Trafik

Sunday, February 23, 2014

BR1M Menghasilkan Kerajaan Buruk Siku

DEPA KUTIP BALIK DUIT BR1M?

500 SAMAN DAH BERAPA DAPAT BRO?

KAH! KAH! KAH!
PATUTLA ROADBLOCK TUMBUH MACAM CENDAWAN 
WALAUPUN DAH LAMA TAK HUJAN
KAH! KAH! KAH!

LAGI BANYAK BUAT ROADBLOCK 
LAGI BANYAK DAPAT KAMPOI DUIT BR1M
KAH! KAH! KAH!

CEKAP BETOI HANGPA NOOO
KAH! KAH! KAH!
LANI TINGGAI BERAPA BAKI DUIT BRIM BANG?
KAH! KAH! KAH!
KAH! KAH! KAH!

Rakyat Guling Presiden Ukraine Yang Boros

Kediaman Presiden Ukraine.

KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.

Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan sementara.


Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan helikopter dan padang golf.

Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata kurang £300 (RM1,600) sebulan.



"Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan sewenang-wenangnya,'' kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.

Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan Rusia.

Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.

Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam sejarah negara itu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat terkejut melihat kekayaan Presiden Ukraine. Ini suatu peringatan buat pemimpin-pemimpin mewah di Malaysia.

ORANG ramai mengambil peluang melawat kediaman mewah milik Yanukovich selepas pemimpin itu melarikan diri dari Kiev.- REUTERSG

BR1M Meneyebabkan Ekonomi Malaysia Semakin Meruncing : Pakar

BR1M Bukan Penyelesaian Masalah Kos Kehidupan Yang Meningkat 

Oleh Mohd Nazari Ismail

Pada 22 Februari lepas kerajaan Malaysia telah melancarkan skim Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2014. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM4.5 billion untuk skim bantuan ini yang akan diberikan kepada 7 juta rakyat Malaysia.

Tambahan pula beliau juga menyatakan bahawa pada masa akan datang jumlah bantuan ini akan dipertingkatkan lagi jika keadaan kewangan kerajaan bertambah kukuh.

Persoalannya ialah adakah tindakan ini akan dapat membantu rakyat menangani masalah kenaikan kos kehidupan serta membuktikan bahawa kerajaan yang memerintah sekarang adalah sangat bertanggung jawab serta prihatin terhadap aspek kebajikan masyarakat?

Dari perspektif ajaran Islam adalah tidak dinafikan bahawa membantu orang yang susah adalah satu perkara yang diajar oleh agama. Al-Quraan menekankan perkara tersebut melalui beberapa ayat termasuk yang berikut:

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga yang terdekat dan yang jauh, teman sejawat, Ibnu Sabil dan hamba" (An Nisa' , 4: 36)

“Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. ” (Ar-Rum, 30: 38)

“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman serta pertolongan (kepada orang-orang yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu sama lain … dan jika mereka meminta pertolongan dari kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, …” (Al Anfal, 8:72)

Terdapat juga banyak hadith yang mengajak kita bersedekah kepada golongan yang miskin. Di bawah adalah beberapa sabda Rasulullah SAW berkenaan amalan sedekah kepada golongan miskin:

“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (Su’ul Khatimah).”

“Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Tingkahlaku yang paling disukai ialah yang menggembiarakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya atau melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya dari kelaparan.”

“Sedekah itu wajib atas setiap orang Islam. Seorang sahabat bertanya, `Jika ia tiada apa yang hendak diberi?’ Jawab Baginda, `Hendaklah ia bekerja dan bila dapat duit, sedekahkanlah sebahagiannya.’ Sahabat itu bertanya lagi, `Jika ia tidak boleh bekerja?’ Jawab Baginda, `Tolonglah orang miskin yang dalam kesusahan.’ ‘Kalau ini juga tidak dapat ia lakukan?’ tanya sahabat itu lagi. Baginda menjawab, ‘Beri nasihat untuk berbuat baik.’ Sahabat itu bertanya, ‘Jika itupun tidak dapat dilakukan?’ Jawab Baginda, ‘Janganlah ia melukakan hati orang lain – itulah sedekahnya.’ ”

"Perumpamaan orang-orang Mu'min dalam saling kasih mengasihani dan sayang menyanyangi, umpama sebujur tubuh yang apabila salah satu anggotanya sakit, seluruh anggota tubuh yang lain turut sama merasai kesakitan tersebut"

Namun apa yang perlu kita sedar ialah bahawa semua saranan dan galakkan dari ayat Al Quraan dan hadith di atas adalah ditujukan terutamanya kepada ahli masyarakat. Dalam erti kata yang lain, apa yang dikehendaki oleh agama ialah ahli masyarakat sendiri mempunyai sikap saling bantu membantu dan berkorban dengan memberi sumbangan dari pendapatan milik mereka sendiri kepada golongan miskin secara sukarela.

Perkara ini dihuraikan secara terperinci oleh pakar-pakar ekonomi Islam berdasarkan kajian mereka berkenaan aspek pengurusan kewangan sektor awam semasa pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat. Menurut mereka, di bawah pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, tugas memberi bantuan kepada golongan miskin bukannya dipikul oleh pemerintah semata-mata.

zakat

Peranan utama pemerintah adalah memberi galakkan kepada rakyat supaya saling bantu membantu antara satu sama lain secara sukarela. Skim di mana rakyat dipaksa mengeluarkan wang untuk disalurkan kepada golongan miskin hanyalah dalam bentuk zakat. Ini adalah tujuan utama zakat iaitu untuk membantu golongan miskin dan fakir serta golongan terdesak lain yang termasuk dalam senarai asnaf yang layak menerima zakat.

Walaupun selepas itu kerajaan Islam memperolehi sumber pendapatan lain seperti Al Kharaj, Al Ushr, Fai dan al Khums, namun sumber pendapatan tersebut tidak menggantikan skim zakat sebagai mekanisma utama untuk membantu golongan miskin. Namun, ini tidak bermakna kerajaan langsung tidak boleh memberi sumbangan kepada rakyat miskin.

Dalam keadaan di mana kerajaan mempunyai sumber pendapatan yang tinggi dari sumber asli seperti minyak dan hasil mahsul yang lain, maka amatlah wajar sekali kerajaan menyalurkan wang itu kepada golongan miskin kerana dana tersebut pada hakikatnya sememangnya hak rakyat. Tetapi adakah itu keadaannya di negara kita sekarang?

difisit

Adakah kerajaan mempunyai lebihan (surplus) apabila perbelanjaan kerajaan ditolak dari pendapatannya dari sumber asli dan lain-lain? Malangnya tidak. Sikap kerajaan suka berbelanja lebih dari pendapatan serta berlakunya ketirisan, pembaziran dan pengurusan kewangan yang tidak berhemah telah menghasilkan keadaan di mana sudah 15 tahun berturut-turut kerajaan telah mengumumkan belanjawan defisit.

Akibatnya jumlah hutang terkumpulnya an belanjwan defisit selama rajaan akan memaksa rakyat menyumbang kepada h membuat keputusan untuk memperkenalkansekarang berjumlah lebih dari RM550 billion di mana sebahagian besarnya adalah dari sumber yang berbentuk Riba. Ini bermakna kerajaan membayar bunga (interest) di atas pinjamannya berjumlah hampir 17 billion ringgit setiap tahun.

Malahan disebabkan keadaan hutang kerajaan yang sentiasa meningkat inilah maka pada tahun lepas Fitch Rating, iaitu sebuah organisasi penarafan bon antarabangsa telah menurunkan taraf bon kerajaan Malaysia, yang mengakibatkan kos pinjaman kerajaan juga meningkat. Susulan dari itu, kerajaan telah terpaksa membuat keputusan untuk melaksanakan sistem percukaian GST pada tahun 2015 untuk menambahkan pendapatan percukaian kerajaan yang dikutip dari rakyat.

hutang

Pendek kata sebenarnya tabung kewangan kerajaan sudah lama dalam keadaan negatif dan oleh itu duit yang disumbangkan melalui skim BR1M itu sebenarnya bukannya dari sumbangan peribadi pemimpin-pemimpin yang pemurah dan baik hati tetapi diperolehi dari penambahan kepada hutang kerajaan semata-mata.

Perlu juga diambil perhatian bahawa semua hutang-hutang yang telah berjumlah lebih dari RM550 billion itu, termasuk bunga yang dikenakan akan pada akhirnya ditanggung oleh rakyat. Dalam erti kata yang lain, lambat laun kerajaan akan terpaksa meminta rakyat menyumbang dengan lebih gigih kepada usaha membayar balik beban hutangnya yang besar itu dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah kutipan termasuk cukai pendapatan, cukai syarikat, cukai import dan cukai GST.

 Di samping itu, kita juga perlu sedar bahawa sebenarnya punca utama kepada keadaan di mana ramai rakyat hidup dalam keadaan yang sengsara akibat dari kos kehidupan yang sentiasa meningkat adalah kerana sistem kewangan Riba yang diamalkan di negara kita dan di serata dunia.

beban

Sistem ini yang berasaskan industri perbankan telah menciptakan wang dengan banyak melalui proses penciptaan kredit (hutang). Akibatnya bukan sahaja tahap harga dalam sistem ekonomi sentiasa meningkat bahkan juga menambahkan beban hutang kepada rakyat.

Di Malaysia sebagai contoh, beban hutang isi rumah telah pun melebihi RM750 billion pada tahun 2012. Oleh itu selagi sistem kewangan berasaskan Riba dibenarkan berkembang, maka masalah kesengsaraan ekonomi akibat kenaikan kos kehidupan dan beban hutang tidak akan selesai.

Buktinya ialah keadaan yang sama sedang berlaku di negara lain yang beramal dengan sistem Riba termasuk di Jepun, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat walaupun kerajaan mereka secara umumnya adalah tidak korup.

Sebagai rumusan, walaupun skim BR1M mungkin berjaya mewujudkan persepsi dari kalangan yang terdesak bahawa kerajaan adalah dipimpin oleh ahli politik yang pemurah dan baik hati, namun hakikat sebenarnya ialah ianya tidak akan berupaya menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dalam jangka panjang.

Bahkan dalam jangka panjang persepsi tersebut besar kemungkinan akan diganti dengan perasaan marah apabila rakyat sedar bahawa beban hutang yang ditanggung oleh mereka semakin meningkat dan keadaan kehidupan mereka yang melarat masih tidak berubah dan kos kehidupan sentiasa meningkat.

guling

Besar kemungkinan juga rakyat yang semakin kecewa akan memilih kerajaan baru untuk memerintah mereka. Malangnya pada masa itu nanti, jika beban hutang kerajaan terlampau tinggi dan sistem ekonomi dan kewangan negara masih tidak berubah, besar kemungkinan juga kerajaan baru yang bakal dilantik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi dalam masa yang singkat dan lambat laun akan digulingkan juga.

Tuesday, February 18, 2014

Tangkap Saja Pengetua Tahfiz Ini, Gunakan Ramaja dan Kanak-kanak Mengutip Derma Untuk Peribadi?



Selalu kita jumpa budak lelaki bersongkok mengutip derma dan menjual produk minyak angin di gerai makan tumpuan orangramai, yang perempuan belasan tahun jual dan mengutip derma di stesen minyak atau berhadapan bank. Kasihan.

Pendedahan memeranjatkan Pengetua Tahfiz Berfoya-foya

dan memperhambakan kanak-kanak

Asal Usul Ultras Ketuanan Melayu Pun Bukan Dari Tanah Melayu

Umno-BN punca sentimen keluar Malaysia

Kata-kata ‘pengusiran’ dan ‘rasis’ Umno-BN punca sentimen keluar Malaysia, kata Bumburing
 

Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai punca wujud sentimen penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia.

Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu mendakwa parti pemerintah tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia Timur dengan kenyataan-kenyataan berbentuk ugutan.

"Pemimpin Umno-BN perlu disalahkan atas kekecewaan rakyat Sabah dan Sarawak kerana sikap mereka yang sering mengusir rakyat keluar dari Malaysia jika tidak berpuas hati dengan kerajaan," kata Bumburing dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengecam kenyataan pemimpin Umno yang mengatakan Malaysia eksklusif untuk orang Melayu sahaja seolah-olah rakyat di Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia. "Terdapat juga kenyataan mengatakan Malaysia hanya untuk orang Melayu.

"Jadi tidak bolehlah menyalahkan pihak yang mempunyai sentimen untuk keluar dari Malaysia kerana mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini," katanya. Baru-baru ini, seorang ahli akademik mendedahkan wujud peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia.

Profesor Universiti Monash Malaysia, Profesor Dr James Chin berkata ia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka. Wilfred bagaimanapun berkata cadangan meninggalkan Malaysia bukan suatu langkah baik waktu ini memandangkan Sabah masih berdepan dengan masalah pendatang asing tanpa izin.

"Idea berpisah dengan Malaysia bukan pilihan terbaik dan tidak praktikal ketika ini. "Tuntutan kerajaan Sulu ke atas Sabah masih lagi timbul dan terdapat juga banyak pendatang tanpa izin di Sabah yang menjadi 'ancaman dalaman' dalam negeri," kata pengasas parti Angkatan Perubahan Sabah tersebut menjelaskan risiko yang bakal dihadapi Sabah jika berpisah dari Malaysia.

Bumburing juga mendesak kerajaan pusat supaya mengagihkan hasil bumi yang disumbangkan oleh negeri Timur secara lebih adil, memandangkan pembangunan di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan jauh. "Rakyat Sabah dan Sarawak sudah sedar mereka masih ketinggalan daripada penduduk semenanjung dan tidak menerima pulangan yang adil daripada untung alam semula jadi khususnya minyak," katanya lagi.

Di samping itu, Bumburing turut menggesa kerajaan pusat supaya membanteras dan mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan esktrem perkauman terutamanya di Semenanjung Malaysia. "Malaysia sering digambarkan sebagai negara sederhana, tetapi sekarang wujud kumpulan ekstrem agama dan perkauman yang banyak memalukan negara," katanya lagi.

"Kerajaan perlu tangani isu penting, isu yang menyebabkan tekanan kaum dan agama ini mesti ditangani segera." Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, namun Singapura tersingkir pada 1965.

Ketika ini hampir 25% kerusi Parlimen terletak di Malaysia Timur. Sabah dan Sarawak dianggap sebagai "deposit tetap" parti pemerintah BN.- MK

Sangkaan Amalan Dapat Pahala Rupanya Rosak

Pahala ke neraka ? - Dr MAZA
 
Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.

Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.

Ujub

Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya.

Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya. Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa.

Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang salih. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang salih yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riyak.

Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.

Sabda Nabi SAW: “Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-‘Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)

Dosa ke syurga?

Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?

Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya.

Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.

Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa.

Segala kesombongan dalaman jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui.

Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.

Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah:

“Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hamba-Nya, Dia jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya). Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi  ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya.

“Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan. Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: 'Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka'.

“Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepada-Nya, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan solih maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya.” (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad)

Pandang lekeh orang lain

Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah.

Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga.

Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya.

Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka.

Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.

Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: “Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.

Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut:

“Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka.

“Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya).” (ibid, 1/446)

Pakaian agama

Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lenggangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.

Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut:

“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur.”

Apatah lagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi SAW ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain.

Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah: “Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 12).

Sembunyi Rasuah Di Sebalik Topeng Ketuanan Bangsa

"We are fighting for a society where people will cease thinking in terms of colour." (8 Mac 1993) - Mendiang Nelson Mandela (bawah)

Pada November yang lalu, bekas naib canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkata di Persidangan Asia Barat dan Afrika, di Kuala Lumpur, bahawa isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit.

NONEBeliau juga berkata isu perkauman dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau memandangkan di Malaysia terdapat satu gabungan parti politik yang masih mengamalkan politik perkauman dan gabungan ini berada di posisi di mana rasuah boleh berlaku secara berleluasa.

Apabila seorang cendekiawan memberi komen sedemikian, kita pastinya tertanya-tanya apakah yang beliau tahu, dan ingin mengetahui secara lanjut apa yang dimaksudkan oleh Ghauth?

Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini?

Topeng-topeng rasuah
Ghauth (bawah) juga berkata: "Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian."
Adakah dengan terus mempromosikan sifat perkauman yang semakin menebal, semakin tersoroklah kegiatan rasuah yang berleluasa?
NONESekiranya ini benar, apa-apa gabungan politik yang masih berteraskan politik perkauman seharusnya dihentikan dan tidak lagi relevan kerana ia hanya melindungi kepentingan sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai topeng untuk melindungi kegiatan rasuah.

Dan mereka bukannya membantu atau memperkasakan sesuatu kaum tersebut seperti yang dikatakan, sebaliknya menghancurkan negara kita yang tercinta ini.

Kita terpaksa akui bahawa masalah perkauman sememangnya wujud di Malaysia, tetapi apa yang menyedihkan, kita masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang menyokong isu tersebut dan bukannya membantu menyelesaikannya.

Adakah dengan masih wujudnya sifat perkauman di Malaysia ini, yang dipraktikkan oleh sesetengah ahli politik dan pemimpin negara sendiri, menyumbang kepada kemerosotan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013 Transparency International yang diterbitkan beberapa hari yang lalu?

Indeks ini merupakan satu peringatan kepada salah guna kuasa, perundingan rahsia dan kegiatan rasuah yang berlaku di seluruh dunia.

Resipi kehancuran

Malaysia berada di tangga ke-53 dengan markah 50, di mana markah 100 menunjukkan paling bersih dan 0 menunjukkan tahap korupsi tertinggi.

Singapura berada di tangga ke-5 dengan markah 86, Hong Kong di tangga ke-15 dengan markah 75, Taiwan dan Israel di tangga ke-36 dengan masing-masing markah 61.
Rakyat Malaysia tidak harus lagi tertipu dengan agenda perkauman yang hanya akan membawa kepada kehancuran negara kerana pejuang-pejuang perkauman ini hanya melindungi kepentingan mereka bukannya memperkasakan sesuatu kaum itu sendiri.

NONESekiranya perlu lagi contoh sikap perkauman yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak di sebuah parti politik, boleh lihat sahaja di mana seorang perwakilan Umno meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan Salam 1Malaysia kerana kaum lain gagal membantu Umno negerinya.

Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir (kanan) menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden, semalam.

Ghauth Jasmon berkata: "Jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi kehancuran."

Saya juga percaya jika negara berbilang kaum ini dipenuhi ahli politik dan pemimpin yang bersifat perkauman, ia juga satu resipi kehancuran.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menolak politik perkauman dan perlu sama-sama bersatu membina impian Malaysia dan bukannya hanya melihat kepada perbezaan warna kulit atau mencari sebab untuk membenci satu sama lain.

Malaysia adalah tanah tumpah darah kita semua.

DYANA SOFYA MOHD DAUD setiausaha politik kepada ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Misteri Ikan Mati Di Tanjung Kupang Johor

ULASAN Insiden kematian beribu-ribu ikan di perairan Tanjung Kupang, Gelang Patah baru-baru ini  membangkitkan persoalan-persoalan terhadap pentadbiran dan kepimpinan kerajaan negeri Johor.

Punca kematian beribu-ribu ikan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada 10 penternak ikan sangkar dan 250 nelayan dipercayai hasil dari penyedutan pasir dan penambakan laut di kawasan berdekatan.

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah mengakui bahawa projek penambakan tersebut adalah hasil usahasama KPRJ bersama satu syarikat hartanah dari China.

KPRJ telah menolak dakwaan bahawa kematian ikan tersebut adalah hasil dari aktiviti penyedutan pasir dan tambakan laut.

Apakah bukti yang menyokong kenyataan ini? Di manakah laporan Impak Alam Sekitar (EIA) yang sepatutnya didapatkan dahulu sebelum projek dimulakan?

Ini membawa persoalan sama ada Jabatan Alam Sekitar telah memberikan kelulusan bagi projek ini dijalankan tanpa laporan Impak Alam Sekitar.

Secara umumnya, fenomena air merah atau lebih dikenali sebagai ‘red tide’ boleh berlaku dengan lebih menjadi-jadi dengan wujudnya aktiviti manusia yang menyumbang kepada pencemaran air seperti aktiviti menyedut pasir dan menambak laut yang dilakukan sejak 22 Januari pada waktu siang dan malam tanpa henti.

Oleh itu secara terang aktiviti yang dilakukan oleh pemaju ini telah mengakibatkan fenomena yang menjejaskan kehidupan rakyat tempatan. Jabatan Laut juga sepatutnya peka tentang isu ini.

Tinjauan orang ramai

Hasil tinjauan orang ramai menunjukkan tiga kapal telah melakukan aktiviti ini pada masa yang sama.

Sekiranya benar dakwaan mereka yang mengatakan KPRJ telah mengikut prosedur dengan memberitahu secara terperinci dan jelas bagaimana projek ini boleh membawa kesan kepada penduduk kampung dan persatuan nelayan di Gelang Patah sebelum kerja penambakan dijalankan, mengapa pula pemilik dan penternak ikan sangkar tidak diberitahu dengan lebih awal supaya persedian awal dapat dilakukan untuk meminimumkan kerugian?

Adakah penduduk kampung, persatuan nelayan dan penternak ikan sangkar telah diberitahu akan kesan buruk projek ini yang boleh mengakibatkan pengurangan tangkapan ikan dan kerugian berjuta-juta ringgit?

Sekiranya benar penduduk kampung dan persatuan nelayan telah diberitahu dan terang-terang projek ini membawa kesan buruk terhadap hasil tangkapan ikan dan mata pencarian mereka, adakah pampasan yang setimpal akan diberikan kepada para nelayan ini?

Kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil penangkapan ikan dan kebanyakan mereka mewarisi pekerjaan ini secara tradisi. Apabila hasil tangkapan ikan berkurangan, nelayan hilang mata pencarian, kehidupan mereka juga terjejas teruk.

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi disebabkan oleh langkah-langkah penarikan subsidi, kenaikan tarif dan sebagainya oleh kerajaan Barisan Nasional, ini tentunya semakin menyukarkan kehidupan para nelayan.

Tiada penjelasan terperinci diberikan dan penduduk tidak dapat menyuarakan kepentingan mereka sendiri kerana semuanya telah diputuskan oleh kerajaan negeri tanpa apa-apa perbincangan dengan penduduk setempat.

Ini menunjukkan kerajaan negeri Johor, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut tidak mengamalkan transparensi dan tiada perbincangan dengan orang awam berkenaan isu ini.

MB Johor perlu tanggungjawab

Di manakah janji mantan Menteri Besar Johor dari BN, Datuk Ghani Othman yang menjanjikan pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar dalam membangunkan wilayah Iskandar?

Menteri Besar baru, Datuk Seri Khaled Nordin perlu bertanggunjawab menunaikan janji ini.

Kerajaan negeri Johor sepatutnya mengambil berat akan kesejahteraan kehidupan para nelayan di Gelang Patah yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut.

Perairan Tanjung Kupang dulunya kaya dengan hidupan laut, menjadi punca rezeki para nelayan dan banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi rakyat tempatan.

Rakyat Johor berhak menuntut hak mereka untuk kehidupan yang sejahtera dan pembangunan yang memanfaatkan mereka dan bukannya pihak lain semata-mata.

Tetapi kini nampaknya kerajaan negeri Johor lebih mementingkan pembangunan membabi-buta dan menguntungkan syarikat-syarikat besar tanpa mengambil kira kebajikan rakyat tempatan dan juga alam sekitar yang tidak mungkin dapat dicari ganti.

Seperti kata pepatah Cree Indians (Orang Asli Amerika):

“When the last tree has been cut down, the last fish caught, the last river poisoned, only then will we realize that one cannot eat money.”

DYANA SOFYA MOHD DAUD setiausaha politik kepada MP Gelang Patah Lim Kit Siang.

Himpunan 222 Hentikan Sistem PBS Yang Mendera Guru

 
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mengutuk usaha melabelkan himpunan membantah pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai satu usaha 'menggulingkan kerajaan'.

Presidennya, Abdul Malik Ab Razak turut menyelar pegawai kerajaan yang kini diwarisi daripada menteri kerana mengeluarkan kenyataan tidak matang terhadap permasalahan guru-guru dan enggan mendengar keluhan rakyat.

Beliau merujuk kenyataan Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia, Shafruddin Ali Hussin yang dilapor mendakwa himpunan itu merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia demi kepentingan diri.

"Gamis melihat bahawa dakwaan yang tidak matang sebegini sudah mula diwarisi daripada menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan yang enggan mendengar keluhan serta masalah rakyat.

"Gamis dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap penganjuran Himpunan 222. Gamis juga komited untuk turut serta berpartisipasi dalam himpunan ini...," kata Abdul Malik dalam kenyataannya.

Himpunan itu akan berlangsung pada 22 Februari ini digerakkan NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Dilaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, NGO mesra PKR Jingga 13 turut menyatakan sokongan kepada himpunan anjuran NGO itu dengan menyeru guru, ibu bapa dan pejuang pendidikan bersama-sama menyertainya.

Konsisten sokong

Ketua koordinatornya Fariz Musa berkata sokongan konsisten pihaknya terhadap SGMM bagi memperjuangkan nasib guru yang didakwanya dizalimi oleh sistem yang mengekang kredibiliti guru dan menggadaikan mutu pendidikan negara.

"Mansuhkan segera PBS dan satu sistem yang lebih komprehensif dan kondusif perlu dilaksanakan agar menggangkat mutu profesion perguruan dan melahirkan generasi yang terbilang berteraskan pendidikan yang cemerlang," katanya.

Manakala Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Manan pula menggesa sistem itu ditangguh serta merta bagi membolehkan kajian, perancangan dan persiapan infrastruktur dibuat dengan sempurna.

Beliau juga kesal dengan pemimpin negara tidak mengambil iktibar kegagalan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat dengan tergopoh gapah tanpa kajian yang mencukupi.

"ABIM juga menyarankan agar sebarang penambahbaikan dan perubahan pada mana-mana peringkat dalam sistem pendidikan samada dasar, pengurusan mahu pun prasarana hendaklah menerusi satu kajian yang utuh demi kebaikan dan manfaat generasi masa hadapan.

"Sebarang perubahan yang bersifat populis perlu dihindari atas keghairahan mahu meninggalkan legasi yang boleh merencatkan pengukuhan sistem pendidikan arus perdana secara menyeluruh," kata Amidi.

Tun M Mengaku Kecut Jika Anwar Jadi MB

 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, beliau memang “takut” sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor.

Menurut beliau, orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi pemimpin berikutan perlakuan beliau yang didakwa “tidak bermoral”.

"Tentulah saya takut (Anwar jadi MB) kerana orang akan rasa tak selamat bila dia ada di sekitar.

"Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau," kata Mahathir.

Beliau juga berkata, Anwar tidak layak menjadi menteri besar atau perdana menteri dan hanya menubuhkan parti sema-mata untuk jawatan itu.

“Bukan untuk perjuangkan bangsa, agama atau apa-apa. Beliau masuk Umno dulu pun hanya untuk jadi PM," kata beliau dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

Zaid, Herman Tino mungkin hilang deposit

Mahathir, perdana menteri 22 tahun itu, merujuk kepada kes membabitkan Anwar dan beberapa pembantunya termasuk Saiful Bukharin Azlan yang mendakwa diliwat pada 2008.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Kajang, Mahathir berkata, BN perlu menghantar calon menentang Anwar.

"BN patut bertanding. Sama ada Umno, MCA, MIC, atau Gerakan, wakil BN mesti bertanding," tegas beliau.

Beliau turut mengalu-alukan calon bebas seperti bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan penyanyi dangdut Herman Tino “layak” bertanding atas semangat demokrasi.

"Bekas menteri dan orang seperti Herman Tino semua layak bertanding kalau ikut sistem kita. Mereka mungkin hilang deposit tapi tak apalah," kata beliau.

'Ops Lalang, saya pikul tanggungjawab'

Sementara itu Mahathir turut mengaku bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang 26 tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menerangkan beliau berada di luar negara ketika itu.

"Jika saya buat salah, saya buat salah. Saya dah tua, jadi senang terlupa.

"Keputusan itu walaupun dibuat orang lain, tetap daripada kabinet. Saya pikul tanggungjawabnya. Kami buat apa yang perlu untuk memastikan keamanan dan kestabilan di negara ini," kata beliau.

Tuesday, February 11, 2014

rhoma irama-gali lobang tutup lobang

Fakta Menteri Kewangan Gali Lubang Tutup Lubang


Salih Yaakob - Gali Lubang, Tutup Lubang

Akhirnya Muhyiddin Akur Sistem PBS Membebankan Guru


Pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dikaji semula selepas selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem berkenaan.
  
"Buat masa ini, sistem aplikasi PBS itu ditangguh sehingga April depan, namun, guru masih perlu menjalankan kerja-kerja merekodkan butiran dan pelbagai perkara yang berkaitan PBS secara manual tanpa menggunakan komputer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Presint 8(1), Putrajaya hari ini.
  
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya, Roaini Jaafar.  

Dalam pertemuan sejam itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata mereka membincangkan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi guru berhubung sistem aplikasi komputer PBS berkenaan.
  
Muhyiddin berkata kementerian akan menjadikan Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya sebagai satu kajian kes mengenai permasalahan sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS.
  
Beliau juga berkata kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai di sekolah-sekolah di seluruh negara sekarang akan turut dikaji semula berikutan pelbagai masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pengkomputeran aplikasi berkenaan, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian akan membuat keputusan mengenai dua perkara berkenaan iaitu sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS, sama ada untuk meneruskannya atau tidak pada satu mesyuarat yang akan diadakan kementerian daam masa terdekat.

PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik. Bagaimanapun, sejak tahun lepas, golongan guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.
  
 - Bernama

Kontrak Besar Mahu Tapi Kerja Macam Sampah : Hospital

Beberapa hospital di Selangor terpaksa berhadapan dengan masalah longgokan sampah dan tandas yang kotor sejak seminggu.

Tinjauan wartawan Malaysiakini di Hospital Selayang hari ini, susulan aduan orang ramai, mendapati ia berpunca dari pertukaran pekerja oleh syarikat kontraktor pembersihan, Radicare.

Wartawan mendapati sampah di setiap tong sampah telah melimpah keluar manakala tandas juga tidak bersih dan dikotori dengan kertas tisu basah.

Seorang kakitangan hospital, yang enggan namanya disiarkan, memohon maaf kepada wartawan atas masalah dan menjelaskan bahawa pihak hospital telah cuba untuk menjaga kebersihan kawasan masing-masing.

"Itu sahaja yang dapat kita lakukan sejak pekerja pembersihan tidak datang dalam seminggu ini," kata seorang jururawat.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Malaysiakini sehari kemudian, Radicare mengesahkan bahawa lima hospital terjejas akibat kekangan dalam mendapatkan pembersih selepas ia beralih kontraktor dari Harta Maintenance Sdn Bhd kepada Alam Bersih Sdn Bhd

Oleh kerana peningkatan tekanan kos, Radicare telah mengeluarkan tender terbuka pada 2013 dan Alam Bersih telah dianugerahkan kontrak bagi kerja pembersihan untuk sembilan hospital di Selangor, kata Pengurus Kkomunikasi Korporat Radicare, Nurul Huda Arifin melalui emel.

Selepas masalah tersebut timbul, Harta Maintenance telah diteruskan semula, katanya, tetapi syarikat itu "menghadapi kesukaran untuk menyediakan dengan segera tenaga kerja yang mencukupi untuk membersihkan hospital.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pada hari Jumaat lepas.

"Ia telah dibawa ke pengetahuan saya bahawa pada tahun 2014, Radicare yang telah lama dikontrakkan untuk membersihkan semua hospital, telah mengurangkan tenaga pekerja. Dari 120 pekerja, kini hanya 20 orang sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Jayakumar juga berkata selain Hospital Selayang, tiga lagi hospital masing-masing di Sungai Buloh, Kajang dan Rawang turut terjejas ekoran masalah kekurangan pekerja syarikat kontraktor tersebut.

Menurut beliau, Radicare mempunyai kontrak bersama lapan hospital utama di Selangor untuk menyediakan penjagaan pengurusan hospital bukan klinikal bersepadu kepada Kementerian Kesihatan sejak 1997.

Kontrak ini secara keseluruhannya bernilai hampir RM200 juta setahun.

Kakitangan di Hospital Selayang turut membangkitkan bahawa kurang dari 12 orang tukang cuci muncul untuk menjalankan tugas mereka pada minggu pertama kali ini.

Jumlah itu amat kecil berbanding beratus-ratus orang pekerja yang sering membuat penyelengaraan kerap mengekalkan kebersihan 960 katil hospital.

Kakitangan juga disarankan supaya bersabar kerana ia merupakan masalah sementara kerana Radicare telah beralih kontraktor dari Harta Maintenance Sdn Bhd ke Alam Bersih Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

Apabila YB Nurul Izzah di Mukadepan Majalah

Nurul_Izzah_Nona 
Lain benar  Nurul Izzah kali ini, lain daripada kebiasaan yang selalu dilihat dengan wajah tanpa atau kurang solekan. Kali ini diserikan lagi dengan solekan oleh pihak Nona untuk menghiasi muka hadapan majalah Nona Mac 2014.
Entah mengapa tiba-tiba majalah Nona berminat dengan Nurul Izzah.
Bukan mudah untuk membuat keputusan memilih siapakah yang bakal menghiasi Nona edisi Mac memandangkan tema kali ini adalah ‘Rich & Famous’, saat redaksi Nona bertungkus lumus memetik nama setiap personaliti yang terlintas, namanya dijulang sebagai wajah tepat untuk diabadikan. ‘Rich’ bukan bermaksud kaya dari segi kewangan, namun beliau seorang yang kaya dengan nilai juang dan semangat berkobar sebagai seorang ahli parlimen Pantai Dalam, ‘Famous’ pula bukan bererti bintangnya bagaikan seorang primadona namun jati diri, kebijaksanaan dan sikapnya yang tenang membuatkan namanya dikenali ramai. Jika tidak masakan beliau berjaya memenangi pemilihan buat dua penggal berturut-turut.



Untuk mendapatkan masanya bukan mudah, memandangkan kerjaya beliau sebagai seorang ahli politik dan ahli parlimen yang boleh dikatakan sentiasa on the go berkhidmat untuk rakyat setempat. Penggambaran pula dicepatkan tiga hari dari tarikh yang sepatutnya kerana beliau ada urusan penting yang harus diselesaikan pada hari yang dijanjikan. Kelam kabut juga penulis menghubungi krew yang terlibat untuk bertugas secara ad-hoc. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan penuh lancar.



Pada hari yang dijanjikan kami bertamu di kediaman adik iparnya sebagai lokasi penggambaran, beliau yang tiba sedikit lewat dari kami terus menyapa seluruh krew dengan senyuman yang melebar dibibirnya.



“Berapa baju saya kena pakai ni? Satu sahaja kan?” tanya beliau kepada penulis. “Tiga YB, ni cover shoot bukannya shooting biasa, ni untuk muka hadapan Nona” balas penulis sambil tersenyum kepadanya. “Wah banyak tu, come lets do it quick and fast!” katanya sambil wajahnya disolek ringkas oleh jurusolek.
Sepanjang penggambaran dijalankan kelihatan beliau hanya mendengar sahaja segala gaya yang diminta oleh Kiffy Razak, editor Nona yang juga turun bagi memastikan segala-galanya berada di dalam keadaan yang terbaik. “Hmmmm, penat menjadi model ni,” selorohnya sambil tersenyum. Apa yang boleh penulis katakan beliau punya senyuman hebat dan wajahnya cukup fotogenik.



Jurufoto hanya perlu mengambil sedikit masa sahaja untuk mendapatkan hasil yang baik. Usai sesi fotografi, penulis duduk santai dengannya dan berkongsi cerita perihal keluarga dan juga kerjayanya. Isteri kepada Raja Ahmad Shahrir dan ibu kepada dua cahaya mata, Raja Nur Safiyah dan Raja Ahmad Harith ini membuka ruang kepada penulis untuk mengenalinya dengan lebih dekat.



Ditanya tentang kepentingan wanita di zaman kini untuk memiliki kerjaya yang tersendiri dan tidak hanya duduk di rumah sahaja  jawab Nurul Izzah, “Saya percaya wanita yang bekerja sangat mandiri, dan sebenarnya saya juga banyak belajar dengan wanita-wanita di luar sana yang jauh lebih pandai mengurus masa. Namun jangan pula memperlekehkan wanita yang kerjayanya hanyalah suri rumah tangga.



Mereka merupakan golongan yang harus dihargai kerana kerja mereka terlalu banyak. Saya menjaga anak saya yang demam sepenuh masa bulan ini kerana seperti yang saya katakan saya tiada orang gaji ketika ini, oh memang memenatkan! Oleh itu jangan sesekali memperkecilkan mereka yang bergelar suri rumah tangga sepenuh masa. Mereka harus dihormati kerana memilih untuk mebesarkan anak-anak dengan cara yang terbaik.



Kebijakan wanita itu bukan terletak pada yang bekerjaya sahaja, ia ada di dalam setiap wanita. Sebagai contohnya, di Ghana, dalam persatuan ibu bapa dan guru mereka, pihak sekolah lebih suka mengambil pandangan dari ibu bapa yang tidak tahu membaca sekalipun namun anak-anak mereka berjaya. Mereka tidak belajar dan punya ijazah, namun kenapa anak-anak boleh berjaya? Semuanya tentang sokongan moral dan sikap positif yang mahu anak berjaya. Ini sesuatu yang bukan dipelajari dari teori atau buku.”



Ketahui lebih lanjut mengenai semangat juang wanita berwibawa ini dan kisah rumahtangga beliau serta sikap yang tidak diketahui ramai mengenainya dalam Nona Mac ini edisi Rich & Famous. Jadikan pengalaman yang dilalui oleh Nurul Izzah sebagai panduan untuk anda terus berjaya dalam hidup mahupun kehidupan harian. 

Sumber: http://nona.karangkraf.com/
 

Kemaafan Jepun Diterima Anwar


Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) meminta maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilarang daripada memasuki Jepun pada bulan lepas sewaktu ke sana untuk berucap pada satu majlis.

Pengerusi SPF, Jiro Hanyu, yang memanjangkan satu jemputan baru kepada Anwar hari ini berkata, beliau akan melakukan sedaya yang terboleh untuk memastikan Anwar dapat memasuki Jepun pada kali ini.

Anwar dijangka mengambil bahagian dalam forum “Demokrasi dalam dunia Islam” pada hujung bulan ini.

"Saya sebagai tuan rumah bertanggungjawab agar tetamu berasa selesa dan saya sangat-sangat bertanggungjawab ke atas malu yang ditanggung... Anwar," kata Jiro selepas pertemuan tertutup dengan Anwar di Damansara pagi ini.

Anwar menerima jemputan itu dan menyatakan yang beliau "memaafkan" Jepun di atas insiden itu.

Pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita enggan membenarkan Anwar masuk ke negara itu pada 19 Januari kerana kesalahan beliau yang terdahulu.

[Baca berita penuh]

Kempen Awal lawan Kempen Kotor TV3

Calon pilihan raya kecil Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melayan “dakwaan tidak berasas” bahawa beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal.

Bekas pemimpin PKR yang kini bergiat dalam PERKASA Ruslan Kasim sebelum ini antara yang mempertikaikan langkah Anwar yang mengadakan siri ceramah di Kajang minggu lalu.

Anwar pula berkata, BN sudah memulakan kempen menentangnya melalui media masa yang dikawal kerajaan.

“Minta dia tanya TV3. Adakah mereka tidak lancarkan kempen ganas... setiap hari, lebih banyak hero yang bercakap (tentang saya),” kata Anwar kepada pemberita di sebuah hotel di Damansara, Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac manakala penamaan calon pada 11 Mac.

[Baca berita penuh]

Air Asia Ambil Kesempatan Kelemahan Nasi Lemak MAS

Kontroversi hidangan “nasi lemak telanjang” Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditimbulkan tukang masak terkenal Chef Wan kini dimanfaatkan oleh pesaingnya AirAsia.

Syarikat penerbangan tambang murah itu kini mengambil kesempatan mempromosikan makanan popular rakyat Malaysia itu dengan caranya sendiri.

Ia menggunakan slogan “Nasi lemak kami LENGKAP!” untuk iklannya.

AirAsia mengetengahkan kombo sarapan berupa kombinasi nasi, sambal, rendang ayam, ikan bilis dan kacang goreng serta telur rebus.

Malah, secara sinis, dimuatkan ayat bertulis cogan kata: “Sejuklah di udara kalau telanjang.”

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail pada 29 Januari lalu, yang mengambil penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, kesal dengan nasi lemak yang dihidangkan padanya.

Beliau memuat naik nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tampa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan, ke laman perkongsian gambar Instagram.

Beliau juga menulis, penerbangan negara seperti tidak mengambil peduli terhadap sarapan rakyat Malaysia yang diagung-agungkan ke seluruh dunia.

MAS pula dalam kenyataannya berterima kasih kepada komen Chef Wan dan berjanji akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.

[Baca berita penuh]

Sunday, February 9, 2014

Penyokong BN Sempit Hidup Sehingga Terpaksa Merompak


Penyamun BN kena cekup

BANTING: Tindakan dua penjenayah menggunakan nombor pendaftaran kereta sama ketika melakukan jenayah sebelum ini berjaya diberkas kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, kedua-dua suspek berusia 20-an berjaya diberkas di Jalan Cempaka, di sini, selepas kelibat mereka disedari ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Telok Datok yang melakukan rondaan.

Curiga dengan kehadiran kereta yang dinaiki suspek, ahli SRS kemudian mengekori mereka kira-kira 30 minit dan memaklumkan kepada polis nombor pendaftaran kereta berkenaan sama dengan nombor kereta yang terbabit dalam kejadian ragut seorang wanita di Pekan Banting, 23 Januari lalu.

Menyedari mereka diekori, suspek memecut namun kecekapan polis kemudiannya berjaya memberkas mereka yang dipercayai merancang untuk melakukan jenayah di kawasan berhampiran.

Pengerusi SRS Telok Datok Khairul Azhar Misnan berkata, sebelum ditahan, beliau bersama tiga lagi anggota SRS melakukan rondaan sebelum terserempak dengan suspek.-HM

ULASAN GB

Baru-baru ini tersiar satu berita seorang remaja memakai baju 1Malaysia/BN ditangkap kerana mencuri beberapa bungkus MILO.


Yang ini pula "penyamun" tersebut juga kelihatan memakai baju berlambangkan yang sama, BN.


Adakah dalam BN ramai sangat penyamun atau di kalangan penyamun ramai anggota BN atau mereka menggunakan baju BN untuk mudah melepaskan diri di era kerajaan penyamun?

Demikian, hukum kebenaran dan keadilan berjalan... 

Nota : Rezeki bukan pemimpin UmnoBn yang beri, setakat ini penyokong dan ahli Pakatan Rakyat walaupun tak kaya mana, tetapi tak lah sampai merompak, masing-masing mencari rezeki halal walaupun terpaksa bersusah payah dan bermandi peluh.
 
Kawan saya penyokong tegar PKR di Kahang terpaksa kerja membuat pagar binatang buas di tengah hutan lipur semata-mata mencari rezeki halal untuk keluarga. Ada yang terpaksa taman lada di kawasan kosong untuk dijual hasilnya. Rezeki inshaAllah ada, setakat ini tak kita dengar ada ahli PAS, PKR dan DAP yang mati kebuluran.

Tibai-menibai antara penyokong meyedihkan sultan


Pukul balas pukul, ugut balas ugut, hukum FAM biar setimpal. Apabila insiden berlaku di tempat sendiri, apa pula pendirian kita.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah FAM memandang serius perkara itu yang boleh merosakkan industri bola sepak negara dan mahu ia dihentikan segera demi kebaikan sukan berkenaan.

"Saya bimbang  trend bergaduh ini boleh merugikan kita. Kita hendak fokus kepada sukan bola sepak dan tentukan kualiti serta mutu bola sepak dapat  ditingkatkan selain  kualiti pengadilan, begitu juga kualiti keselamatan dan kualiti stadium.

"Kalau hendak cari pasal memang senang, tetapi ia tidak akan menjadi gambaran positif. Saya berharap hentikanlah, kalau tidak, kita akan buat tindakan drastik," kata baginda semasa mengulas insiden kekecohan melibatkan penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat perlawanan Liga Super di Kuantan pada Jumaat lepas.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Enduro Challenge 2014 di Taman Tasik Burung Mandi, Kamahang Hilir, Benta dekat Kuala Lipis, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk  Mohd Soffi Abdul Razak.

Tengku Abdullah juga berharap  perkara seumpama itu dapat ditangani bersama demi kebaikan semua pihak khususnya peminat bola sepak negara.

"Ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan penonton yang tidak bersalah. Peminat sudah tunjuk minat dan ada yang bawa keluarga serta anak-anak, jadi saya harap janganlah kita buat benda yang tiada kaitan dengan bola sepak," titah baginda.

Tengku Abdullah turut menggesa semua pihak supaya menerima baik sebarang keputusan pertandingan sama ada kalah atau menang.

- Bernama

Budaya Bolasepak Gangster Merebak dari Johor Ke Pahang


Awas peminat dan pemain JDT, ditempat sendiri mungkin kita hero, di jajahan takluk orang lain kita kena menyelamatkan diri sendiri dengan kereta kebal.
 
Budaya samseng bola sepak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini merupakan fenomena yang amat merisaukan dan perlu dibanteras, kata Ketua Jurulatih Sementara Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Datuk Ong Kim Swee.
  
Ketua Jurulatih Harimau Muda A itu berkata semua penyokong bola sepak di negara ini seharusnya mempunyai mentaliti positif apabila menunjukkan sokongan terhadap pasukan mereka bagi memastikan keharmonian dalam bola sepak di Malaysia dapat dikekalkan.
  
"Saya amat terkilan apabila penyokong walaupun dari negeri berbeza begitu (bergaduh sesama sendiri), kita perlu tahu bola sepak ini menang kalah adat permainan tetapi keharmonian itu perlu dikekalkan.
  
"Mungkin bukan semua (penyokong) hanya segelintir tetapi yang mustahak mentaliti positif, pasukan kita menang atau kalah kita tetap sokong dengan harmoni," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara Melaka United dan Harimau Muda A di Stadium Hang Jebat di Melaka malam tadi.
  
Perlawanan yang turut disaksikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron itu berkesudahan seri 1-1, dengan Amir Shahreen Abd Mubin menjaringkan gol Melaka United pada minit ke-24 manakala gol Harimau Muda A dijaringkan Mohd Azrif Nasrulhaq pada minit terakhir perlawanan, minit ke-90.

Insiden terbaru pergaduhan antara penyokong berlaku pada Jumaat lepas apabila seorang penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) cedera di kepala dipercayai akibat dibaling objek keras selepas berlaku provokasi antara kumpulan penyokong JDT dan Pahang di Stadium Darul Makmur dalam aksi Liga Super berkesudahan Pahang menewaskan JDT 3-2.
  
Mengulas tentang persembahan anak buahnya pada perlawanan persahabatan itu, Kim Swee berkata ia merupakan permulaan yang baik dalam persediaan pasukan Harimau Muda A menghadapi Liga Queensland di Australia bulan depan.
  
"Kita telah merekrut beberapa pemain baru daripada Harimau Muda B dan C juga pemain luar, mereka ini tunjukkan komitmen yang cukup baik dalam perlawanan sejak kita berlatih tiga minggu lepas dan kita ada dua lagi perlawanan persahabatan sebelum berlepas ke Australia," katanya.
  
Beliau berkata Harimau Muda A bermain di Australia bagi tujuan pendedahan kepada permainan bola sepak bertaraf tinggi dan percaya permainan anggota pasukan itu akan bertambah baik selepas bersaing dalam liga di sana nanti.
  
Ditanya perancangannya untuk pasukan kebangsaan, tanpa mendedahkan perancangannya dengan teliti, Kim Swee berkata beliau akan mengumpul pemain terbaik negara pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk aksi persahabatan menentang Filipina pada 1 Mac depan sebelum bertemu Yemen pada 5 Mac dalam aksi kelayakan Piala Asia.
  
Sementara itu, Idris memohon kerjasama semua penyokong Melaka United supaya tidak melakukan perkara yang memberi impak negatif kepada pasukan itu seperti membakar suar, bermain mercun dan bergaduh dengan penyokong pasukan lawan.
  
"FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sentiasa mengawasi secara rapat insiden seperti ini, dalam pada kita gigih mencari dana untuk mengisi tabung pasukan jangan pula ada penyokong kita yang bocorkan dana untuk membayar denda dengan melakukan perkara sedemikian," katanya.
  
-Bernama

Menteri Ini baru Sedar Harga Ikan Mahal Bila Tarik Sabsidi Diesel

Nota : Bukan sebeb penyelewengan sabsidi sebab semua transaksi diesel ada rekod syarikat mana yang mengambil sabsidi diesel yang kebanyakannya dari kalangan persatuan nelayan itu sendiri.
 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji semula pemberian diesel bersubsidi kepada nelayan laut dalam kelas C1 dan C2 susulan banyak kes penyelewengan bantuan itu membabitkan mereka.
  
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu juga seiring dengan objektif subsidi iaitu hanya untuk meringankan beban nelayan yang berpendapatan rendah.
  
"Kita lihat kebanyakan bot nelayan laut dalam yang ambil bantuan ini walaupun pemiliknya orang tempatan, kapten dan anak kapalnya orang asing, tidak jual pun ikan di pantai tetapi jual ke negara asing.
  
"Jadi ini sudah tidak menepati konsep subsidi yang dikehendaki. Sepatutnya nelayan pantai zon A dan B sahaja layak menerima, manakala nelayan Zon C yang ada kapal nelayan 10 buah tidak patut diberikan bantuan dan ini kita akan perhalusi," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.
  
Beliau berkata pihaknya akan membuat cadangan kepada Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab dalam pemberian subsidi, sebaik kajian itu selesai.

Mengulas laporan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Kuala Besut, Terengganu awal bulan ini, Ismail Sabri berkata kementeriannya akan menyiasat dakwaan nelayan di situ berhubung penglibatan nelayan laut dalam.
  
"Ada kebenaran kata-kata mereka sebab nelayan laut dalam ini berada jauh di tengah laut dan Maritim Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) tidak mampu memantau kegiatan yang dilakukan. Jadi saya akan siasat kesahihan laporan itu," katanya.
  
Terdahulu Ismail Sabri melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam sektor perikanan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi LKIM Datuk Irmohizam Ibrahim, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Ahamad Sabki Mahmod dan Ketua Pengarah LKIM Datuk Mohad Khazin Hamzah.
  
-Bernama

MCA Kesal Sekutu Umno Gunakan Penampar Sebagai Senjata

Sindir dibalas sindir, bukan dengan penampar. 
 
Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menasihati Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok supaya memohon maaf berhubung penerbitan klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang dikaitkan dengan Teresa.

Beliau berkata Teresa harus bersikap lebih sensitif dan matang dalam membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum sebagaimana budaya masyarakat Cina.

"Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada perayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.

"Kita tidak nak orang anggap budaya Cina yang memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina) yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain," katanya di Kota Kinabalu malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran MCA Sabah yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Klip video yang tersebar luas melalui YouTube itu memaparkan Teresa selaku pengacara dan tetamu undangan satu majlis mengeluar kenyataan menyindir kerajaan dan beberapa perkara lain seperti isu keselamatan di Sabah.

Dalam pada itu, Wee meminta pihak berkuasa mengambil tindakan adil ke atas pihak yang membuat laporan polis berhubung isu klip video itu termasuk oleh Teresa sendiri.

Beliau berkata pihak polis perlu menjalankan siasatan dan menentukan tindakan mengikut undang-undang selepas siasatan lengkap dilakukan.

"Saya terkilan kalau ada laporan oleh mana-mana pihak, polis harus siasat tidak kira laporan terhadap Teresa Kok atau dari Teresa Kok sendiri. Komen tidak payah siasat itu adalah andaian pilih kasih," katanya.

Sementara itu katanya MCA berpendirian bahawa tawaran berserta ganjaran untuk 'menampar' Teresa berhubung video itu tidak menepati budaya dan melampaui batas rakyat yang berfikiran rasional di negara ini.

- Bernama

Menteri MIC Kena Lempang, Ultras Hindu Letak Jawatan kerana ditipu Umno


Akibat rasa tertipu dengan pentadbiran Najib dan layanan Umno terhadap kaum India, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara Isnin depan.

Penasihat Persatuan Hindraf Malaysia (PHM),  N Ganesan berkata ia ekoran keputusan sebulat suara jawatankuasa pusat hari ini.


"Ya, benar, (Waythamoorthy akan berhenti)," katanya dalam satu mesej teks.

Menurut Hindraf Pulau Pinangf, Waythamoorthy dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan senator pada hari Isnin.

"Ia ekoran BN telah gagal memenuhi janji-janji dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara BN dan Hindraf."

PHM telah menandatangani MOU dengan BN sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013. MK





[Baca berita penuh]

Wednesday, February 5, 2014

Memahami Kajang Dan Permasalahannya



 YANG KAJANG DAN YANG DIKAJANGKAN


Menurut satu riwayat lisan dari kajian Universiti Kebangsaan – perkataan ‘kajang’ untuk orang Melayu bermakna berteduh. Manakala untuk Orang Asal  perkataan ‘kajang’ bermakna bertikam.  Berteduh dan bertikam dua makna perkataan yang amat jauh bezanya. Pada bulan Febuari 2014 ini Kajang menjadi heboh-heboh politik. Jika dihalusi kelihatan perkataan ‘kajang’ sedang memberi makna yang amat tepat untuk DUN N25.  Tulisan  saya  bertujuan untuk memperlihatkan siapa yang akan ‘berteduh’ dan siapa yang akan ‘ditikam’.
Justeru adalah satu jenayah kepada diri  saya jika saya tidak terangkan kepada pembaca apakah makna Pilihan Raya Kecil DUN25 Kajang. Wajib diakui PRK Kajang ini memberi makna yang amat mendalam bukan hanya untuk PKR dan Pakatan Rakyat. PRK DUN25 Kajang ini wajib dilihat sebagai strateji mara maju ke Putrajaya.
Awal sekali saya ingin menerangkan kepada ‘kaki bising’ yang membuat bising apabila DUN Kajang dikosongkan.  Kaki bising ini dikenali sebagai ‘ chattering class’ atau Kelas Berleter. Dalam kes Kajang merekalah yang mula membuat andaian diawan-awan. Adaian tanpa memahami realpolitik. Tanpa berlatarkan  pemahaman politik berasaskan kelas dan ekonomi.
Biar saya terangkan apa itu ‘Kelas Berleter’ dan siapakah mereka ini. Kelas Berleter  dalam konteks Malaysia adalah sosok-sosok yang  bahasa pengucapn leteran harian mereka adalah Bahasa Inggeris. Mereka memiliki tahap ekonomi dan pendapatan yang lumayan berbanding dengan pemandu teksi atau Pak Cik Felda. Mereka kaum profesional. Wilayah kediaman mereka adalah di Bangsar, Taman Tun, Bukit Damansara atau wilayah yang semasa denganya.
Kelas Berleter menentang rasuah. Mereka mahu pilihanraya bersih. Tetapi apabila diajak bersama berusaha menjatuhkan United Malays National Organisation  mereka dengan pantas akan mendabik dada sambil berkata bahawa mereka ‘ non partisan’. Bermakna mereka tidak menyebelahi  Pakatan atau Barisan. Secara tetiba ilmu pelajaran dan fikrah mereka menjadi  kontot apabila  orang ramai  terutama anak muda ingin menggulingkan United Malays National Organisation. Mereka menjadi takut dan kecut melihat ombak ribuan anak muda ke jalan raya. Kelas Berleter ini gagal memahami punca  utama  yang menyebabkan Malaysia menjadi saperti Malaysia hari ini.
Ramai sosok Kelas Berleter ini terdiri dari kaum opurtunis kerana mereka mencari makan dari  tong yang disediakan oleh United Malays National Organisation. Menggulingkan United Malays National  Organisation akan  memporak perandakan  kehidupan  selesa mereka. Ini berbeza dengan anak muda, para setinggan, warga tak bertanah, orang kampong dan kaum buruh dan kaum imigran – yang akan sentiasa sedia  bangun mendobark sistem yang ada. Orang ramai tanpa berselindung ingin menjatuhkan United Malays National Organisation  kerana mereka membanting tulang menjadi hamba – walhal Kelas Berleter ini hidup senang lenang.
Dalam sejarah perjuangan untuk menuntut keadilan dan melawan kezaliman Kelas Berleter ini boleh dijadikan kawan perjalanan. Tetapi kerana kepentingan  ekonomi mereka terikat rapat dengan kepentingan kelas memerentah – kemungkinan mereka belot adalah besar.  
Pada hemat saya dalam usaha kita untuk menjatuhkan kerajaan Ketuanan Melayu hari – kita  akan sampai ke satu tahap dimana Kelas Berleter ini akan membawa masalah. Dalam konteks politik moden mereka ini adalah  sebahagian dari jalan penyelesaian dan sebahagian dari  masalah. The chattering class are part of the problem and part of the solution.
Kelas Berleter  ini apabila diajak untuk bersama ke dalam kacah politik akan menolak. Penglibatan maksimum mereka hanya aktif dalam NGO yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan. Justeru Mak Cik dan Pak Cik Felda tidak ambil pot terhadap mereka. Bila ini berlaku Kelas Berleter ini menjadi pelik dan hairan kenapa Mak Cik Felda masih lagi  menganggap mereka  ‘kaum pendatang’ yang ‘ cari makan’ di Tanah Melayu.
Saya mengkajangkan Kelas Berleter ini kerana mereka cuba duduk dilantai selamat yang suci murni tanpa mendalami dan apa yang berlaku. Mereka melihat MB Selangor tanpa memahami apa dan siapa sebenarnya Khalid Ibrahim ini.

Harus kita semua akui bahawa Khalid Ibrahim adalah satu-satu MB Selangor yang tidak makan rasuah. MB Khalid berkhidmat secara jujur untuk rakyat Selangor. MB Khalid mentabir dengan telus. Semua ini adalah dan tanda-tanda positif seorang pemimpin. Tetapi dalam politik berparti , dalam real politik – semua ini TIDAK mencukupi.
Khalid Ibrahim MB Selangor TIDAK memiliki kefahaman politik. Keilmuan  yang cemerlang dalam bidang ekonomi TIDAK menjamin si Polan itu menjadi bijak berpolitik. Politik adalah satu seni - seni pengurusan, seni pentabiran dan seni mengumpul sokongan dan membina kekuatan. Khalid jelas  tidak memiliki kefahaman seni berpolitik. Ini bukan satu jenayah. Cuma dalam pertempuran politik di Selangor MB Khalid akan tewas. Bukan sahaja tewas  ditangan Azmin Ali – malah ditangan Mak Cik Felda pun  Khalid akan tewas.
Biar saya terangkan apa yang terjadi di Kelantan pada tahun 1977/78.  MB Kelantan pada ketika itu ialah Mohamed Nasir dari PAS.  Sosok ini sama saperti Khalid Ibrahim dilihat baik, jujur, ikhlas dan bersih. Sayangnya  Mohamed Nasir sama saperti Khalid Ibrahim enggan mengikut garis parti.  Si MB ini membadak seorang diri membuat apa yang difikirkan baik tanpa menjamin kepentingan parti.  Seharusnya dalam sistem parti berparlimen – parti mengemudikan kerajaan – bukan individu menjadi jurumudi. MB hanya menjalankan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh parti.
Parti Pas akhirnya meluluskan undi tidak percaya kepada  Mohamed Nasir. Ini menimbulkan krisis hingga Darurat diistiharkan dan  Dewan Negeri Kelantan digantung  pada November 1977.  Pada ketika itu Mahathir, Ku Li dan kuncu-kuncu mahu menggulingkan kerajaan Kelantan. Ini tidak jauh berbeza dari apa yang sedang berlaku di Selangor. Huru hara politik Kelantan 1977/78 dibantu oleh  sikap Mohamaed Nasir yang buta politik yang akhirnya menjayakan projek United Malays National Organisation. Kerajaan Pas digulingkan. Justeru,   PRK Kajang  pada asasnya ialah untuk  mengelakkan perulangan agenda Ketuanan Melayu ini.
Orang ramai juga mendengar  leteran  gerombolan NGO.  Ada yang mengatakan ini bukan demokrasi. Ada yang mengatakan PRK di Kajang ini membazir duit.  Untuk pekara ini biar saya tanyakan kepada Kelas Berleter ini.  Apabila Najib membeli Scorpene kenapa tidak bising dan heboh. Bukankah ini membazir kerana setiap tahun Malaysia perlu menbayar hampir 500 juta ringgit untuk mengendalikan kapal selam ini.
Ketika berita  anak Rosmah Mansor membeli kondo di New York  tersebar luas kenapa Kelas Berleter ini menikus  TIDAK bersuara. Kenapa tidak ditanya dari mana datangnya duit anak Rosmah ini. Kenapa tidak ada yang menulis surat di Face Book atau di laman-laman web mempertikaikan Rosmah dan anaknya. Yang bising dan heboh  menibai Rosmah hanyalah anak-anak muda dalam Face Book. Anak muda terus ujur dan ikhlas tanpa kepentingan  untuk menjadi Peguam atau menjadi Akountan atau menjadi talibarut mendapat kontrek dari jaringan syarikat United Malays National Organisation. Hakikatnya, Kelas Berleter dan para NGO  ini senyap menikus.
Ada juga gerombolan NGO yang mengatakan  langkah PKR ini bukan  demokrasi. Bila saya terbaca yang ini saya tersedak dan hampir muntah. Ini kerana ramai yang tidak faham apa itu politik dan apa itu demokrasi. Ada pula yang cuba menayangkan Phd mereka dengan harapan hujah mereka menjadi lebih masin. Mereka ini juga adalah hampeh. Tersorok dalam hati mereka – sebenarnya  mereka SUKA United Malays National Oreganiastion terus berkuasa.
Betul ke ini? Betul. Kelas Berleter ini hanya berleter secara luaran sahaja.  Parti Ketuanan Merlayu ini telah berjaya bersama kaum feudal Melayu membodohkan Bani Melayu. Dengan bonsainya fikrah Bani Melayu maka dengan senang  Kelas Berleter ini merasuah Politikus Melayu dan merembat harta kekayaan negara ini. Kerana itu  mereka akan terus enak bermastautin di Bangsar dan tidak di Kampong Kerinchi.
Dan yang penting sekali ialah kita memahami  tahap dan sifat politik bumi Malaysia ini. Jangan kita jadi bebal. Ada pilihan raya bukan bermakna ada demokrasi. Ada Parlimen bukan bemakna ada demokrasi. Ada RTM dan The Star  bukan bermakna ada  demokrasi.  Apa yang wujud dalam politik kenegaraan  di Malaysia ini adalah ‘prosedure democracy – prosedur demokrasi’. Kelihatan wujud prosedur tetapi tanpa pengisian dan roh demokrasi yang membawa kebebasan.
Malaysia yang satengah feudal dan satengah kolonial ini TIDAK difahami secara tuntas oleh Kelas Berleter. Ini kerana mereka tidak  berupa berfikir lebih jauh dari  niat  dan cita-cita untuk terus membosaikan Bani Melayu. Leteran mereka itu adalah leteran  kepentingan diri untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Mereka takut akan ombak perubahan yang akan dibawa oleh anak muda melalui jalan raya. Maka leteran mereka wajib dibaca sebagai membeli saham dan megada-ngada.  Ini saham untuk  memperlihatkan bahawa mereka  juga ingin tahu hal negara ini.
Jelas dalam tulisan ini  saya telah mengkajang  dengan pisau tajam Kelas Berleter tanpa berlapik. Ini wajib dilakukan kerana  dari pengalamam sejarah Kelas Berleter ini akan memberatkan dan membaling sepana ketika orang ramai dan anak muda turun ke jalan raya. Kelas Berleter yang menyamar dibelakang  NGO ini wajib dibogelkan  dahulu. Sosok saperti Vincent Tan atau Ananda Krishana itu jelas dapat dilihat sebagai musuh berbanding dengan Kelas Berleter yang sedang menyamar. Bagaimana pula dengan pergolakan dalaman PKR? Dikatakan PKR menggunakan PRK DUN25 Kajang  sebagai jalan keluar. Itu minggu hadapan. (TT)