia Indah, 8 Ogos lalu,” katanya.-Metro

Nota : Hasrat membantu pasukan keselamatan memang bagus tetapi pihak Kementerian Dalam Negeri yang menjaga Ikatan Relawan (RELA) mestilah memantau pengagihan uniform kepada anggota mereka. Kadangkala lagak mereka boleh diumpamakan "lebih kuah dari sudu". Jangan ingat rakyat tidak perhatikan perangai dan fe'el mereka bila pakai uniform.

Keadilan kesal dengan bekas MB Selangor

Peluang Keadilan Cerah Di Pengkalan Kubur Dengan Kerjasama Pas Kelantan

Wednesday, August 20, 2014

Kak Wan lambang persepakatan berbilang kaum

wan azizah

KL: “Sekiranya Wan Azizah dipersalahkan sebagai satu kes nepotisme, maka saya rasa kesemua tiga parti komponen Pakatan Rakyat boleh tutup kedai.” Demikian ulasan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual eksklusif bersama Roketkini mengenai kedudukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon yang dipersetujui Pakatan Rakyat bagi mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

“Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Namun apa yang lebih penting kata Rafizi ialah apa yang boleh ditawarkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Menurut Rafizi, Selangor memerlukan seorang menteri besar yang mampu mentadbir secara berpasukan dan mengambil kira pandangan semua pihak.

figur pepaduan

“Calon Menteri Besar mesti diterima semua pihak dalam Pakatan sebagai simbol dan figur perpaduan. Apa yang kita benar-benar perlukan sekarang ialah kepimpinan berkonsensus dan mampu mengharmonikan semua pihak,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan. Kata beliau lagi, berikutan perpecahan akibat pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selangor benar-benar memerlukan pemimpin yang boleh menjanjikan perpaduan.

“Kak Wan boleh menawarkan pentadbiran yang lebih inklusif dan konsultatif,” ujarnya sambil menambah hanya Wan Azizah sahaja yang diterima ketiga-tiga parti Pakatan untuk menjadi calon menteri besar yang baru. “Kalau pun kita ada calon yang mungkin lebih baik, tetapi jika DAP tidak mahu, atau PAS tidak mahu atau sebahagian PKR tidak setuju, (maka) tidak selesai juga,” tambah beliau lagi.

Menurut Rafizi, banyak pihak memandang rendah potensi Wan Azizah untuk memenangi sokongan pengundi wanita – segmen pengundi yang kurang dipujuk dalam kempen Pakatan menjelang pilihanraya umum ke-13 yang lalu. Namun, Wan Azizah akhirnya dicalonkan secara sebulat suara sebagai Menteri Besar Selangor yang baru setelah Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya Ahad lalu bersepakat menolak Khalid Ibrahim atas faktor-faktor integriti dan disiplin parti.

Saturday, August 16, 2014

Anak Perempuan Kirsa Parsi VS Ratu Balqis



Apa Hukum Wanita Jadi MB? Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipilih sebagai menteri besar Selangor bukan kerana beliau wanita tetapi kerana sebab-sebab lain.“Saya tidak pernah kata setuju Dr Wan Azizah jadi menteri besar Selangor.

Ada beberapa sebab lain untuk beliau tidak menjadi pilihan. “Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh menjadi MB menurut Islam, bahkan mereka kata dalam semua urusan.

Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri besar perlu dinilai semua,” katanya menerusi blog DrMaza.com.

menyelar

Hadis Rasulullah yang menyelar kaum wanita untuk diangkat sebagai pemimpin perlu dilihat dalam konteks yang sebenarnya dan tidak boleh disandarkan secara umum, kata beliau.

Bekas mufti Perlis itu berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya.

Semalam, sebuah blog Pena Minang menerangkan secara terperinci mengapa wanita tidak sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin menerusi perspektif Islam.Hujah yang diutarakan oleh M Afifuddin menerusi portal itu turut menyandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari berkenaan dan memberikan pandangan secara menyeluruh mengenai perspektif wanita sebagai pemimpin.

maharani

Asri berkata hadis yang dijadikan hujah itu mempunyai teks dan konteksnya yang tersendiri iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani.

Katanya, Abu Bakrah juga menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpinan isteri Rasulullah, Siti Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman Al-Affan di zaman pemerintahan khalifah Ali Ibni Abi Talib.

“Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.

“Al-Quran dalam surah Al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba atau dalam riwayat Yahudi dengan nama Balqis.“Kebijaksanaannya mengatasi menteri lelaki kabinet kerajaannya.

kebijaksanaan

Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman. Ia bukti kejayaan wanita,” katanya.Asri berkata Umar Al-Khattab juga pernah melantik Syifa binti Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.

“Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki,” katanya menguatkan lagi hujahnya. ~tmi


Khalid Ibrahim Dan Tropicana Twister



Akibat Terlalu banyak Baca Komik Agak nya perkara ini terlalu sukar untuk difahami. Inilah akibatnya bila terlalu banyak membaca komik gila gila. Atau baca 2-3 muka surat setahun. Atau ingat memadai menulis kebijaksanaan yang didapati dari perbualan dikedai mamak.

Isu Khalid Ibrahim pada saya mudah. * Pertama Khalid Ibrahim ini bebal atau tidak? Jawatan MB ini bukan suatu jawatan yang dipilih secara lansung oleh rakyat. parti yang mana kamu jadi ahli telah mencadangkan nama kamu sebagai MB dan cadangan itu pula disetujui oleh rakan2 lain.

Maka kamu jadilah MB. * Apabila parti yang menjadi penaung kamu sudah tidak ada lagi keyakinan terhadap kamu, dan memutuskan supaya kamu diganti, kamu sepatutnya secara hormat dan muliakan diri, berundur. * Parti2 lain yang dahulu nya bersetuju dengan parti penaung, mestilah ada keyakinan keatas tindakan yang diambil oleh parti tersebut. * Adalah salah dari segi prinsip, parti lain pula yang menjadi galang ganti mempertahankan seorang yang partinya sendiri tolak.

hiba

 Adalah menjadi suatu yang memalukan, sesudah tidak ada mandate daripada parti kamu, kamu kesana sini menjual cerita hiba kamu untuk mendapat simpati dari pihak lain.

Dan pihak lain pula tidak ada presence of mind untuk merujuk perkara tersebut daripada parti yang menaungi pengadu yang melalak sana sini. Kenapa Khalid berdegil sangat untuk kekal jadi MB.

Adakah nyawa nya bergantung kepada jawatan tersebut? Adakah jika tidak jadi MB, dia akan masuk jel? Adakah ianya bersangkut paut dengan cara misteri dia menyelesaikan hutang RM66 juta nya? Khaid tak boleh kata ini perkara peribadi.

mencagar

Bila berhutang dahulu, Khalid was a nobody. Dia hanya seorang yang telah diberi saham Guthrie dan mahu mencagar saham tersebut untuk membiayai pembelian saham Guthrie. Bila dia mahu lunaskan hutang, dia berjawatan MB.

Adakah kah orang ingat, Rashid Manaf mahu melayani Khalid Ibrahim kalau dia hanya seorang adun dari Ijok atau pelabuhan Kelang? Siapa yang membayar hutang ini? Khalid kata dia pinjam dari bank lain untuk bayar hutang dengan bank Islam.

Saya tidak pernah dengar ada bank lain membeli suatu bad loan dari bank lain. Apa cagaran yang Khalid boleh beri kepada bank baru tersebut?

 Adakah dia takut cerita sebenar penjualan tanah kepada Tropicana dan kemudian Tropicana jual pula kepada Ecoworld akan terdedah? Jika terdedah ianya akan mendedahkan bagaimana crook nya si Kalid ini. Tropicana dan Ecoworld adalah business oligarchs.

20 tahun

Adakah Khalid sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan business oligarchs ini? Pertama tanah ratusan ekar itu dijual kepada Danny Tan pemilik Tropicana secara bayaran installment. Selama 20 tahun.

Si Danny Tan membayar pendahuluan hanya RM50juta. Setahu saya jika bayaran belum disempurnakan, hak milik masih dalam tangan kerajaan. Jika demikian, bagaimana Tropicana boleh jual kepada Ecoworld pada harga yang berlipat ganda tanpa menyerahkan hak milik?

 Tropicana sebetulnya menjual asset kerajaan. Jika Khalid membenarkan ini terjadi dia telah commit breach of trust. bagaimana ini boleh terjadi kecuali dengan izin MB? Bererti MB telah terlibat dalam transaksi yang mencurigakan.

 Tapi ini semua butiran2 mengenai tindakan2 yang mencurigakan. Ianya akan terburai kelak. Prinsip asasnya ialah:- Jika parti yang nominate kamu sudah menarik balik nomination tersebut, maka adalah perkara yang terhormat lagi mulia kamu berundur. Ini bukan suatu pengwarisan dari bapak kita. -sakmongkol

Bila PM Makan Angin Mesti Ada Perkara Pelik Berlaku



Mediterranen : Sekali lagi, rakyat Malaysia berhadapan misteri kehilangan Perdana Menteri, yang sesuai dijadikan karya penulis Singapura Shamini Flint di mana watak utamanya Inspektor Singh tangkas melakukan siasatan.

 Blogger pro-Barisan Nasional Syed Akhbat Ali menulis di dalam blog Out-Syed The Box, kehilangan Perdana Menteri itu dari tanahair telah memasuki hari ketiga belas, satu tempoh yang lama bagi sebuah negara ditinggalkan tanpa peneraju.

 Kehilangan PM ini menunjukkan masalah yang sering dikaitkan dengan kepimpinan Najib, gemar mendiamkan diri di dalam pelbagai isu, hilang secara misteri dan bersikap “cakap tak serupa bikin” di mana beliau gemar bermewah-mewah sedangkan rakyat dituntut berjimat cermat.

perbelanjaan

 Najib sendiri tidak menafikan bahawa banyak wang diperuntukkan bagi kunjungannya yang diiringi para pegawai, yang didakwa bagi kepentingan negara. Malah perbelanjaan bagi isterinya yang tidak berstatus pemimpin kerajaan sering dilakukan kerana Perdana Menteri “menyayanginya” dan “risaukan keselamatannya”, mengikut penjelasan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Kepimpinan perlukan tindakan, dan pemimpin wajar dilihat melakukan tindakan. Rakyat juga perlu melihatnya bertindak secara jelas. Sepertimana seorang nakhoda yang mengemudi kapalnya, beliau perlu memegang kemudi agar dapat meraih kepercayaan anak-anak kapalnya.

 Selain batang tubuhnya dilihat, beliau juga perlu memimpin melalui teladan dan mengamalkan nasihat yang diberinya kepada para pengikut. Jika tidak orang akan berkata, dia hanya pandai cakap sahaja. Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun asyik menyepikan diri di saat-saat krisis, atau lebih tepat persis cip coklat popular: “sekejap ade, sekejap tak ade”.

percutian misteri

 Selain mendiamkan diri secara elegan, Najib juga kerap “hilang” di dalam penjelajahannya yang digelar laman berita Asia Sentinel sebagai “percutian misteri”. Kali ini menurut laporan yang diperoleh daripada sumber yang rapat dengannya, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur ditemani rakan lama Low Taek Jho, atau juwatan Jho Low serta kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia.

 Mereka merentas sempadan Eropah sambil berhenti di lokasi-lokasi mewah. Pengarang Asia Sentinel John Berthelsen di dalam artikelnya berkata, selepas sidang akhbar di Belanda berhubung nahas MH17 pada 1 Ogos, Najib sibuk dengan urusan peribadi.

 “Selepas sidang akhbar, menurut sumber dari Malaysia, perdana menteri dan Rosmah terbang ke Paris. Mereka diiringi jutawan Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar...” Berthelsen berkata kumpulan itu dipercayai mengunjungi Sardinia, di Itali sebelum ke Cannes di Peranchis, sebelum kembali ke Sardinia dengan sekumpulan ahli perniagaan Malaysia berbangsa Cina.

gaya hidup

 Usaha Asia Sentinel mendapatkan lokasi tepat Najib tidak berhasil kerana Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha akhbarnya enggan memberi maklumbalas. Jadi wajarkah Perdana Menteri kita makan angin di lokasi percutian mewah sedangkan rakyat Malaysia disaran berbelanja secara berhemah atau mengubah gaya hidup ketika berdepan kos sara hidup yang tinggi?

 Kita perlu soal samada kunjungan ini dibiayai wang rakyat? Atau jika tidak, siapa yang membiayainya? Adakah sesuai bagi percutian Perdana Menteri dibayar pihak-pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda mereka? Kita harap ia bukan menggunakan wang kerajaan. Percutian Najib bersama isteri juga dilakukan ketika negara masih berduka akibat tragedi berkembar MH370 dan MH17 dalam bulan Mac dan Julai tahun ini.

 Menurut Berthelsen, lawatan itu mungkin telah dirancang terlebih dahulu tetapi ia masih boleh dibatalkan kerana insiden yang menimpa negara. Inilah sikap “cakap tak serupa bikin” yang sering dipamer Perdana Menteri. Jika beliau boleh membatalkan majlis rumah terbuka rasmi kerana menghormati mangsa kedua-dua nahas penerbangan itu, mengapa beliau tidak membatalkan percutiannya?

 Najib bukan sahaja gemar mendiamkan diri malah sering menghilangkan dirinya di dalam percutian misteri. Adakah beliau berterusan membelanjakan wang di kala rakyat Malaysia sedang berkabung atau berdepan kos sara hidup yang makin meningkat? Perlantikannya sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau bertanggungjwab kepada kita, rakyat Malaysia, dan bukan sebaliknya. -theantdaily

Nota : Apakah kemelut di Selangor juga dirancang atau kebetulan kerana tarikhnya sama dengan tarikh percutian Najib dan Kak Ros supaya beliau dilihat innocent atau tak rasa bersalah. Wallahua'alam

Tuesday, August 5, 2014

Penyelesai Masalah Gerobok Pakaian Penuh

Foto
Foto
Foto
Kajang : Sebaik menerima panggilan daripada pelanggan yang ingin menjual pakaian mereka, berbekalkan penimbang dan kereta dengan but yang dikosongkan, wanita ini mula menuju destinasi menerusi alamat diberikan.
Sampai di rumah pelanggan dia terus melihat semua pakaian yang dikumpulkan tuan rumah supaya ia berada dalam keadaan baik iaitu tidak koyak, berbau atau kotor. 
Kemudian, Rasmi Abdullah, 31, menimbang semua beg plastik yang dikumpulkan bagi menentukan bayarannya. Untuk satu kilogram (kg) dia membeli dengan harga RM1 tanpa mengira jenis atau jenama. 

Jika ada rezeki, semua barang diterima berjenama dan masih elok, jika sebaliknya wanita ini tidak kisah kerana apa yang penting dia dapat membantu mereka mengosongkan almari pakaian dan membantu wanita membeli pada harga murah.
Jelasnya, untuk satu-satu rumah, jumlah pakaian yang dapat dikumpulkan tidak menentu. Dia juga tidak bertanya jumlah berat pakaian yang ingin dijual.

“Apa yang saya lakukan, sekiranya mereka menelefon dan ingin menjual pakaian saya hanya datang ke tempat dinyatakan saja. Banyak atau sedikit itu tidak menjadi masalah. Ada yang hanya 10kg pun saya terima, ada pula sehingga mencecah 350kg. Bayangkan dengan kudrat wanita yang tidak seberapa, saya perlu mengangkat semua pakaian masuk ke kereta,” ujarnya yang menetap di Banting, Selangor.

Menceritakan bagaimana boleh menceburi kerjaya ini, ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan, sejak remaja dia memang suka melepak di kedai ‘bundle’. 

Baginya, bagaikan satu kepuasan apabila dapat melihat pakaian berjenama yang masih elok dan cantik kemudian dijual pada harga murah. Kebiasaannya pakaian yang masih cantik dan elok dipakai akan menjadi miliknya.

Dari situ, dia memikirkan mengapa tidak menjadikannya sebagai perniagaan. Lalu dia mencari pemborong pakaian ‘bundle’ dan menjual di pasar pagi Sungai Jarum. Bekerja sebagai penulis sambilan tidak menjadi masalah untuk mengatur jadual ini kerana kebiasaannya dia ke pejabat pada jam 11 pagi, jadi ia langsung tidak mengganggu minat berniaga.

Menjual barangan ‘bundle’ ada cabarannya kerana tidak semua pakaian yang dibeli berada dalam keadaan elok. Pernah satu ketika, semua pakaian langsung tidak boleh dijual kerana koyak dan lusuh.

“Dalam hal ini saya menanggung kerugian sehingga RM950 untuk dua beg. Walaupun sudah meminta penjual menggantikan semula dengan pakaian lain, proses ini memakan masa lama sehingga saya sendiri malas menghubungi mereka semula,” ujarnya.


Berhenti kerja jual barang terpakai

Disebabkan tekanan kerja ditambah suami yang sering bertugas di luar daerah, Rasmi terfikir menjalankan perniagaan sendiri. Oleh kerana sudah bermula secara kecil-kecilan dia nekad berhenti kerja untuk menjadi peniaga barangan terpakai sepenuh masa.

“Untuk mendapatkan pelanggan, apa yang perlu saya lakukan adalah menjalankan promosi menerusi laman sosial. Sama seperti peniaga lain yang menggunakan Facebook dan Instagram sebagai medium mempromosikan produk, saya tidak terkecuali. Saya mencari sebanyak mungkin rakan atau melihat laman sosial selebriti terkenal untuk mencari pelanggan. Dari situ, saya iklankan mengenai perkhidmatan membeli pakaian terpakai dari rumah ke rumah. Sekiranya tuan rumah tidak mampu mengumpul atau mengasing-asingkan pakaian yang ingin dijual, saya bersedia melakukannya,” katanya.

Namun, bagi mengelak kekeliruan, Rasmi sudah menjelaskan mengenai syarat jual beli serta prosedur bayaran. Antaranya meminta pelanggan membasuh terlebih dulu pakaian supaya bersih. Ini kerana Rasmi hanya menerima pakaian bersih dan masih elok.

“Namun, ada juga menganggap saya membeli semua pakaian tanpa mengira bersih atau buruk. Pernah satu ketika tanpa sempat membelek pakaian pelanggan saya terus membuat pembayaran. Akibatnya hampir separuh pakaian diterima koyak. Sejak itu saya sudah serik dan membelek terlebih dulu baju yang sudah dimasukkan dalam plastik hitam bagi mengelak perkara sama berlaku,” katanya yang mengutip pakaian di sekitar Lembah Klang termasuk Putrajaya, Bangi dan Kajang.

Oleh kerana selalu mengutip pakaian dari rumah ke rumah, Rasmi sudah dapat mengagak sama ada pakaian diterima masih elok atau sebaliknya menerusi cara mereka melipat dan menyusun pakaian. Jika kemas dan teratur bererti semua pakaian dalam keadaan baik. Berbeza sekiranya menerima bungkusan diletakkan secara berlonggok atau bergumpal, ia menandakan ada yang tidak kena dengan pakaian itu sama ada kotor, berbau atau terkoyak.

Ditanya sama ada kawasan perumahan yang diziarahi turut memberi kesan terhadap jenis pakaian yang dibeli, Rasmi mengakui berdasarkan alamat rumah juga dia sudah boleh mengagak jenis pakaian diterima. Namun, ada juga telahan tidak benar. Bagaimanapun, tanpa mengira kawasan tempat tinggal, dia tetap menerima sesiapa juga yang ingin mengosongkan almari baju mereka.

Ini kerana ramai mengakui tidak tahu ke mana mahu diletakkan semua pakaian yang masih elok. Untuk disedekahkan kepada rumah anak yatim atau orang susah takut sekiranya mereka tidak menerimanya. Jadi dengan adanya perkhidmatan mengutip dan membeli pakaian lama, ia sebagai satu cara membersihkan rumah daripada pakaian yang tidak digunakan.

“Daripada dibuang begitu saja lebih baik dijual kepada saya dengan harga RM1 untuk satu kilogram. Walaupun nilainya rendah, untuk seluar denim, jaket dan kemeja-T nilainya lebih berat berbanding kemeja atau blaus wanita. Sebab itu rata-rata pelanggan menjual beratus-ratus kilogram pada satu-satu masa,” ujarnya yang membuat tiga temujanji dalam sehari.

Buka kedai di rumah

Menceritakan lebih lanjut mengenai kerjaya barunya ini, untuk setiap pakaian, dia akan membawa pulang ke rumah dan membuat pengkelasan. Mulanya dia meletakkan di rumah ibu bapa di tingkat empat. Bayangkan dia terpaksa membawa naik dan turun apabila pelanggan ingin membelinya. Kesukaran ini menyebabkan Rasmi menyewa rumah di tingkat bawah bagi memudahkan urusan mengumpul pakaian.

“Ia lebih mudah dan sistematik kerana untuk setiap baju kurung saya menggantung mengikut ukuran. Kemudian kemeja-T dan baju kanak-kanak dalam bakul berbeza. Pada Ramadan lalu, saya menerima jualan yang banyak untuk pembeli baju kurung. Ini kerana kebanyakan baju diterima masih elok. Jika ada sedikit kerosakan seperti butang tercabut saya menjahit terlebih dulu. 

“Saya tidak hanya menjual di rumah sebaliknya mendapatkan pelanggan menerusi dalam talian. Walaupun agak leceh kerana perlu mengambil gambar dan ukuran, sambutan diterima sangat menggalakkan. Ia sedikit sebanyak menyediakan pulang kepada orang ramai mendapatkan pakaian pada harga murah,” jelasnya yang menggunakan nama mimi pinky couture untuk Instagram.

Untuk setiap kemeja-T, kemeja, baju bayi dan kanak-kanak, blaus, tudung semuanya dijual RM2 kecuali seluar denim dan baju kurung dijual pada harga RM10 ke atas. Oleh kerana harga yang sangat rendah, orang ramai tidak membeli sehelai sebaliknya sehingga 10 atau 20 pasang. 

Untuk baju sekolah dan telekung, dia memberi kepada mereka yang memerlukan tanpa mengenakan sebarang bayaran. Dengan pendapatan diterima, dapatlah Rasmi membayar sewa rumah dan wang perbelanjaan harian untuk keluarga.

Rasmi juga memberi peluang kepada suri rumah menjadi penjual, mereka hanya perlu memilih pakaian yang diinginkan kemudian menjual mengikut harga mereka sendiri. Setakat ini Rasmi mempunyai tiga penjual tetap yang mengambil koleksi terkini pada setiap bulan.

“Saya gembira kerana dapat membantu suri rumah memperoleh pendapatan sampingan. Sekurang-kurangnya wang diterima boleh digunakan untuk membeli keperluan anak. Lagi pun mereka tidak perlu mengeluarkan modal, hanya bijak memasarkan produk saja,” katanya yang mengalu-alukan sesiapa juga yang ingin menjadi penjual pakaian terpakai milik Rasmi.

Dia yang juga bekas pelajar Politeknik Ungku Omar dalam jurusan perniagaan berharap dapat memperluaskan kawasan untuk mengumpul barang terpakai. Selepas Aidilfitri, Rasmi dalam perancangan membuka kedai ‘bundle’ termasuk barang terpakai seperti perabot dan barang elektrik.

“Saya tahu sama seperti baju, ramai juga yang ingin membuang perabot rumah dan barang elektrik yang masih elok kerana mempunyai peralatan baru. Justeru, saya ingin mewujudkan pusat pengumpulan khas dan menjual semula pada harga mampu milik. 

“Sasaran pembeli adalah golongan kurang berkemampuan atau sederhana, tetapi memiliki anak ramai. Dengan kos yang semakin meningkat ada kalanya pendapatan mereka terpaksa diagihkan untuk makanan dan perbelanjaan sekolah. Namun, masih ramai ingin membeli televisyen dan peti sejuk kerana menganggap ia sebagai keperluan wajib untuk seisi rumah.

“Jadi dengan menyediakan perabot dan barang elektrik terpakai diharap dapat meringankan bebanan mereka,” katanya yang berpengalaman menjual jegging menerusi dalam talian selama empat tahun. Metro

Tiada laluan alternatif dari Perangkap Tol CIQ



Johor Bahru : Kerajaan tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kenaikan kadar tol kalau kerajaan sendiri tidak menyediakan perjalanan alternatif untuk pergerakan mereka. Kenaikan kadar tol di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kurantin (CIQ) setinggi 480 peratus amat tidak masuk akal.

Dasar ini akan menggalakkan lebih ramai orang memilih untuk bermotosikal. Maka akan lebih ramai yang akan terkorban dalam kemalangan jalan raya. Ini kerana kadar kematian di kalangan penunggang motosikal adalah sekali ganda lebih tinggi daripada kenderaan lain.

Untuk mengelakkan akibat yang tidak diingini ini, maka kerajaan BN sepatutnya mengambil berat terhadap cadangan berikut. Pertamanya, kerajaan BN mesti menyelidik semula pelaksanan sistem Komuter KTM di wilayah Iskandar atau “Greater Johor Bahru” dengan landasan keretapi sedia ada.


Landasan keretapi sedia ada dalam zon selatan Johor sepanjang kira-kira 102 kilometer manakala hanya lima stesen keretapi dibuka. Lima stesen itu adalah Kulai, Kempas, JB Sentral, Pasir Gudang (kargo) dan Tanjung Kupang (kargo).

penduduk berkepadatan tinggi 

Landasan keretapi sedia ada ini sebenarnya menyambung beberapa kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi seperti Masai, Johor Jaya, Nusa Bestari, Skudai dan Bukit Indah.

Kerajaan persekutuan sepatutnya memulihkan kegunaan pengangkutan awam di wilayah Iskandar, dengan kemudahan lama yang diabaikan. 

Kedua, kedua-dua kerajaan seharusnya menambah baik sambungan khidmat pengangkutan awam dari rumah ke tempat kerja.

 Sebahagian besar warga Malaysia bekerja di Singapura dengan bermotosikal kerana transit pengangkutan awam mengambil masa yang terlalu panjang untuk mereka pergi atau balik dari tempat kerja.

kadar kemalangan

Perkhidmatan bas langsung ke beberapa zon perindustrian yang terletak dari pusat bandaraya perlu dilancarkan bagi mengurangkan kadar kematian dalam kemalangan jalan raya. Ketiga, Saya setuju dengan cadangan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar agar Tambak Johor dibuka kepada pejalan kaki. 

Maka, kerajaan BN dan Singapura seharusnya mengkaji pembinaan 'walkalator' bagi membantu pejalan kaki yang mengguna Tambak Johor sepanjang 1.7 kilometer itu.

Menurut satu laporan penyelidik yang telah saya baca, hampir 50 peratus keluarga di Johor mempunyai saudara-mara yang bekerja di Singapura. 

Walaupun saya tidak boleh mendedahkan laporan tersebut, maka saya mencadangkan bahawa kerajaan negeri membuat satu kajian menyeluruhi agar memahami betapa besar kesan kepada rakyat sendiri selepas kadar tol dinaikkan.

WONG SHU QI
Pengarah Polisi DAP Johor yang juga ADUN Senai.

Nota : Tiada jalan atau laluan lain untuk ke Singapura melalui Tambak Johor. Pengguna guna laluan ber tol (berbayar) dan masuk lebuhraya untuk mengelak kesesakan, tetapi sebaliknya ia tidak berbaloi, pengguna dibebankan dengan laluan yang sesak, tidak lancar dan lembab. Sepatutnya pemegang konsesi kroni kapitalis MRCB dan Plus wajib beri diskaun.

hancing

Bukan sahaja di laluan CIQ pergi balik tetapi juga di semua lebuhraya yang mengalami kesesakan pada setiap hari tertentu khususnya pada musim perayaan. Sudahlah pengguna jalan stress sebab trafik mecet total, hentian rehat & rawat (R&R) yang sesak, tiada parkir, parkir terlalu jauh merbahaya sebab banyak kes pecah kereta, tandas penuh, berbau hancing sebab tidak sempat dibersihkan pekerja,  tidak cukup bekalan air, makanan kehabisan, sudah dapat makanan tempat duduk pula penuh... satu sen pun tak ada diskaun, adakah nilai tol yang anda bayar itu berbaloi?

Sila baca Protes Tol EDL di CIQ

Sila kaji Beza Tol CIQ dengan VEP

Monday, August 4, 2014

Rakyat Dikelirukan antara : Tol CIQ vs VEP

DAP kesal Facebook Umno Johor main sentimen perkauman isu tol CIQ


Johor Bahru : Pemimpin DAP menyuarakan kekesalan laman Facebook "Muafakat Umno Johor" memainkan sentimen perkauman berhubung isu kenaikan kadar tol di lebuh raya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mendakwa, melalui laman Facebook berkenaan, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata “ketika rakyat Johor menyambut baik caj VEP kepada kenderaan asing yang diumum PM, ada pula wakil rakyat Singapura di Johor yang tidak setuju”.

"Laman Facebook itu juga bertanya 'Lim Kit Siang ini Ahli Parlimen untuk Malaysia ke Singapura?',” katanya. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menaikkan bayaran tol berkenaan bermula 1 Ogos lalu dikenakan kepada kenderaan Kelas 1 dari Malaysia ke Singapura adalah RM6.80 dibayar kepada Kapitalis Kroni MRCB.

kenaikan dari RM2.90 menjadi RM16.50

Manakala bayaran tol bagi kenderaan dari Singapura ke Malaysia adalah RM9.70 (RM6.80 + RM2.90) di mana RM6.80 dibayar kepada MRCB dan RM2.90 dibayar kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), katanya. "Ini menunjukkan bagi perjalanan dua hala ke Singapura pengguna terpaksa membayar tol sebanyak RM16.50 berbanding sebelum ini hanyalah RM2.90.

"Ini merupakan kenaikan hampir 480%, daripada bayaran tol RM16.50, RM13.60 ataupun 82.42% dibayar kepada MRCB manakala RM2.90 dibayar kepada PLUS," katanya. DAP dan Pakatan Rakyat (PR) katanya membantah kenaikan mendadak ini kerana pengguna CIQ bukan semestinya pengguna EDL yang dibina oleh MRCB maka tidak patut dikenakan caj tol.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berjanji sebelum Pilihan Raya Umum 2013 Putrajaya akan mengambil alih EDL supaya caj tol tidak akan dikenakan terhadap pengguna EDL. "Ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa membayar kenaikan tol kepada MRCB.

Vehicle Entry Permit

"Suasana perniagaan dan ekonomi di sekitar Johor Baru akan terancam akibat kekurangan pendapatan boleh guna di kalangan mereka yang bekerja di Singapura tetapi bermastautin di Johor Baru," katanya.

Beliau turut mendakwa, kenyataan Khalid di laman Facebook “Muafakat UMNO Johor” itu juga cuba menimbulkan kekeliruan antara caj VEP (Vehicle Entry Permit) dengan kenaikan caj tol CIQ.

"Dengan menuduh wakil rakyat DAP sebagai agen Singapura, Khaled cuba menimbulkan fitnah tidak berasas dan memperlihatkan beliau seorang yang berfikiran cetek. "Mentaliti sebegini yang ditunjukkan oleh seorang menteri besar adalah amat memalukan," katanya. – 4 Ogos, 2014. TMI

Sila baca Protes kenaikan Tol EDL di CIQ

Sanggup Menipu Kelulusan

Foto

Kuala Lumpur: Sanggup menipu untuk sambung belajar di Malaysia. Itu taktik pelajar luar negara yang cuba ‘membelit’ pihak berkuasa negara ini semata-mata mendapat kelulusan visa antarabangsa dan mendaftar sebagai pelajar kolej swasta di Malaysia.

Bagaimanapun, cubaan itu dikesan Education Malaysia Global Services (EMGS) selepas siasatan mendapati ada pelajar luar negara yang menghantar dokumen palsu ketika memohon visa untuk belajar di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yazid Abd Hamid, (foto) berkata, setakat ini pihaknya merekodkan beberapa kes seumpamanya iaitu meminda keputusan peperiksaan atau menggunakan keputusan individu lain. 

“Memang kita terima bermacam-macam kes, tetapi antara yang mengejutkan ialah penipuan kelayakan kerana itu syarat asas diterima masuk sebagai pelajar di negara ini. “Yang lain termasuklah palsukan cop serta kebenaran dari negara asal. Kita terima aduan ini dan apabila membabitkan permohonan, itu di bawah bidang kuasa EMGS manakala penguatkuasaan lebih kepada Jabatan Imigresen.

ubahsuai

 “Menerusi sistem yang canggih, cubaan seperti itu kita dapat dikesan dan apabila semakan dibuat, kita dapati ada kesalahan seperti ubahsuai slip keputusan peperiksaan berbanding asal,” katanya.

Mohd Yazid berkata, beroperasi Februari tahun lalu, EMGS sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan visa pelajar antarabangsa menggunakan sistem bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa pendidikan, sudah menerima lebih 50,000 permohonan.

 “Dan tahun lalu saja, kami menolak lebih 1,400 permohonan pelajar asing kerana gagal memenuhi saringan kemasukan meneruskan pengajian di negara ini,” katanya. Menurutnya, EMGS serius memastikan pelajar antarabangsa yang berkualiti dan serius dalam pengajian saja diberi tempat di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.


visa

Justeru beliau menasihatkan setiap IPTS harus memainkan peranan dalam menentukan pelajar berkenaan memenuhi syarat kelulusan akademik dan benar-benar mampu membiayai pengajian sebelum urusan permohonan visa pelajar dilakukan.

 “Jika kita kesan ada usaha memalsukan dokumen atau ada rekod menunjukkan permohonan lampau pernah ditolak, permohonan pas baru atau pembaharuan kita akan tolak,” katanya. Kata Mohd Yazid, sejak sistem itu diperkenalkan, permohonan mendapatkan visa berkurangan berikutan pemantauan ketat oleh EMGS yang membantu kerajaan dalam mengekang kemasukan mereka yang mempunyai tujuan lain, termasuk melakukan pelanggaran undang-undang. Metro

Nota : Kebanjiran pelajar asing di negara kita adalah bagus dari sudut ekonomi kapitalis tetapi jika tidak dikawal boleh menjadi merbahaya kepada komuniti kejiranan, rakyat dan negara.

Apakah sebab Malaysia kebanjiran warga pelajar Universiti Swasta bangsa asing khususnya warga Afrika disebabkan oleh perjanjian Selatan-selatan hasil dari Dialog negara Selatan termasuk beberapa negara dari Benua Afrika yang dipelopori oleh Tun Mahathir di mana dengan perjanjian ini visa dan kemasukan warga Afrika sangat mudah keluar masuk negara kita.

Secara umumnya saiz badan yang orang keturunan Afrika besar dan tegap, otot pejal dan kuat, mereka bangsa yang lasak, jika berlaku perkahwinan campur maka generasi akan datang akan mempunyai fizikal yang kuat, tetapi jika pihak berkuasa cuba hendak menangkap mereka dalam operasi, memang amat sukar kerana rata-rata orang kita termasuk pihak berkuasa ini berbadan kecil yang sangat mudah untuk mereka yang ligat ini lolos.

Setiap bangsa akan cuba membawa budaya negara mereka ke negara yang mereka tinggal, dari segi kebersihan, gaya hidup, gejala sosial dan maksiat, kurangnya bermesra dengan penduduk tempatan menjadikan masyarakat kita yang sudah majmuk ini bukan sahaja tidak selesa malah berkecamuk.

jenayah

Kos sara hidup di bandar metropilitan seperti Kuala Lumpur adalah tinggi, apa akan jadi bila mereka tidak cukup wang untuk membiayai kehidupan harian seperti makan minum dan sewa rumah, maka kemelesetan ekonomi sebegini bakal mengundang jenayah, mereka akan lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.

Tidak semua pelajar asing warga Afrika ini buruk perangai, malah ada juga yang baik dan berbudi bahasa serta menjaga tatasusila malah kadangkala menjadi tenaga profesional dan mendapat pekerjaan yang baik dan turut sama membangunkan negara kita.

Masalah tidak akan selesai selagi wujud kapitalis yang mencari laba melalui bidang pendidikan, mereka berjaya mendapat lesen dari kerajaan untuk mendirikan kolej dan universiti swasta (kadang kala hanya rumah kedai sahaja), olok-olok memberi khidmat dalam menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama meraih keuntungan maksima atas kesusahan warga yang datang dari jauh ini untuk mencari ilmu. Sampai masanya yang memberi lesen termasuk Pak Menterinya pun mesti dan patut dipersalahkan atas segala masalah yang menimpa... Anda setuju atau tidak?



Mari Berhujah Dengan Rasional Bukan Sentimen : Dr. Mujahid

mujahid300

PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat (PR) adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.

Dr. Mujahid mengakui PR mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar yang kadangkala ianya tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri tetapi beliau tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika PR berpecah dan terus tiada di persada politik negara ini.

“ PR telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen. “ PR telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihanraya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo,” katanya di dalam laman Faceboknya.

merentas kaum

Tegasnya lagi, politik Malaysia tidak pernah menyaksikan berlakunya satu peralihan paradigma politik yang besar melainkan dengan PR apabila politik merentas kaum diterjemahkan dalam peti-peti undi. “Pengundi tidak lagi memilih dan mengenal calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.

“Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara,” jelasnya. Katanya lagi, beliau menyeru agar seluruh kepimpinan PR menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain.

Nota : Dr Mujahid anak kepada Almarhum TG Yusuf Rawa Mursyidul Am Pas yang pertama adalah antara pemimpin muda yang sangat sesuai memimpin generasi masa depan, terbukti melalui lujnah perpaduan nasoinal yang berjaya meraih kepercayaan yang bukan Islam dan berjaya memberi gambaran baik terhadap Pas dan dengan kerekternya berjaya merapatkan jurang berbeza agama dan ras kepada cintakan keindahan Islam bukan menakut-nakutkan.

Friday, August 1, 2014

Himpunan Selamatkan kanak-kanak GAZA

Viva Palestina Malaysia

AQSA SYARIF MESIR

Kuala Lumpur: Viva Palestina Msia (VPM) bersama Aqsa Syarif berhasrat menghimpunkan lebih 10,000 orang pada himpunan soladiriti Palestin esok di Dataran Merdeka bermula jam 3 hingga 5 petang.

Usaha itu bagi menunjukkan bantahan terhadap kekejaman tentera Israel menyerang penduduk Palestin yang tidak berdosa sejak bulan lalu.

Dalam kenyataan semalam, VPM berkata, himpunan aman bertemakan ‘Selamatkan kanak-kanak Gaza’ itu adalah platform bagi menyatakan kemarahan terhadap pihak Zionis iaitu tentera Israel yang sehingga kini menyerang rakyat Palestin.

Himpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza
2 Ogos 2014 Sabtu
3.00 - 5.00 petang
Dataran Merdeka
Permit PDRM Diperolehi

Ayuh bersatu demi Palestin

Amalan Yang Berpanjangan Bagi Allahyarham Imam



SHAH ALAM: “Saya akan menunaikan hasrat terakhir arwah suami saya. Dia mahu saya meneruskan hajatnya yang tidak kesampaian untuk mencetak naskah Mushaf Tartil untuk diwakafkan kepada sekolah pondok, rumah anak yatim dan masjid serta surau,” kata balu Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al- Muqri. Nurazira Ahmad Bashir, 35, ibu kepada lima orang anak ketika ditemui pemberita begitu cekal menghadapi dugaan yang menimpa.

Bagaimanapun, untuk berkongsi kisah keluarganya, beliau menganggap ia perlu dirahsiakan kerana tidak mampu untuk meneruskan perbualan kerana masih lagi bersedih. Dalam kejadian 9 Jun lalu, Allahyarham Ahmad Mustafa menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.

Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008 dan banyak pembaharuan dilakukan termasuk program mengimarahkan masjid. Menceritakan hajat suaminya itu, beliau yang lebih disenangi dengan panggilan Kak Zira berkata, sebelum Allahyarham meninggal dunia, Ahmad Mustafa sangat sibuk dengan naskah Mushaf Tartil dan rakaman cakera padat, bacaan doa, tahlil serta yassin. “Apabila saya melihat tajuk VCD, ‘hadiah buat yang tersayang’ benar-benar menyentuh hati saya.

Mushaf Tartil

Ia seakan seperti tahu beliau akan pergi meninggalkan kami. “Sebelum Allahyarham pergi, selain meminta saya menjaga anak dengan baik, itu adalah perkara yang keluar daripada mulutnya untuk saya meneruskan niat dalam mencetak semula naskah Mushaf Tartil. “Manakala, VCD itu juga saya mungkin boleh menjualnya semula sebagai pendapatan untuk menyara keluarga,” katanya.

Selain itu, Nurazira berkata, ketika Allahyarham masih hidup, beliau sangat mementingkan solat jemaah bersama keluarga. “Menjaga solat lima waktu, itu juga adalah antara pesanan terakhir arwah. Semasa hayatnya, beliau sangat menitik beratkan solat,” katanya.

Beliau berkata, Ahmad Mustafa juga seorang bapa yang sangat penyayang dan lemah lembut dengan semua anaknya. “Apabila beliau pulang dari masjid atau sebarang tempat, perkara pertama selepas menjejakkan kaki ke dalam rumah adalah bertanya di mana anaknya. Itu yang menjadikan beliau sangat rapat dengan mereka,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Nurazira memberitahu, beliau bersyukur kerana semua anaknya begitu tabah dengan pemergiannya walid mereka itu. “Alhamdulillah, anak saya boleh menerimanya,” katanya. Selangor Kini